SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Sunday, December 11, 2011

KEHEBATAN ALLAH MELALUI PERUMPAMAAN AL QURAN


Print
Ayat-ayat yang berkait dengan perumpamaan ini terlalu banyak disebut oleh Allah Taala di dalam Al Quran. Di awal surah ini telah dijelaskan tentang dua perumpamaan ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Dan telah dijadikan kegelapan dan cahaya". (Surah Al An'am:1). Sebahagian Para Sahabat R.A telah menghuraikan tafsiran berkenaan dua orang lelaki yang berbeza disebut oleh Allah dalam ayat ini iaitu-lah seorang lelaki yang hidup manakala seorang lelaki yang lain mati.
Saidina Umar Al Khattab R.A berkata, "Perumpamaan orang yang hidup dan mendapat petunjuk ialah seperti mayat manusia (orang mati) kemudian dihidupkan Allah. Selepas itu Allah Taala telah menyinari perjalanan hidupnya dengan cahaya yang membolehkannya berjalan dengan betul di kalangan manusia". Dikatakan bahawa Amar bin Yasir dalam menafsirkan ayat ini berpendapat yang dimaksudkan dengan orang yang berada dalam kegelapan kesesatan sehingga dia tidak dapat keluar darinya ialah Abu Jahal, Amr bin Hisyam (laknat Allah ke atasnya).
Yang sahihnya ayat ini adalah umum, menyentuh siapa sahaja yang berada dalam petunjuk dan kesesatan, tentu kedua-dua keadaan itu mempunyai perbezaan yang jauh antara satu sama lain. Tidak ada kesamaan antara yang hak dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, benar dan salah, Islam dan kufur buat selama-lamanya. Setiap orang yang beriman dan kafir membabitkan diri dalam dua keadaan ini dan sudah pasti ada dua perbezaan dalam kesudahan dan pembalasannya sama ada ke syurga atau ke neraka Allah di hari akhirat kelak.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Yang demikian itulah kami hiaskan (rasa baik dan bagus) ke atas segala perbuatan orang kafir itu". (Surah Al An'am:122)
Yakni sebagaimana iman itu diperlihatkan bagus di hati dan perasaan orang-orang yang beriman maka demikianlah juga kesesatan, kufur, maksiat dan kejahilan itu diperlihatkan baik pada pandangan orang-orang kafir. Mereka merasa selesa dan bahagia (kononnya) dengan kesesatan itu pada hal ia telah memudaratkan kehidupan mereka di dunia ini sama ada mereka sedar atau tidak. Ini semua adalah satu pengajaran dan hikmah yang besar dari Allah untuk manusia seluruhnya agar mereka memilih jalan yang betul dan hidayah Islam sekaligus meninggalkan segala perkara yang bercanggah dengannya.
Tiada sekutu bagi Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh manusia. Ertinya sekiranya mereka men-yengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam kehidupannya sudah pasti ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. Justeru, pilihlah jalan petunjuk yang terkandung di dalam Al Quran dan jalan petunjuk yang dinyatakan oleh Nabi S.A.W, melalui hadis-hadisnya yang banyak. Manusia memerlukan petunjuk Allah walau sebijak mana sekalipun pemikiran dan akal yang ada pada mereka. Ini kerana manusia tetap lemah dan mempunyai kelemahannya yang banyak.
Dengan kelemahan yang ada pada manusia itu, mereka memerlukan petunjuk dari Tuhan Yang tidak ada sebarang kelemahan dalam segala hal dan tindak tanduk-Nya sama ada pada sifat, nama dan perbuatan-Nya, dalam penciptaan-Nya dalam hukum hakam-Nya dan dalam kemutlakan pemerintahanNya.
Di dunia manusia diberi kuasa pemerintahan mentadbir bumi buat sementara waktu dan menggilir-gilirkannya di kalangan manusia sama ada di kalangan orang beriman dan kafir. Tetapi kekuasaan dan pemerintahan mutlak ialah di tangan Allah, tidak ada siapa boleh mencabarNya khususnya di hari kiamat kelak. Di hari itu tahulah siapa yang berada di pihak yang benar dan siapakah yang sesat, namun penyesalan pada hari itu tidak ada gunanya lagi. Allah telah jelaskan petunjuk di dunia ini melalui Al Quran dan Sunnah Nabi S.A.W untuk panduan manusia.
Justeru carilah sesuatu yang sempurna untuk mengaturkan kesempurnaan kehidupan bukan mencari yang kurang dan lemah untuk mengatur kehidupan manusia. Berdegil dalam mencari kesempurnaan ini, buruklah akibat balasan dan kesudahan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Mereka perlu membuka dada untuk menerima petunjuk Allah kerana itulah caranya untuk menyelesaikan segala kemelut kehidupan manusia sehingga hari kiamat. - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Wednesday, June 29, 2011

Yang Buang Tulisan Jawi , Dia... yang Bagi Tanah Kita Pada Orang , Dia Juga...



                                                                       
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.
Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4125-sedihnya-negara-hilang-tanah-ktmb-selamanya-                                     

Friday, March 11, 2011

Selangor lancar Dasar Tahfiz Al-Quran

SHAH ALAM, 8 Mac: Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Dasar Tahfiz Al-Quran dengan lima objektif utama antaranya melahirkan 500 huffaz profesional pada 2020.
Dasar itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini malam tadi yang berkata, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
Visi dasar itu menjurus ke arah melahirkan generasi Al-Quran profesional yang mahir, berilmu, beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing dan berketrampilan seiring dengan keperluan masa kini. 
Objektif dasar itu untuk menambahkan bilangan huffaz serta meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz Al-Quran, kerjasama kerajaan negeri dengan semua pihak hingga mampu melahirkan lebih ramai hafiz dan menjadi tempat rujukan utama bagi segala permasalahan berkaitan Al-Quran.
Selain itu, menjadi pusat melahirkan guru Al-Quran yang terlatih dan profesional demi memenuhi tuntutan keperluan masyarakat serta pusat latihan pengurudan dan pentadbiran Institut Tahfiz Al-Quran.
Jawatankuasa pelaksana dasar ini juga akan terus mengadakan Hari Huffaz, Akademi Imam, Kursus Tarannum, Karnival Huffaz Selangor, Ijtimak Huffaz Selangor dan Majlis Pengiktirafan Hafiz.
Sebelum itu, Abdul Khalid berucap merasmikan Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Auditorium Dewan Jublee Perak, Bangunan SUK, dekat sini.
Sambutan terhadap majlis ini amat memberangsangkan berikutan premis luas itu sesak dan penuh dengan huffaz.
Selesai acara rasmi, Abdul Khalid menyampaikan elaun tunai kepada sekitar 30 huffaz yang berjaya di dalam temuduga yang diadakan sebelum ini.
Malam tadi, seramai dua penghafaz lelaki menjawab lima soalan dengan cara menyambung ayat Al-Quran yang kelihatannya sangat mudah bagi mereka berbuat demikian.
Bagi mereka yang menghafaz 10 juzuk menerima bayaran sebanyak RM1,200, 20 juzuk (RM1,800) dan 30 juzuk (RM3,000).
Seorang penerima elaun, Mohd Adib Badri Shah Al, 20, dari Klang bersyukur kerana berjaya dalam percubaan pertama kategori 10 juzuk dengan membawa pulang wang tunai RM1,200.
Adib baharu sahaja tamat 30 juzuk pada temuduga itu November lalu dari Institut Tahfiz Al-Quran Gemencheh, Negeri Sembilan.
Anak kelima ini berazam untuk menyertai lagi temuduga ini di masa akan datang untuk menguji kemahiran.
Mengikut buku dasar ini, aktiviti menghafaz atau ishbat ini melibatkan program untuk peserta 18 tahun ke atas bertujuan menjadikan program pemberian elaun sebagai aktiviti ko-kurikulum huffaz.
Program ini juga untuk meningkatkan istiqamah huffaz dalam usaha memelihara hafazan Al-Quran, menjadikan golongan huffaz sebagai penggerak yang terancang dalam membudayakan Al-Quran melalui masjid dan surau serta memartabatkan generasi pembawa Al-Quran.
Aktiviti ujian ini dilaksanakan sebanyak dua kali setahun; Mei dan November di mana bayaran dibuat dua bulan kemudian melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama pertubuhan yang berkaitan.
 

Monday, March 7, 2011

Keputusan Pilihanraya Kecil Merlimau Dan Kerdau

Alhamdulillah Pas kalah.Mungkin itulah yang sesuai diucapkan apabila menadapat tahu keputusan pilihanraya kecil malam tadi.Kalah atau menang bukan persoalan utama untuk kita bincangkan,yang paling penting usaha ,perjungan,keikhlasan dan pengharapan kepada Allah SWT .Kalah atau menang, perjuangan demi memastikan Islam dijulang tinggi harus diteruskan.Yang pastinya kita tetap menang kerana berjuang dalam Islam tidak ada istilah kalah.yang ada cuma belum menang.

Kepada pejuang-pejuang Islam yang telah bertungkus-lumus demi memastikan kemenangan Islam di Merlimau dan Kerdau.Berkorban harta dan tenaga,Barakallahufikum."Wahai orang-orang yang beriman! sekiranya kamu menbantu Agama Allah , nescaya Allah akan membantumu dan menetapkan pendirianmu" 47:7 .

Tahniah kepada wakil rakyat yang telah menang di Kerdau dan Merlimau.Sesungguhnya kami rakyat, sangat-sangat menantikan janji-janji anda yang telah ditaburkan sebelum ini.Banyak janji-janji kerajaan telah ditaburkan kepada rakyat khususnya ditempat-tempat yang telah dimenanginya seperti Permatang Pasir ,Hulu Selangor,Galas,Tenang dan lain-lain.Rakyat tetap menantikan janji-janji anda.

Hassanuddin Salim memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90.
Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi.

Thursday, February 10, 2011

Selangor Sedia Kursus Pelajar Pulang Dari Mesir

SHAH ALAM, 10 Feb: Pelajar-pelajar Selangor yang baharu dibawa pulang dari negara yang sedang bergolak, Mesir, bernasib baik kerana selepas ini mereka disediakan kursus sehingga setahun oleh kerajaan negeri.
   Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menganjurkan kursus kepada pelajar yang berasal dari Selangor sementara menunggu pergolakan yang berlaku di negara berkenaan kembali pulih.
   Kursus yang akan ditawarkan, jelasnya, seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar.
   Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media yang turut disertai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Teresa Kok selepas mesyuarat exco yang diadakan petang semalam di Bangunan SUK, dekat sini.
   Menurutnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu bagi membolehkan pelajar memanfaatkan masa menunggu untuk kembali ke Mesir dengan melakukan perkara berfaedah termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
    "Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan keutamaan kursus akan diberikan kepada pelajar tajaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor seramai 600 orang," tegasnya.
Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sedang membuat persediaan rapi bagi membolehkan semua kursus itu dapat dimulakan dalam tempoh terdekat di bawah pemantauan Exco Dr Halimah bagi memastikan ia berjalan lancar dan efektif.

Sumber :Harakahdaily.net

Saturday, January 15, 2011

CARA MENGAJI AL-QURAN YANG AGAK MENARIK

                                       KLIK PADA GAMBAR UNTUK DIBESARKAN

Saturday, January 1, 2011

WaLi BaNd DiBeNaR BuAt PeRsEmBaHaN Di KeLaNtAn


KOTA BHARU, 31 Dis: Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Sumber :http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30111:wali-band-dibenar-buat-persembahan-di-kelantan&catid=1:utama&Itemid=50

MeLaYu PuN KeNa TuTuP AuRaT

KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.
Mengulas  komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.

“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang.  Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.