SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Thursday, February 10, 2011

Selangor Sedia Kursus Pelajar Pulang Dari Mesir

SHAH ALAM, 10 Feb: Pelajar-pelajar Selangor yang baharu dibawa pulang dari negara yang sedang bergolak, Mesir, bernasib baik kerana selepas ini mereka disediakan kursus sehingga setahun oleh kerajaan negeri.
   Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menganjurkan kursus kepada pelajar yang berasal dari Selangor sementara menunggu pergolakan yang berlaku di negara berkenaan kembali pulih.
   Kursus yang akan ditawarkan, jelasnya, seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar.
   Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media yang turut disertai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Teresa Kok selepas mesyuarat exco yang diadakan petang semalam di Bangunan SUK, dekat sini.
   Menurutnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu bagi membolehkan pelajar memanfaatkan masa menunggu untuk kembali ke Mesir dengan melakukan perkara berfaedah termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
    "Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan keutamaan kursus akan diberikan kepada pelajar tajaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor seramai 600 orang," tegasnya.
Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sedang membuat persediaan rapi bagi membolehkan semua kursus itu dapat dimulakan dalam tempoh terdekat di bawah pemantauan Exco Dr Halimah bagi memastikan ia berjalan lancar dan efektif.

Sumber :Harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment