SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN,

Followers

Monday, March 12, 2012

KENALI SIAPAKAH Sheikh Nuruddin al-Banjari


Al-'Allamah Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari daerah Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

SUMBER: Ustaz Azhar Idrus ( Original ) (http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/385197728164947?ref=notif&notif_t=feed_comment_reply)

Sunday, December 11, 2011

KEHEBATAN ALLAH MELALUI PERUMPAMAAN AL QURAN


Print
Ayat-ayat yang berkait dengan perumpamaan ini terlalu banyak disebut oleh Allah Taala di dalam Al Quran. Di awal surah ini telah dijelaskan tentang dua perumpamaan ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Dan telah dijadikan kegelapan dan cahaya". (Surah Al An'am:1). Sebahagian Para Sahabat R.A telah menghuraikan tafsiran berkenaan dua orang lelaki yang berbeza disebut oleh Allah dalam ayat ini iaitu-lah seorang lelaki yang hidup manakala seorang lelaki yang lain mati.
Saidina Umar Al Khattab R.A berkata, "Perumpamaan orang yang hidup dan mendapat petunjuk ialah seperti mayat manusia (orang mati) kemudian dihidupkan Allah. Selepas itu Allah Taala telah menyinari perjalanan hidupnya dengan cahaya yang membolehkannya berjalan dengan betul di kalangan manusia". Dikatakan bahawa Amar bin Yasir dalam menafsirkan ayat ini berpendapat yang dimaksudkan dengan orang yang berada dalam kegelapan kesesatan sehingga dia tidak dapat keluar darinya ialah Abu Jahal, Amr bin Hisyam (laknat Allah ke atasnya).
Yang sahihnya ayat ini adalah umum, menyentuh siapa sahaja yang berada dalam petunjuk dan kesesatan, tentu kedua-dua keadaan itu mempunyai perbezaan yang jauh antara satu sama lain. Tidak ada kesamaan antara yang hak dan yang batil, petunjuk dan kesesatan, benar dan salah, Islam dan kufur buat selama-lamanya. Setiap orang yang beriman dan kafir membabitkan diri dalam dua keadaan ini dan sudah pasti ada dua perbezaan dalam kesudahan dan pembalasannya sama ada ke syurga atau ke neraka Allah di hari akhirat kelak.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Yang demikian itulah kami hiaskan (rasa baik dan bagus) ke atas segala perbuatan orang kafir itu". (Surah Al An'am:122)
Yakni sebagaimana iman itu diperlihatkan bagus di hati dan perasaan orang-orang yang beriman maka demikianlah juga kesesatan, kufur, maksiat dan kejahilan itu diperlihatkan baik pada pandangan orang-orang kafir. Mereka merasa selesa dan bahagia (kononnya) dengan kesesatan itu pada hal ia telah memudaratkan kehidupan mereka di dunia ini sama ada mereka sedar atau tidak. Ini semua adalah satu pengajaran dan hikmah yang besar dari Allah untuk manusia seluruhnya agar mereka memilih jalan yang betul dan hidayah Islam sekaligus meninggalkan segala perkara yang bercanggah dengannya.
Tiada sekutu bagi Allah dalam semua perkara yang dilakukan oleh manusia. Ertinya sekiranya mereka men-yengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam kehidupannya sudah pasti ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. Justeru, pilihlah jalan petunjuk yang terkandung di dalam Al Quran dan jalan petunjuk yang dinyatakan oleh Nabi S.A.W, melalui hadis-hadisnya yang banyak. Manusia memerlukan petunjuk Allah walau sebijak mana sekalipun pemikiran dan akal yang ada pada mereka. Ini kerana manusia tetap lemah dan mempunyai kelemahannya yang banyak.
Dengan kelemahan yang ada pada manusia itu, mereka memerlukan petunjuk dari Tuhan Yang tidak ada sebarang kelemahan dalam segala hal dan tindak tanduk-Nya sama ada pada sifat, nama dan perbuatan-Nya, dalam penciptaan-Nya dalam hukum hakam-Nya dan dalam kemutlakan pemerintahanNya.
Di dunia manusia diberi kuasa pemerintahan mentadbir bumi buat sementara waktu dan menggilir-gilirkannya di kalangan manusia sama ada di kalangan orang beriman dan kafir. Tetapi kekuasaan dan pemerintahan mutlak ialah di tangan Allah, tidak ada siapa boleh mencabarNya khususnya di hari kiamat kelak. Di hari itu tahulah siapa yang berada di pihak yang benar dan siapakah yang sesat, namun penyesalan pada hari itu tidak ada gunanya lagi. Allah telah jelaskan petunjuk di dunia ini melalui Al Quran dan Sunnah Nabi S.A.W untuk panduan manusia.
Justeru carilah sesuatu yang sempurna untuk mengaturkan kesempurnaan kehidupan bukan mencari yang kurang dan lemah untuk mengatur kehidupan manusia. Berdegil dalam mencari kesempurnaan ini, buruklah akibat balasan dan kesudahan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Mereka perlu membuka dada untuk menerima petunjuk Allah kerana itulah caranya untuk menyelesaikan segala kemelut kehidupan manusia sehingga hari kiamat. - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Saturday, July 16, 2011

Harga Terkini Tiket - Up To Date 16 Julai 2011

Dari mesir : 2 ogos 2011 , pulang ke Mesir  : 28/29/30 ogos atau 4 Sept 2011  =  LE 3300

Dari mesir : 9 ogos 2011 , pulang ke Mesir  : 28/29/30 ogos atau 4 Sept 2011  =  LE 3500

Dari mesir : 13 ogos 2011 , pulang ke Mesir  : 28/29/30 ogos atau 4 Sept 2011  =  LE 3850

Dari mesir : 15 ogos 2011 , pulang ke Mesir  : 29 ogos atau 4 Sept 2011  =  LE 3650

Dari mesir : 17 ogos 2011 , pulang ke Mesir  : 29 ogos atau 4 Sept 2011  =  LE 3500

# Tempahan adalah terhad

Monday, July 4, 2011

Harga Promosi Tiket

GulfAir

31 Jul Return 13 Nov  = LE 3650

10 ogos Return 13 Nov = LE 3550

11 ogos Return 13 Nov = LE 3450

14 ogos Return 13 Nov = LE 3350


* Terhad

Wednesday, June 29, 2011

Yang Buang Tulisan Jawi , Dia... yang Bagi Tanah Kita Pada Orang , Dia Juga...



                                                                       
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.
Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4125-sedihnya-negara-hilang-tanah-ktmb-selamanya-                                     

Friday, March 11, 2011

Selangor lancar Dasar Tahfiz Al-Quran

SHAH ALAM, 8 Mac: Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Dasar Tahfiz Al-Quran dengan lima objektif utama antaranya melahirkan 500 huffaz profesional pada 2020.
Dasar itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini malam tadi yang berkata, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
Visi dasar itu menjurus ke arah melahirkan generasi Al-Quran profesional yang mahir, berilmu, beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing dan berketrampilan seiring dengan keperluan masa kini. 
Objektif dasar itu untuk menambahkan bilangan huffaz serta meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz Al-Quran, kerjasama kerajaan negeri dengan semua pihak hingga mampu melahirkan lebih ramai hafiz dan menjadi tempat rujukan utama bagi segala permasalahan berkaitan Al-Quran.
Selain itu, menjadi pusat melahirkan guru Al-Quran yang terlatih dan profesional demi memenuhi tuntutan keperluan masyarakat serta pusat latihan pengurudan dan pentadbiran Institut Tahfiz Al-Quran.
Jawatankuasa pelaksana dasar ini juga akan terus mengadakan Hari Huffaz, Akademi Imam, Kursus Tarannum, Karnival Huffaz Selangor, Ijtimak Huffaz Selangor dan Majlis Pengiktirafan Hafiz.
Sebelum itu, Abdul Khalid berucap merasmikan Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Auditorium Dewan Jublee Perak, Bangunan SUK, dekat sini.
Sambutan terhadap majlis ini amat memberangsangkan berikutan premis luas itu sesak dan penuh dengan huffaz.
Selesai acara rasmi, Abdul Khalid menyampaikan elaun tunai kepada sekitar 30 huffaz yang berjaya di dalam temuduga yang diadakan sebelum ini.
Malam tadi, seramai dua penghafaz lelaki menjawab lima soalan dengan cara menyambung ayat Al-Quran yang kelihatannya sangat mudah bagi mereka berbuat demikian.
Bagi mereka yang menghafaz 10 juzuk menerima bayaran sebanyak RM1,200, 20 juzuk (RM1,800) dan 30 juzuk (RM3,000).
Seorang penerima elaun, Mohd Adib Badri Shah Al, 20, dari Klang bersyukur kerana berjaya dalam percubaan pertama kategori 10 juzuk dengan membawa pulang wang tunai RM1,200.
Adib baharu sahaja tamat 30 juzuk pada temuduga itu November lalu dari Institut Tahfiz Al-Quran Gemencheh, Negeri Sembilan.
Anak kelima ini berazam untuk menyertai lagi temuduga ini di masa akan datang untuk menguji kemahiran.
Mengikut buku dasar ini, aktiviti menghafaz atau ishbat ini melibatkan program untuk peserta 18 tahun ke atas bertujuan menjadikan program pemberian elaun sebagai aktiviti ko-kurikulum huffaz.
Program ini juga untuk meningkatkan istiqamah huffaz dalam usaha memelihara hafazan Al-Quran, menjadikan golongan huffaz sebagai penggerak yang terancang dalam membudayakan Al-Quran melalui masjid dan surau serta memartabatkan generasi pembawa Al-Quran.
Aktiviti ujian ini dilaksanakan sebanyak dua kali setahun; Mei dan November di mana bayaran dibuat dua bulan kemudian melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama pertubuhan yang berkaitan.
 

Monday, March 7, 2011

Keputusan Pilihanraya Kecil Merlimau Dan Kerdau

Alhamdulillah Pas kalah.Mungkin itulah yang sesuai diucapkan apabila menadapat tahu keputusan pilihanraya kecil malam tadi.Kalah atau menang bukan persoalan utama untuk kita bincangkan,yang paling penting usaha ,perjungan,keikhlasan dan pengharapan kepada Allah SWT .Kalah atau menang, perjuangan demi memastikan Islam dijulang tinggi harus diteruskan.Yang pastinya kita tetap menang kerana berjuang dalam Islam tidak ada istilah kalah.yang ada cuma belum menang.

Kepada pejuang-pejuang Islam yang telah bertungkus-lumus demi memastikan kemenangan Islam di Merlimau dan Kerdau.Berkorban harta dan tenaga,Barakallahufikum."Wahai orang-orang yang beriman! sekiranya kamu menbantu Agama Allah , nescaya Allah akan membantumu dan menetapkan pendirianmu" 47:7 .

Tahniah kepada wakil rakyat yang telah menang di Kerdau dan Merlimau.Sesungguhnya kami rakyat, sangat-sangat menantikan janji-janji anda yang telah ditaburkan sebelum ini.Banyak janji-janji kerajaan telah ditaburkan kepada rakyat khususnya ditempat-tempat yang telah dimenanginya seperti Permatang Pasir ,Hulu Selangor,Galas,Tenang dan lain-lain.Rakyat tetap menantikan janji-janji anda.

Hassanuddin Salim memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90.
Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi.

Thursday, February 10, 2011

Selangor Sedia Kursus Pelajar Pulang Dari Mesir

SHAH ALAM, 10 Feb: Pelajar-pelajar Selangor yang baharu dibawa pulang dari negara yang sedang bergolak, Mesir, bernasib baik kerana selepas ini mereka disediakan kursus sehingga setahun oleh kerajaan negeri.
   Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri menganjurkan kursus kepada pelajar yang berasal dari Selangor sementara menunggu pergolakan yang berlaku di negara berkenaan kembali pulih.
   Kursus yang akan ditawarkan, jelasnya, seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Komputer dan Kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang diberikan secara percuma selain yuran daftar.
   Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media yang turut disertai Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Teresa Kok selepas mesyuarat exco yang diadakan petang semalam di Bangunan SUK, dekat sini.
   Menurutnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu bagi membolehkan pelajar memanfaatkan masa menunggu untuk kembali ke Mesir dengan melakukan perkara berfaedah termasuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
    "Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan keutamaan kursus akan diberikan kepada pelajar tajaan kerajaan negeri menerusi Lembaga Zakat Selangor seramai 600 orang," tegasnya.
Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sedang membuat persediaan rapi bagi membolehkan semua kursus itu dapat dimulakan dalam tempoh terdekat di bawah pemantauan Exco Dr Halimah bagi memastikan ia berjalan lancar dan efektif.

Sumber :Harakahdaily.net

Saturday, January 15, 2011

CARA MENGAJI AL-QURAN YANG AGAK MENARIK

                                       KLIK PADA GAMBAR UNTUK DIBESARKAN

Saturday, January 1, 2011

WaLi BaNd DiBeNaR BuAt PeRsEmBaHaN Di KeLaNtAn


KOTA BHARU, 31 Dis: Anggota kumpulan band terkenal dari Indonesia, Wali Band begitu bersyukur dan berbangga apabila muncul sebagai band pertama yang diberi peluang membuat persembahannya di Negeri Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Salah seorang anggota kumpulannya, Apoi pada sidang medianya melahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan kumpulan mereka bukan sahaja band pertama dari luar negara membuat persembahan, sebaliknya mendahului band dari negara ini sendiri.Apoi yang bermain gitar seterusnya berharap kumpulan mereka dapat menghiburkan rakyat Kelantan.

“Konsep kami adalah berdakwah, jadi semoga kami dapat berdakwah sambil berhibur,”ujarnya.Petang semalam anggota ini mengadakan sidang medianya disalah sebuah hotel di sini sempena program mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

Empat anggota anak muda ini akan menjayakan Bazaar 4 Gaza di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam ini.Program berkenaan dianjurkan bersama Anjung Tulus, Sekretariat Misi Cakna Palestin dan kerajaan negeri.Petang ini Wali Band akan bersama para peminat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Sumber :http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30111:wali-band-dibenar-buat-persembahan-di-kelantan&catid=1:utama&Itemid=50

MeLaYu PuN KeNa TuTuP AuRaT

KOTA BHARU, 31 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang Melayu juga mesti menutup aurat di dalam kawasan surau atau masjid.Beliau menyatakan demikian ekoran isu yang ditimbulkan media mutakhir ini berhubung senamrobik yang dilakukan masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan.

“Usahkan di dalam kawasan masjid, di dalam masjid pun tidak apa, termasuklah juga pembelajaran dan persoalan perlantikan ketua negara dan ketua perang serta urusan sakit demam. Semuanya dilaksanakan dalam masjid seperti yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.“Namun dari segi aurat, mestilah dijaga. Usahkan orang Cina, orang Melayu sendiri mesti menutup aurat. Tinggal lagi hendaklah ditegur orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu,” katanya kepada media pada kuliah mingguan di sini, hari ini.
Mengulas  komitmen sesetengah masyarakat Cina terhadap rumah ibadah, beliau berkata walau pun kaum Cina, Orang Asli atau warga Afrika yang hitam, namun apabila mereka itu muslim dan muttaqin, maka adalah layak dilantik menjadi imam sembahyang.

“Ini kerana hina atau tidaknya manusia itu bukan terletak kepada tubuhnya tetapi adalah terletak kepada taqwanya.“Walau pun dia hamba, tetapi apabila dia diangkat menjadi ketua (termasuk imam sembahyang) maka mesti diikuti.“Oleh demikian, di Kelantan sendiri, saya sudah membina masjid di Rantau Panjang.  Saya meminta orang Cina menjadi imam sembahyang dan saya menjadi makmum pada bulan Ramadhan yang lalu,” katanya.

Monday, December 27, 2010

InTiPaTi KuNjUnGaN DR. HaSaN Ali Kali Ke 2



Bumi Mesir sekali lagi menerima kunjungan tetamu dari Malaysia khususnya kepada anak-anak Selangor yang jauh diperantauan.yang pastinya setiap pertemuan bakal meleraikan rindu, mengembangkan pengetahuan semasa dan membakarkan semangat didalam menuntut illmu Allah yang maha luas ini.kunjungan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali untuk kali yang kedua ini lebih kepada untuk memperkenalkan pegawai Rumah Selangor yang baru iaitu Ust Farizal.Perlantikan baru ini bagi mengantikan Ust Halim Saljadi yang telah tamat tempoh berkhidmat di bumi berkat ini.


Kerajaan Selangor tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada mahasiswa IPT dan IPTA di Malaysia, tetapi harapan yang tinggi tersebut hanya diletakkkan kepada mahasiswa/wi di Mesir khususnya dalam misi untuk memperkenalkan Islam secara menyeluruh kepada rakyat.


Antara pesanan yang disampaikan oleh Dr Hasan Ali ialah :

  • Mahasiswa mestilah tidak menghadkan tempoh belajar di Mesir ini hanya semata untuk mendapatkan sekeping sijil.Tetapi mestilah ada didalam setiap jiwa pelajar komitment dalam menegakkkan Islam.
  •  250 ribu orang penceramah diperlukan untuk dihantar kesurau-surau dan masjid-masjid.wajib ada kuliah maghrib pada setiap hari dan qiamullail 3 bulan sekali -( Peranan imam ialah perlu mengambil contoh imam di zaman nabi. Antara contoh imam pada zaman nabi iaitu Abdullah bin Abi Maktum.Beliau adalah seorang yang buta tetapi menjadi pemimpin ummah.Dipilih Allah salah seorang yang mati syahid.Peranan bilal pula perlu mengambil contoh bilal dizaman nabi Bilal Bin Robah.Beliau adalah seorang yang mewaqafkan jiwa dan raga demi agama Allah yang tercinta dan sentiasa hidup dalam keadaan berwudhuk ). 
  •  Kepada mahasiswa/wi yang telah berusia 23 tahun mestilah mendaftarkan diri sebagai pengundi.


Majlis bersama Dr. hasan Ali berakhir dengan pelancaran kali ke 2 KPI ( Key performance Indicator ) .
KPI adalah kayu pengukur kejayaan dunia dan akhirat.Ianya adalah antara perkara yang perlu dipenuhi oleh setiap mahasiswa Selangor Mesir di samping dipantau oleh pegawai Selangor :
  1. Solat jemaah
  2. Puasa sunat
  3. Qiamullail
  4. Baca Al-Quran ( sekurang-kurangnya satu maqru' )
  5. Bacaan Ilmiah
  6. Isu semasa


Antara program yang telah berjaya dijalankan oleh kerajaan Selangor :

  1. AKADEMI IMAM
  2. PPIK ( Pemantapan Pemerkasaan Institusi Keluarga ) 


Program yang akan datang :
  1. PROMIS ( Program Menyemarakkan Islam Selangor ) - Setiap hari sabtu ,9 pagi - 11.30 pagi, Dataran Studium Shah Alam,

Semoga segala yang dirancang dapat berjalan dengan baik . Harapan yang tinggi agar Allah SWT memberikan Hidayah dan kekuatan kepada pemimpin-pemimpin di Selangor dalam melaksanakan gerak kerja .

Link laman Dr.Hasan Ali http://drhasanali.com

Saturday, December 25, 2010

SiApAkAh DiA MuHaMmAd ???


                                                              BaB SaTu


Hari ini Alhamdulillah Allah SwT memberikan kami satu usrah dapat melaksanakan usrah Ilmi seusai  solat asar. Tempat pilihan kami berusrah hari ini ialah Bait ustaz Fatah Muhammad. Antara yang perbincangkan bersama ialah Siapahkah Muhammad??? Hasil perkongsian bersama maka inilah hasilnya secara ringkas.


NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutallib Bin Abd Manaf Bin Abd manaf bin Hasyim

IBU : Aminah Binti Abdul Wahab

TARIKH LAHIR : 12 Rabiul Awwal ( Isnin ) - tetepi mengikut para pengkaji sejarah berpendapat bahawa tarikh yang paling tepat sekali ialah 9 Rabiul Awwal .Ini kerana 12 Rabiul Awwal jatuh pada hari khamis dan hari isnin jatuh pada hari 9 Rabiul Awwal. Bersamaan 20 April 570 masihi.

 BERKAHWIN : Berkahwin dengan Khadijah BT Khuwailid ketika berusia 25 tahun .

ANAK-ANAK BAGINDA : Baginda dikurniakan 4 orang anak lelaki dan 3 perempuan ( = 7 ). 6 daripada anak-anak baginda hasil perkongsian hidupdengan isterinya yang pertama iaitu Khadijah Binti Khuwailid. Manakala seoarang lagi hasil dari isteri yang lain . Anak tersebut diberi nama Ibrahim.Nama anak-anak baginda adalah seperti berikut ( dengan tidak mengikut susunan ) :
  1. Abdullah
  2. Qassim 
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ummi Qulsum
  6. Ruqayyah                                                                                                                                            
                                                    (-:  Semoga memberi faedah untuk semua  :-)

Tuesday, December 21, 2010

StUdY SmArT In IsLaMiC WaY


( لقد خلقنا النسان فى أحسن تقويم )

“Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik ciptaan . Sekarang tugas kita untuk menjadikan diri kita yang terbaik”

ASAS STUDY
1.   

  •       Memastikan suasana tempat belajar bersih dan selesa .
  •        Sunat mengadap kiblat dan berwudhuk .
  •        Membaca doa penerang hati. Seperti : " ربنا افتح بينا وبين قومن باالحق وأنت خير الفاتحين " 
  •        Membaca buku sehinggga faham .
  •        Ringkaskan apa yang kita faham dan ambil point-point penting untuk dijadikan nota .
  •        Hafal point-point yang ada pada nota .
  •        Tulis apa yang kita telah hafal .
  •        Meletakkan Tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT

KAEDAH TAMBAHAN
  •     Pelbagaikan warna pada buku dan nota . Seperti warna biru untuk tajuk , merah untuk perhatian dan  lain-lain .
  •                    Pembelajaran secara  berkumpulan ( study group )
  •                   Melakar peta minda .
  •                   Memperuntukkan 2 jam sehari untuk belajar .
  •                   Pelbagaikan cara menghafal seperti berdiri dan berjalan .
  •                   Kajian menunjukkkan waktu belajar yang sesuai ialah selepas subuh dan selepas maghrib

DALAM BANYAK-BANYAK PERKARA , YANG PALING SUSAH UNTUK DIAMALKAN IALAH ISTIQAMAH.SEMOGA KITA BERISTIQAMAH DALAM BELAJAR  DAN BELAJAR KERANA ALLAH SWT . BUKAN KERANA IMTIHAN SEMATA-MATA . 

Saturday, December 18, 2010

TANGANI KEMALANGAN JALANRAYA DENGAN CARA ISLAM

                                                   HaSiL PeRBiNcAnGaN UsRaH


Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar berita tentang kemalangan-kemalangan yang dasyat dan tragis.Perbincangan kami lebih tertumpu kepada kemalangan bas ekspres yang telah banyak meragut nyawa rakyat Malaysia . Antara tajuk-tajuk menarik yang disiarkan didada akhbar seperti : Bas Terbang , Pemandu Bas Tidak Ada Lesen Memandu dan lain-lain.


Apakah yang terjadi sebenarnya???Adakah Malaysia tiada jalan penyelesaian??? kenapa negara-negara lain tidak berlaku ??? sedangkan mereka lebih maju daripada kita ..lebih sibuk dan sesak jalanraya mereka.Hasil perbincangan usrah kami semalam.,berikut adalah penyelesaiannya :

  1. Memperketatkan undang-undang jalanraya . JPJ dan polis hendaklah menjalankan tugas dengan amanah.                                                                                                                                            
  2. Tempat duduk penumpang diasingkan lelaki dan perempuan.
  3. Bila tiba waktu solat pemandu mestilah berhenti untuk solat .
  4. Menggunakan 2 orang pemandu secara bergilir.
  5. Mengurangkan hiburan lagu-lagu yang melalaikan.

Semoga cara ini dapat dilaksanakan lantas mengurangkan punca kemalangan di Malaysia.Sama-sama kita amalkan :-)
 

Tuesday, October 19, 2010

TAKLIMAT BIASISWA JADI TAKLIMAT KELAB UMNO

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.
Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.
“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.
 Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.


Sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29051:taklimat-biasiswa-jadi-majlis-kelab-umno&catid=1:utama&Itemid=50

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak kebelakangan ini semakin menjadi-menjadi pihak JPMK ( jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ) menyebar dan mengungut mahasiswa Malaysia yang semakin  bertambah di bumi Mesir ini . Ini menunjukkan semakin jelas kepada kita bahawa keberadaan mereka selama ini di Mesir memang untuk membawa dan memperjuangkan parti UMNO.

Kita sentiasa tertanya mengapa JPMK dari dahulu sehingga sekarang tidak henti-henti menyerang persatuan kebajikan yang sudah 80 tahun lebih berbakti memberi kebajikan kepada mahasiswa di Mesir iaitulah PMRAM .Walaupun terang lagi bersuluh persatuan ini bukanlah persatuan politik.Tetapi hanyalah memberi kebajikan yang tidak putus-putus kepada mahasiswa.Mungkin kerana Persatuan ini dasarnya jelas iaitulah Al-Quran dan Sunnah seakan sama deangan parti pembangkang yang berada di Malaysia.

Kini terjawab mereka memang memperjuangkan UMNO diMesir dan mungkin dinegera-negara yang lain juga.Apa tindakan mahasiswa???
 

Wednesday, September 29, 2010

Pendaftaran Haji PMRAM 1431 h kini dibuka..

Dokumen yang diperlukan:

-Iqamah sah sehingga 1.3.2011
-Tasdiq Kuliah
-Surat sokongan Safarah(dalam bahasa Arab)
-Ta'syir audah drp Mujamma' Tahrir
-8 keping gambar pasport(background putih)
-syahadah Tath'im(sijil kesihatan) disertakan resit

* bagi akhawat WAJIB BERSAMA MAHRAM YANG SAH.




untuk maklumat lanjut sila hubungi:
saudara Ahmad Huzaifah Fauzi
tel: +2011 631 2426
id ym/emel: ustazhuzaifah@yahoo.com

Monday, September 20, 2010

LAPORAN RAMADAN

Alhamdulillah masa saya begitu terisi cuti pada kali ini . Saya dapat memberikan yang terbaik untuk masyrakat yang bagi saya sememangnya dahagakan sentuhan-sentuhan mahasiswa dengan penghayatan Islam . Semoga mahasiswa yang pulang ke tanah air sentiasa memimpin masyarakat.

 

MALAM 16 RAMADAN 25 Ogos Rabu TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 17 RAMADAN 26 Ogos Khamis IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 18 RAMADAN 27 Ogos Jumaat TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 19 RAMADAN 28 Ogos Sabtu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 20 RAMADAN 29 Ogos Ahad IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 21 RAMADAN 30 Ogos Isnin TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 22 RAMADAN 31 Ogos Selasa TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 23 RAMADAN 1 sept Rabu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 24 RAMADAN 2 sept Khamis IMAM DAN TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 25 RAMADAN 3 sept Jumaat IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 26 RAMADAN 4 sept Sabtu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 27 RAMADAN 5 sept Ahad IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 28 RAMADAN 6 sept Isnin IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG

MALAM 29 RAMADAN 7 sept Selasa IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 30 RAMADAN 8 sept Rabu IMAM DAN TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )


Sebarang masalah hubungi  no Malaysia saya ditalian 6013-6729210  

Saturday, September 11, 2010

PAS KUTUK TINDAKAN BAKAR AL-QURAN

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Rancangan sebuah gereja bertapak di Florida, Amerika Syarikat (AS) untuk membakar buku al-Quran sempena ulang tahun tragedi dahsyat 11 September yang memusnahkan Twin Towers di bandar New York, bukan sahaja terus menerima kritikan daripada semua umat Islam, malah masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama para pemimpin Islam dan bukan Islam negara membantah keras cadangan paderi yang pernah dibuang oleh gereja Jerman kerana sikap Islamophobianya.

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa," katanya.

DAP, dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengutuk sekuat-kuatnya rancangan tersebut dan berpendapat bahawa rancangan tersebut akan menyemarakan lagi kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaan agama, bukan sahaja di Amerika, malah di negara-negara lain.

“DAP menentang apa jua bentuk permusuhan, jenayah, perkauman dan tindakan melampau agama sama ada ia dilakukan di tanah air sendiri mahupun antarabangsa.

“Kami memilih untuk berdialog, rundingan dan debat daripada keganasan dan pelampau,” kata Lim dalam kenyataannya sambil menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mengutuk yang dilabelkannya sebagai ‘gila dan merbahaya’ untuk mencemarkan naskhah kitab suci al-Quran.

Cadangan membakar al-Quran ini dipercayai tercetus apabila masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu, malah cadangan mereka disokong Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sendiri.

sumber : harakahdaily.net