SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Saturday, December 21, 2013

IlMu MaStUr DaN MaNzUr

Secebis nukilan pembakar semangat


 Kata seorang pejuang Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya: 2 ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang adalah:
 Ilmu Mastur : Ilmu yang diperolehi di kuliah,  talaaqi dan pusat2 pengajian.

 Ilmu Manzur : Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, penelitian, terlibat dengan organisasi dan bermasyrakat

✅ Apabila manusia hanya sekadar sibuk dengan ilmu mastur sahaja lantas meningglkan ilmu manzur maka akan muncul golongan BIJAK PANDAI tapi BODOH BERFIKIR.

✅ Menyoroti kejatuhan Islam di bumi Baghdad di tangan Tentera Tartar pada zaman kerajaan Abasiyah suatu yang amat yang mendukacitkan. Yang malangnya adalah, wujud ketika itu golongan ilmuwan, intelek, bijak pandai namun mereka tidak mengambil cakna perihal Islam, tiada sensitiviti terhadap cinta dan kasih sayang buat Islam, sibuk dengan kepentingan peribadi , lemah jati diri & tidak mengambil tahu keadaan Islam dan umatnya. Tidak dinafikan salah satu kejatuhan Islam di bumi mulia Baghdad adalah kerana perancangan halus musuh namun yang lebih lagi menyedihkan adalah SIKAP umat Islam.

✅ Maka, kewajipan kita hari ini bukan sekadar memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam yang mencari ilmu di kuliah dan pengajian luar namun ada lagi tanggungjawab yang lebih besar.

✅ Kewajipan kita sekarang  adalah untuk menjiwai Islam, sayang kepada Islam dan bagaimana usaha kita hari ini untuk faham Islam.

✅ Dikisahkan seorang wanita yang bernama Maryam Jameelah ( keturunan Yahudi) disapa angin hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Sejurus memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam bersungguh2 dengan membeli kitab2 Islam dan mencari seorang murabbi yang akhirnya beliau menjadi anak angkat kepada Imam Almaududi.

✅ Kita hari ini Islam kerana warisan tapi masih malas untuk mendalami Islam. Sibuk mencari  alasan untuk tidak turut serta dalam program tarbiyyah.

✅ Semoga Allah terus tetapkan diri kita dalam medan amal islami ini untuk menggerakkan bahtera Islam. Ramai orang hanya sekadar mahu menjadi penyokong tapi ramai mana mereka yang bercita-cita mahu menjadi pendokong Islam.

"Allah Ghoyatuna"

Friday, December 20, 2013

FuTuR Di MeDaN DaKWaH

Definisi Futur

Lemah himmah dan fizikal dari
melaksanakan bentuk-bentuk aktiviti dan
tanggungjawab yang berbagai-bagai
berkaitan dengan amal dakwah, amal
tarbiyah dan amal harokah [tanzim]

Fenomena Futur

1. Aspek Ibadat
• Kurang memelihara diri untuk solat
berjamaah di masjid.
• Lalai untuk selalu berqiamulalil.
• Tidak suka berpuasa sunat
•Kurang membaca al-Quran setiap hari
minima sejuzuk bahkan kadangkala tidak
membacanya langsung.

2. Aspek Harakiy
• Selalu lewat menghadiri wasilah usrah atau
tidak langsung hadir
• Tidak hadir wasilah katibah,rehlah dan
mukhayyam tanpa alasan.
• Lemah untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diminta berkaitan
aktiviti jamaah samada yang bersifat umum
atau khusus.

3. Aspek suluk
• Tidak prihatian atau lemah perhatian
terhadap temujanji. Termasuk juga segi
ketepatan masa.
• Lemah komitmen di dalam berpegang
kepada hukum syarak terhadap diri, keluarga
dan pergaulan harian.

4. Aspek ilmu
• Kurang membaca dan menngulangkaji
serta berterusan membaca.
• Kurang menulis atau menghadiri wacana
intelektual, majlis-majlis fiqh dan ceramah-
ceramah ilmiah.

5. Aspek fizikal
• Lemah dari melakukan latihan-latihan
kesukanan setiap hari atau memberi
perhatian terhadap tubuh badan.

Penyebab futur :

Pertama : Ikhwah tidak faham hakikat
marhalah yang dilalaui jamaah, mungkin ia
menyangka jamaah di marhalah tanfiz
sedangkan ia masih di marhalah takwen dan
persediaan. Maka ia tidak menuntut dari
ikhwah apa yang lebih diperlukan oleh fasa
tersebut atau tidak perlu lebih dari apa yang
ikhwah mampu lakukan.

Kedua : Ikhwah tidak tahu objektif dari setiap
aktiviti yang dijalankan samada ia bersifat
umum atau khusus seperti usrah,katibah,
mukhayyam, rehlah, demonstrasi atau
sambutan-sambutan perayaan.

Ketiga : Kemalasan naqib atau masul di
dalam sudut ibadah, harakah, perilaku ,
menuntut ilmu dan riadah yang memberi
kesan kepada anak buahnya. Juga buat para
qiyadah yang akan membina lapisan
kepimpinan selepasnya.

Keempat : Masul yang bertanggungjawab di
dalam urusan tarbiyah gagal follow up
perkara yang berkaitan dengan urusan
tarbiyah.

Kelima : Muncul pelbagai halangan yang melahirkan perasaan lemah, kecewa di dalam diri akh berbanding keaktifannya sebelum ini.

Keenam : Banyak beban dan tanggungjawab yang digalaskan kepada ikhwah sehingga menjadikannya lemah atau gagal
melaksankannya kerana ia diluar
keupayaannya.

Ketujuh : Semakin bertambah dikalangan ikhwah orang-orang yang kecewa, frust dan
putus asa.

Kelapan : Pengaruh persekitaran yang khusus terutama suasana kerja/peribadi yang mempengaruhi kehidupan ikhwah yang akhirnya membawa kepada futur.

Kesembilan : Pengaruh persekitaran yang melingkungi aktiviti ikhwah terutama pengaruh politik di dalam negara dan politik dalaman jamaah.

Kesepuluh : Ikhwah lemah aspek ruhi
sehingga membawa lemah daya tolak untuk berpuasa, bangun malam dan sebagainya.

Kesebelas : Sibuk dengan kehidupan dunia,
ikhwah menghabiskan masa di dunia
kerjaya, membaiki kedudukan ekonominya,
bekerja siang dan malam, tiada masa rehat
sehingga dia tidak berdaya untuk solat
berjamaah, bangun malam, berpuasa sunat
dan sebagainya.

Kedua belas : Sedikit yang mendokong dakwah dan perjuangan ikhwah samada masyarakat setempat, di desa atau di
Bandar. Tidak ada yang mahu membantu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan boleh jadi jiran-jiran, teman sekerja atau
saudara mara juga menjadi punca kepada futurnya ikhwah.

[Terjemahan dan olahan semula dari Buku
Musykilat Tuwajihu Amal Islami tulisan
Dr.Muhammad Abd.Qadir Abu Faris]

Saturday, October 19, 2013

PeRuTuSaN RaYa HaJi

PERUTUSAN EIDULADHA 1434 H.

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraika n dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan  Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji.

"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan"

Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri.

Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3:

"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian"

Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam.

Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita.

Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru  tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar.  Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.

TUAN GURU ABDUL HADI BIN AWANG

Thursday, October 17, 2013

ZuLhIjJaH DaN NaBi IbRaHiM AS



Zulhijjah bulan pengorbanan . Pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS sekeluarga menjadi contoh kepada kita bahawa segalanya hanya untuk Allah . Ini kerana Amanah dan arahan Allah diluar jangkaan manusia. Apabila Suruhan itu datang daripada Allah maka bersungguh-sungghlah melakukannya .


Antara kisah nabi Ibrahim didalam Al quran :
  1. Dialog bersama namrud
  2. Keinginannya melihat Allah
  3. Dialog bersama ayahnya agar kembali kepada Islam
  4. Membina Kaabah
  5. Memecahkan patung lalu dia dibakar hidup-hidup
  6. Menyembelih anaknya Ismail

Antara Kesan yang kita rasai daripada keluarga nabi Ibrahim AS :

  1. Kaabah
  2. Air zam - zam
  3. Berlari anak Safa Marwa
  4. Melontar batu di jamrah 
  5. Ibadah korban
  6. Selawat kepada nabi Ibrahim AS pada bacaan tahiyyat akhir

Nabi Ibrahim AS bapa segala anbia :

Didalam Al-Quran nabi Ibrahim AS digelar sebagai bapa sekalian nabi-nabi . Ini kerana baginda merupakan bapa kepada nabi Ismail dan nabi Ishak AS . Daripada keturunan nabi Ibrahim jugalah lahirnya ramai daripada nabi-nabi.

  1. *Nabi Ismail : Baginda merupakan nabi yang kedua terakhir dari kalangan arab dan berakhir dengan nabi Muhammad SAW setelah berlalunya jarak masa yang agak lama 
  2. *Nabi Ishak : Daripada baginda sehinggalah nabi Isa AS bermulanya bangsa israel . Nabi Ishak sendiri digelar sebagai Israel .  
* Perlu dirujuk semula


ujian nabi Ibrahim :
  1. Mengambil masa yang lama untuk dikurniakan anak
  2. Diarah oleh Allah untuk meninggalkan Hajar dan Nabi Ismail di Mekah yang tidak terdapat langsung sumber makanan dan minuman .
  3. Diarahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail AS     

Nama didalam bahasa Inggeris:

Ibrahim = Abraham
Ismail   = Ismael
Ishak    = Issac


Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga menjadi contoh dan teladan buat kita . Untuk akhirnya saya cadangkan kepada semua agar beberapa resolusi dapat kita jayakan demi membuktikan cinta dan kasih kita kepada Allah SWT .


  • Solat berjemaah 5 waktu bagi lelaki dan solat seusai azan bagi perempuan. Jika tidak mampu mulakankan dengan solat maghrib sesudah mampu beristiqamah tambahkan pula dengan solat zohor dan hingga keakhirnya .         ( KORBAN DIRI )
  • Sentiasa memastikan diri berada didalam majlis ilmu . Sekiranya tidak mampu mulakan dahulu dengan mendengar ilmu secara tidak langsung seperti di radio , hanset dan lain-lain .Ini kerana Islam agama Rahmat .Tersebarnya Islam dengan ilmu . ( KORBAN MASA )
  • Istiqamah dengan bersedekah walaupun dengan seringgit@segenih kerana dengan bersedekah dapat mengikis sifat tamak didalam diri dan memupuk rasa bersyukur kepada Allah . ( KORBAN HARTA )



Friday, October 11, 2013

SeLaMaT DaTaNg ZuLhIjJaH 1434H



Pengenalan :

Bulan Zulhijjah diantara bulan yang disebutkan didalam Al-quran sebagai bulan yang diharamkan oleh Allah . Diharamkan berburu dan berperang . 3 bulan yang lain pula adalah Zulqeadah , Muharram dan Rejab ( 9 : 36 ) . Bulan ini juga sangat berkait rapat dengan keluarga agung Nabi Ibrahim AS .

Kelebihan :


  1.  Pensyariatan Haji   
  2.  Pensyariatan ibadah korban 
  3.  Terdapat didalamnya 10 siang yang terbaik   


Amalan terbaik diwaktu siang :

  1. Berpuasa
  2. Beri'tikaf dimasjid
  3. Bersedekah
  4. Membaca Al-Quran dan berzikir

 Sama-samalah kita memanfaat masa didalam mengejar ganjaran 10 siang yang penuh keberkatan dari Allah SWT . Didalam Islam ada saat yang berkat , terdapat juga jam yang berkat , hari yang berkat , malam yang berkat , siang yang yang berkat , bulan yang berkat dan tempat-tempat yang berkat . Semuanya untuk hamba-hamba Allah yang soleh . Selamat menghidupkan masjid-masjid ditempat anda.




Tuesday, September 3, 2013

PeNgAmBiLaN PeLaJaR BaRu KuLiAh Al-QuRaN TaNtA 2013 / 2014






Pengambilan pelajar sesi baru 2013 / 2014 kini dibuka kepada mahasiswa lepasan Maahad Qiraat Al-Azhar bermula pada 1 / 9 /2013 sehingga 15 / 9 / 2014 . Bertempat di kuliah Al-quranul Karim cawangan universiti Al-Azhar Tanta (siberbay ) .



Dokumen yang dikehendaki :

1 ) Sijil asli syahadah muaaqatah

2 ) Sijil asli syahadah milad

3 ) Surat pengakuan tidak bekerja ( mungkin kepad warga Mesir sahaja )

4 ) Mohon borang ' namuzaj 6 jannad ' dan borang ' namuzaj 2 jannad ' kepada yang lahir 1994 ke atas.

5 ) Gambar salinan pasport

6 ) LE130 untuk borang permohonan


#permohonan kali ini jelas sekali berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini :http://mohdzahidadanan.blogspot.com/2012/09/pengenalan-kuliah-al-quran-tanta.html . Semoga urusan kalian dipermudahkan dalam usaha melahirkan ulama Qurra' yang berjaya  

Monday, September 2, 2013

Takwim Pengajian Universiti Al-Azhar sesi 2013/2014


Kuliah bermula : 21 September 2013
Cuti Eidul Adha : 14 Oktober 2013 - 18 Oktober 2013
Imtihan Fasa 1 : 28 Disember 2013 - 22 Januari 2014


Kuliah Fasa 2 bermula : 08 Februari 2014
Cuti Syam Nasim : 19 April 2014 - 24 April 2014
Imtihan Fasa 2 : 31 Mei 2014 - 16 Jun 2014


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"




Sunday, August 4, 2013

RAMADHAN :GaNjArAn MeMbErI MaKaN OrAnG BeRpUaSa


" Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa padanya ganjaran pahala orang yang berpuasa " 

Didalam hadist ini jelas kepada kita bahawa satu lagi tawaran yang lumayan daripada Allah kepada kita selaku hamba . Peluang ini secara langsungnya terbentang luas di bulan ramadhan yang mulia ini . Cuba kita bayangkan kalau seorang kita bagi makan kita dapat pahala dia berpuasa sepanjang hari tersebut . Cuba bayangkan kalau 10 orang , 20 orang dan seterusnya . Berganda ganjarannya.

Suasana ini agak sukar kita dapati di Malaysia , tetapi bagi kami yang berada di Mesir berbuka puasa free bukanlah suatu perkara yang asing bagi kami . Mungkin juga masyarakat di sini lebih memahami hadist diatas ataupun berkat mereka yang berada di bumi Nabi .

Apapun sama-samalah kita merebut peluang ini dan semudah-mudah cara memberi orang berbuka puasa memadai juga hanya dengan sebiji kurma .   

Saturday, May 25, 2013

Antara fakta menarik Qiraat Syazah

1 ) Mula terkumpul sejak penurunan  wahyu

2 ) Antara sahabat nabi yang memengang Al-quran mereka sendiri seperti Saidatina 'Aisyah , Ibnu Abbas , Ibn masud dan lain-lain lagi . Al-quran ditangan mereka di'iktibarkan sebagai Al-quran peribadi dan dikategorikan juga sebagai Qiraat Syazah .

3 ) Antara sebab-sebab terhapusnya Qiraat Syazah adalah kerana tersebarluasnya Resam Uthmani

4 ) Sah solat seseorang dengan membaca Qiraat Syazah walaupun mengubah makna ( Qiraat Mutawatirah ) sekiranya dia terlupa atapun jahil .

5 ) Tidak boleh mengiktibarkan Qiraat Syazah sebagai Al-quran dan batal solat sekira membawa ke dalam solat . 
 

Wednesday, January 2, 2013

JADUAL IMTIHAN TAHUN 3 FASA 1 : 

30 DIS    AHAD         TAFSIR AYAT AHKAM

3 JAN     KHAMIS    DILALAT & ASALIB

6 JAN     AHAD         TAUJIH

8 JAN     SELASA      SIRAH

10 JAN   KHAMIS     HADIST