SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Penubuhan Orphancare gambarkan keadaan Malaysia semakin menakutkan

Rentetan daripada isu pembuangan bayi semakin meningkat  di Malaysia , Orphancare telah ditubuhkan bagi menjaga dan menawarkan  bayi-bayi tersebut kepada keluarga angkat yang  sudi mengambilnya.- mawifc.com

Isu anak-anak terbuang yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menggambarkan bahawa negara Malaysia yang kita cintai ini semakin hari semakin  merudum nilai moralnya sekaligus menggambarkan akhlak Muslim yang tidak baik kepada masyarakat luar.

sejak 1957 negara kita bebas daripada taklukan penjajah British sehingga kini menjejah 53 tahun apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang beragama Islam maju dari segi moralnya . Kita sering digambarkan bahawa kemajuan hanyalah pada zahirnya dengan  pembangunan yang mewah ,kecangggihan teknologi terkini , dunia tanpa batasan dan lain-lain.Namun sering kita lupa bahawa tunjang pada segala kemajuan ialah keTaqwaan kita kepada Allah SWT.

 Didalam Surah Al A’raf, ayat 96  AllahSWT Menyebut yang bermaksud:


“...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...”

 Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukanlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya.

Saya beranggapan bahawa selagi perjuangan kerajaan berdasarkan sekular ( mengetepikan Islam didalam urusan negara ) selagi itulah negara kita tidak akan aman daripada keruntuhan moral yang sebegini rupa.Isu pembuangan bayi ini boleh diselesaikan sekiranya kita mengambil berat akan firman Allah SWT yang bermaksud :

" Janganlah kamu mendekati zina...Al-Isra' ayat 32 "

Bermula daripada sistem persekolahan . Sekolah lelaki dan perempuan wajar diasingkan , remaja yang bercouple kita cegah,sambutan Valintine day kita halang , filem-filem dan  drama-drama melayu  diperketatkan undang-undangnya dan kemasukan filem-filem ataupun drama daripada negara luar ditapis dengan ketat.

Saya yakin dan percaya jlka langkah-langkah ini dapat kita ambil dengan baik , isu pembuangan bayi semakin berkurang di Malaysia kelak Insyallah . Kermbalilah kita semua kepada agama Allah yang maha sempurna ini. Sesungguhnya seorang Engineering tahu apa kelemahan dan kekuatan bahan ciptaanya.Begitulah Allah tahu manusia mahkluk ciptaannya . Hanya manusia yang hidup berlandaskan Syariat itulah manusia yang paling berjaya didalam hidupnya.

Islam untuk dilaksanakan


4.05 pagi
Mohd Zahid Adanan
kuliah Al-Quran Al-karim
Awal Nuhas, Tanta , Mesir

No comments:

Post a Comment