SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Sunday, June 13, 2010

HATI KERIANGAN MENYAMBUT BULAN REJAB 1431 HIJRAH

                                               بسم الله الرحمن الرحيم
               ( DENGAN NAMA ALLAHYANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG )



Mmmm.....

Lama rasanya tak dapat nak update blog ni.Maklumlah sibuk buat persiapan imtihan yang penuh mendebarkan.Menyesal rasanya sebab tak dapat nak buat persiapan yang terbaik untuk imtihan kali ni...Alhamdulillah imtihan baru selesai 10 jun  yang lalu.Tak tahu macammana agaknya natijah yang bakal keluar???

Muhasah buat diriku

  1. Study Awal
  2. Habiskan membaca kitab
  3. Ulang bacaan  kitab sekurang-kurangnya 2 kali
  4. Buat nota seusai membacanya 

kadang2 duduk bersendirian selalu terfikir.." aku ni belajar kerana imtihan ke ? kerana ilmu ??..teringat saya kata abang2 lama." kalaulah Azhar ni x da imtihan pasti pelajar Azhar x akan buka buku".....huh ! panas...
angan2 besar tapi tak selari dengan usaha yang dilakukan.Apalah nak jadi dengan saya ni ?? Ya Allah ! bantu lah hambamu ini.....

( اللهم اجعلنا من العلماء المخلصين العاملين,
ولا تجعل من العلماء السؤ )




world cup

Setelah 4 tahun berlalu pada 2006 di Jerman kini world cup kembali lagi.Apa yang cuba untuk saya lontarkan ialah apa yang boleh kita ambil daripada world cup ini?... semangat? displin? kebersihan? atau buang masa? abai tanggungjawab ( pelajaran,kerja & ibadah )? lupa terhadap teman-teman di palestin ? 
dan lain-lain.

Bagi saya apa yang baik tu walaupun datangnya daripada orang kafir, itu adalah milik kita.Jadi carilah apa yang baik didalamnya buat diri kita.Mungkin semangat berpasukan , displin dengan masa , kecergasan bersukan dan kebersihan yang mereka amalkan..saya tak cadangkan teman-teman menghabiskan masa dengan menonton permainan ini.walaupun ia selari dengan naluri kita.Jimatkanlah masa kita dengan perkara yang lebih bermanfaat atau setidaknya pun tonton je la highlight kat  footytube.com



 
Selamat datang....

Pejam celik pejam celik tup tup dah masuk 1 Rejab hari ini.Terima kasih pada sahabat saya Hafiz Salim kerana masak sahur 1 pagi tadi sekaligus menyedarkan saya bahawa hari ini telah masuk 1 Rejab.Rejab datang lagi..betapa cepatnya masa berjalan sedetik pun tak sudi untuk tunggu kita.
               
Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "
– Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab :

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
6. Berdoa agar dapat bertemu dengan Ramadhan

 Jumpa lagi.....

Semoga Rejab kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas.Persiapan diri nak dilengkapkan lagi.Program-program pun  bakal menyusul datang.

Jangan buang masa erk.......   

No comments:

Post a Comment