SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Monday, June 14, 2010

IDOLAKU DALAM KENANGAN

"Dikalangan mereka ada yang masih menuggu-nunggu dan dikalangan mereka ada yang telah pergi (syahid)...YaAllah! cucurilah Rahmat ke atasnya.


KUALA LUMPUR, 14 Jun - Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machan








 #  kebelakangan ini terdetik dihati  saya pulang ke malaysia kali ini mahu bertemu dengan ust Hasan. Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Mungkin ada hikmah yang dicatur oleh Allah untuk saya.Semoga Allah merahmati Ulama Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment