Alhamduliilah....semalam malam tadi selesai sudah kelas bersama Dr. Abdullah Syazuli madah tafsir.Dr Abdullah Syazuli merupakan antara Dr University Al-azhar Tanta yang pakar dalam bidang tafsir dan lebih tertumpu kepada aliran usuluddin bahagian tafsir . Beliau akan mengajar secara umum kepada semua pada setiap hari khamis malam jumaat di masjid Atiah , Medan Sa'ah , Awal bahr.Teman-teman semua dijemput hadir =>
Pada malam tadi saya dan rakan-rakan telah dihidangkan ilmu tafsir bermula dari ayat 274 sehingga 281 surah Al-baqarah.Antara tiga petikan ayat tersebut bermaksud :
274) Orang-orang yang menafkahkan hartanya dimalam hari dan di siang hari secara sembunyi dan terang-terangan,maka mereka mendapat pahala disisi tuhannya.Tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
275) Oarng-orang y6ang makan riba'tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinyaorang yang kersukan syaitan lantaran (tekanan ) penyakit gilanya.Keadaan mereka yang demikian itu adalah kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba'.Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba'.Orang-orang yang telah sampai kepadanya pengajaran daripada tuhannya,lalu terus berhenti dariada membuatnya,maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datangnya larangan) ,dan urusanny diserahkan kepada Allah..Orang yang mengulanginya ( setelah datangnya larangan ) maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.Mereka kekal didalamnya.
276) Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah..dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran,dan selalu berbuat dosa.
Ya Allah ya tuhan kami ! tetapkan hati kami dalam Taqwa kepadamu...........Amin
No comments:
Post a Comment