SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Saturday, August 25, 2012

PeRkOnGsIaN MuHaDhArAh SyEiKh Dr AbDuLlAh As-syAzUli




                                               Pengajian Tafsir Surah An-nisa'



[44Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.

[45Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).


[46Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raa'ina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).


* Raa'ina : " Sudilah kiranya kamu memerhatikan kami " . Ungkapan para sahabat kepada nabi SAW dan digunakan oleh yahudi seakan-akan menyebut Raa'ina pahal mereka menyebut Ru'uunah yang bererti kebodohan yang melampau sebagai ejekkan kepada Rasullah SAW . Di atas sebab itulah Allah memerintah kalimah Raa'ina ditukarkan kepada Unzurna . 


  • Kaitan ayat 44 dengan ayat sebelumnya ayat 42 adalah apabila diceritakan perihal orang-orang kafir Allah sertakan juga perihal ahli kitab yahudi 
  • Tidakkah kamu memerhatikan membawa maksud tidakkah kamu mengetahui dengan hati dan pandangan hati itu adalah dengan ilmu .
  • Golongan Yahudi adalah golongan yang sesat dan mereka juga mahu umat nabi Muhammad SAW juga turut sesat seperti mereka .
  • Memadailah Allah sebagai tempat kita meminta pertolongan kerana jika mentaati orang kafir dan yahudi mereka akan membawa kita kepada kekufuran : 3/100 & 3/149
  • yang dimaksudkan dengan sedikit dikalangan ahli kitab yang beriman adalah mereka beriman kepada Allah tetapi kufur dengan nabi Muhammad SAW dan juga bilangan mereka yang beriman dengan sebenar-benarnya hanyalah sedikit .
  • Iman akan terbatal sekiranya kufur atau ingkar dengan salah satu daripada rukunnya .
  • Golongan Nasrani ( kristian ) beriman kepada Allah , para nabi dan lain-lain akan tetapi kufur kepada nabi Muhammad SAW
Tempat : Masjid Qutaifah Medan Sa'ah Tanta
Tarikh : 24 ogos 2012
Waktu : Selepas solat maghrib

* Penceramah adalah mantan dekan kuliah usuluddin Al-Azhar Tanta dan juga ahli tarikat sufi
* Pengajian diadakan pada setiap hari jumaat

No comments:

Post a Comment