SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Thursday, June 14, 2012

ReViEw SaNg PeNcErAh





            Sang pencerah sebuah filem bertemakan perjuangan memartabatkan agama islam dan meletakkan pada kedudukannya yang mulia, Berjaya menambat hati  peminat  filem apabila telah manjadi antara  filem terbaik Indonesia 2010.

           Sebuah filem yang diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku hampir dua abad yang lalu. Kisah bermula dengan ketinggian cita-cita pemuda untuk mendalami ilmu agama islam di Mekah. Kepulangannya setelah 5 tahun bukan sahaja kerana kerinduan kepada keluarga tetapi punya agenda tersendiri.
 Kehadirannya di Masjid besar berjaya menggugat kredibiliti kiyai- kiyai lama, malahan ketua kiyai turut merasa bahang perjuangannya. Perjuangan mengubah adat menjadi ibadat yang sempurna, sungguh, tidak keterlaluan jika dia dikatakan mujaddid pada abad itu.

            Metod  dakwah yang dibawa kiyai Dahlan yany dilakonkan oleh Lukman sardi menginspirasi para pemuda yang dahagakan sesuatu perubahan dan kelainan, hati-hati dan pemikiran pemuda yang segar dan cerdas dapat memahami  lantas membajai jiwa-jiwa yang gersang. Akhirnya,  sumber kekuatan  pemuda dapat melestarikan impian kiyai dahlan membina persatuan yang dikenali sebagai Muhammadiyah dan kini mempunyai 29juta ahli.( http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammadiyah)
       
            Sunnah orang berdakwah, ditimpa pelbagai mehnah dan tribulasi, kiyai dahlan tidak terlepas dari aturan tersebut, tentangan demi tentangan sehingga beliau digelar kiyai kafir. Namun dalam menempuh keadaan tersebut kiyai dahlan ditemani isteri yang setia lagi solehah dan kaum keluarga yang memberi semangat.  Tidak hairanlah jika pepatah menyebut, disebalik kehebatan seorang lelaki terdapat seorang wanita dibelakangnya.

         Filem ini juga memaparkan kekuatan sesuatu jemaah, bukan kerana keta’suban(fanatic) ahli terhadap satu-satu jemaah, tetapi sikap keterbukaan adalah lebih penting demi untuk memelihara kesinambungan  jemaah mereka, kerana  mempunyai prinsip itu perlu, tetapi fanatic selalunya menyebabkan pergaduhan dan salah faham.

          Filem yang sangat menggugah jiwa-jiwa pemuda, setiap kata-kata yang dilemparkan semuanya hikmah penuh falsafah. Memahami dan menghayati jalan cerita dan karakter dalam setiap saatnya sungguh memotivasi bagi seorang da’ie, tidak sia-sia menghabiskan  masa selama hampir 1 jam setengah menadah telinga dan menongkat mata  menonton filem ini, selamat menonton!


   

No comments:

Post a Comment