SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Saturday, December 21, 2013

IlMu MaStUr DaN MaNzUr

Secebis nukilan pembakar semangat


 Kata seorang pejuang Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya: 2 ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang adalah:
 Ilmu Mastur : Ilmu yang diperolehi di kuliah,  talaaqi dan pusat2 pengajian.

 Ilmu Manzur : Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, penelitian, terlibat dengan organisasi dan bermasyrakat

✅ Apabila manusia hanya sekadar sibuk dengan ilmu mastur sahaja lantas meningglkan ilmu manzur maka akan muncul golongan BIJAK PANDAI tapi BODOH BERFIKIR.

✅ Menyoroti kejatuhan Islam di bumi Baghdad di tangan Tentera Tartar pada zaman kerajaan Abasiyah suatu yang amat yang mendukacitkan. Yang malangnya adalah, wujud ketika itu golongan ilmuwan, intelek, bijak pandai namun mereka tidak mengambil cakna perihal Islam, tiada sensitiviti terhadap cinta dan kasih sayang buat Islam, sibuk dengan kepentingan peribadi , lemah jati diri & tidak mengambil tahu keadaan Islam dan umatnya. Tidak dinafikan salah satu kejatuhan Islam di bumi mulia Baghdad adalah kerana perancangan halus musuh namun yang lebih lagi menyedihkan adalah SIKAP umat Islam.

✅ Maka, kewajipan kita hari ini bukan sekadar memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam yang mencari ilmu di kuliah dan pengajian luar namun ada lagi tanggungjawab yang lebih besar.

✅ Kewajipan kita sekarang  adalah untuk menjiwai Islam, sayang kepada Islam dan bagaimana usaha kita hari ini untuk faham Islam.

✅ Dikisahkan seorang wanita yang bernama Maryam Jameelah ( keturunan Yahudi) disapa angin hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Sejurus memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam bersungguh2 dengan membeli kitab2 Islam dan mencari seorang murabbi yang akhirnya beliau menjadi anak angkat kepada Imam Almaududi.

✅ Kita hari ini Islam kerana warisan tapi masih malas untuk mendalami Islam. Sibuk mencari  alasan untuk tidak turut serta dalam program tarbiyyah.

✅ Semoga Allah terus tetapkan diri kita dalam medan amal islami ini untuk menggerakkan bahtera Islam. Ramai orang hanya sekadar mahu menjadi penyokong tapi ramai mana mereka yang bercita-cita mahu menjadi pendokong Islam.

"Allah Ghoyatuna"

Friday, December 20, 2013

FuTuR Di MeDaN DaKWaH

Definisi Futur

Lemah himmah dan fizikal dari
melaksanakan bentuk-bentuk aktiviti dan
tanggungjawab yang berbagai-bagai
berkaitan dengan amal dakwah, amal
tarbiyah dan amal harokah [tanzim]

Fenomena Futur

1. Aspek Ibadat
• Kurang memelihara diri untuk solat
berjamaah di masjid.
• Lalai untuk selalu berqiamulalil.
• Tidak suka berpuasa sunat
•Kurang membaca al-Quran setiap hari
minima sejuzuk bahkan kadangkala tidak
membacanya langsung.

2. Aspek Harakiy
• Selalu lewat menghadiri wasilah usrah atau
tidak langsung hadir
• Tidak hadir wasilah katibah,rehlah dan
mukhayyam tanpa alasan.
• Lemah untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diminta berkaitan
aktiviti jamaah samada yang bersifat umum
atau khusus.

3. Aspek suluk
• Tidak prihatian atau lemah perhatian
terhadap temujanji. Termasuk juga segi
ketepatan masa.
• Lemah komitmen di dalam berpegang
kepada hukum syarak terhadap diri, keluarga
dan pergaulan harian.

4. Aspek ilmu
• Kurang membaca dan menngulangkaji
serta berterusan membaca.
• Kurang menulis atau menghadiri wacana
intelektual, majlis-majlis fiqh dan ceramah-
ceramah ilmiah.

5. Aspek fizikal
• Lemah dari melakukan latihan-latihan
kesukanan setiap hari atau memberi
perhatian terhadap tubuh badan.

Penyebab futur :

Pertama : Ikhwah tidak faham hakikat
marhalah yang dilalaui jamaah, mungkin ia
menyangka jamaah di marhalah tanfiz
sedangkan ia masih di marhalah takwen dan
persediaan. Maka ia tidak menuntut dari
ikhwah apa yang lebih diperlukan oleh fasa
tersebut atau tidak perlu lebih dari apa yang
ikhwah mampu lakukan.

Kedua : Ikhwah tidak tahu objektif dari setiap
aktiviti yang dijalankan samada ia bersifat
umum atau khusus seperti usrah,katibah,
mukhayyam, rehlah, demonstrasi atau
sambutan-sambutan perayaan.

Ketiga : Kemalasan naqib atau masul di
dalam sudut ibadah, harakah, perilaku ,
menuntut ilmu dan riadah yang memberi
kesan kepada anak buahnya. Juga buat para
qiyadah yang akan membina lapisan
kepimpinan selepasnya.

Keempat : Masul yang bertanggungjawab di
dalam urusan tarbiyah gagal follow up
perkara yang berkaitan dengan urusan
tarbiyah.

Kelima : Muncul pelbagai halangan yang melahirkan perasaan lemah, kecewa di dalam diri akh berbanding keaktifannya sebelum ini.

Keenam : Banyak beban dan tanggungjawab yang digalaskan kepada ikhwah sehingga menjadikannya lemah atau gagal
melaksankannya kerana ia diluar
keupayaannya.

Ketujuh : Semakin bertambah dikalangan ikhwah orang-orang yang kecewa, frust dan
putus asa.

Kelapan : Pengaruh persekitaran yang khusus terutama suasana kerja/peribadi yang mempengaruhi kehidupan ikhwah yang akhirnya membawa kepada futur.

Kesembilan : Pengaruh persekitaran yang melingkungi aktiviti ikhwah terutama pengaruh politik di dalam negara dan politik dalaman jamaah.

Kesepuluh : Ikhwah lemah aspek ruhi
sehingga membawa lemah daya tolak untuk berpuasa, bangun malam dan sebagainya.

Kesebelas : Sibuk dengan kehidupan dunia,
ikhwah menghabiskan masa di dunia
kerjaya, membaiki kedudukan ekonominya,
bekerja siang dan malam, tiada masa rehat
sehingga dia tidak berdaya untuk solat
berjamaah, bangun malam, berpuasa sunat
dan sebagainya.

Kedua belas : Sedikit yang mendokong dakwah dan perjuangan ikhwah samada masyarakat setempat, di desa atau di
Bandar. Tidak ada yang mahu membantu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan boleh jadi jiran-jiran, teman sekerja atau
saudara mara juga menjadi punca kepada futurnya ikhwah.

[Terjemahan dan olahan semula dari Buku
Musykilat Tuwajihu Amal Islami tulisan
Dr.Muhammad Abd.Qadir Abu Faris]