HARI INI
Genap sepuluh hari penghinaan terhadapa nabi Muhammad SAW
dan agama Islam pada hari ini dan hari ini juga merupakan jumaat yang kedua
Umat Islam seluruh dunia berkumpul dan berdemo . Umat Islam seluruh dunia disarankan
untuk berkumpul dan berdemo bagi memberi amaran kepada pihak yang terlibat dan
mempertahankan nabi dan kesucian agama Islam .
Pada 11sept 2012 sebahagian paderi Amerika meledakkan satu
filem yang menghina batang tubuh yang mulia nabi Muhammad SAW sekali gus
menghina dan menfitnah agama Islam yang suci . Filem yang dimuatkan didalam
youtube ini bukan sahaja menelan belanja USD5 juta malah turut dibiayai oleh
hampir 100 orang paderi bagi menjayakannya.
Filem ini diledakkan sempena sambutan ulangtahun memperingati
11 tahun keruntuhan menara Word trade centra (WTC) Amerika .Perkara ini bukanlah
baru kepada umat islam kerana pada tahun 2005 pun Denmark telah bersikap biadap
melukis karikatur junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bertepatanlah pada apa yang
telah disebut oleh Allah SWT didalam Al-Quran :
“ Tidak sesekali yahudi dan nasrani akan senang kepada kamu wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka “ . 2/120
“ Tidak sesekali yahudi dan nasrani akan senang kepada kamu wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka “ . 2/120
Terbaru darida pihak google mengeluarkan kenyataan tidak
akan membuang filem tersebut walaupun telah diminta oleh presiden Amerika
sendiri Barrack Obama .Yakin dan percayalah penghinaan ini tidak akan terhenti
disini sahaja malah akan berterusan sehinggalah pada hari kiamat .
PANDANGAN SAYA
Pada pandangan saya dari sudut positifnya apabila Islam
semakin ditekan nabi Muhammad terus dihina orang awam akan semakin mencari-cari
dan tertanya-tanya apakah benar islam
dan nabi Muhammad seperti yang diceritakan ? .
Kebenaran ibarat air yang mengalir walaupun dihalang dan
disekat . Tiba masanya air tersebut akan semakin banyak lalu memecahkan
halangan dan tembok yang menghalangnya . kebenaran juga ibarat spring ,
walaupun ditekan dan terus ditekan apabila sampai masanya ia akan menghasilkan
lantulan yang tinggi dan kuat .
Apa yang malang lagi menedihkan kita selaku umat Islam pada
hari ini apalabila bercakap isu nabi dihina Islam dicerca masih terdapat
sebilangan besar umat Islam memandang isu ini sebagai biasa dan enteng . Jelaslah kepada kita
bahawa apabila Islam tidak diamalkan
sebagai cara hidup , menjadikan nabi sebagai contoh dan ikutan menjadikan hati
kita tawar untuk mempertahankannya .
TINDAKAN KITA
1. Menyebarkan maklumat dan penerangan tentang
kemuliaan Islam dan nabi Muhammad SAW.
2. Memboikot barangan Yahudi Amerika dan barat (
Coca cola , KFC dll )
3. Memperbanyakkan selawat ke atas nabi SAW
4. Tidak menonton filem ini kerana akan menambahkan
saham kepada mereka.Memadailah kita mengetahui filem tersebut mengutuk dan
menfitnah Islam dan nabi Mauhammad SAW
Playtech casino app at KSL - JT Hub
ReplyDeleteIn the year since opening, Playtech has become one 평택 출장안마 of 양주 출장샵 the leading online gambling 과천 출장마사지 operators in the world, attracting a massive 1xbet login number 청주 출장마사지 of players.