SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Friday, March 11, 2011

Selangor lancar Dasar Tahfiz Al-Quran

SHAH ALAM, 8 Mac: Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Dasar Tahfiz Al-Quran dengan lima objektif utama antaranya melahirkan 500 huffaz profesional pada 2020.
Dasar itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini malam tadi yang berkata, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
Visi dasar itu menjurus ke arah melahirkan generasi Al-Quran profesional yang mahir, berilmu, beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing dan berketrampilan seiring dengan keperluan masa kini. 
Objektif dasar itu untuk menambahkan bilangan huffaz serta meningkatkan kualiti pendidikan tahfiz Al-Quran, kerjasama kerajaan negeri dengan semua pihak hingga mampu melahirkan lebih ramai hafiz dan menjadi tempat rujukan utama bagi segala permasalahan berkaitan Al-Quran.
Selain itu, menjadi pusat melahirkan guru Al-Quran yang terlatih dan profesional demi memenuhi tuntutan keperluan masyarakat serta pusat latihan pengurudan dan pentadbiran Institut Tahfiz Al-Quran.
Jawatankuasa pelaksana dasar ini juga akan terus mengadakan Hari Huffaz, Akademi Imam, Kursus Tarannum, Karnival Huffaz Selangor, Ijtimak Huffaz Selangor dan Majlis Pengiktirafan Hafiz.
Sebelum itu, Abdul Khalid berucap merasmikan Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Auditorium Dewan Jublee Perak, Bangunan SUK, dekat sini.
Sambutan terhadap majlis ini amat memberangsangkan berikutan premis luas itu sesak dan penuh dengan huffaz.
Selesai acara rasmi, Abdul Khalid menyampaikan elaun tunai kepada sekitar 30 huffaz yang berjaya di dalam temuduga yang diadakan sebelum ini.
Malam tadi, seramai dua penghafaz lelaki menjawab lima soalan dengan cara menyambung ayat Al-Quran yang kelihatannya sangat mudah bagi mereka berbuat demikian.
Bagi mereka yang menghafaz 10 juzuk menerima bayaran sebanyak RM1,200, 20 juzuk (RM1,800) dan 30 juzuk (RM3,000).
Seorang penerima elaun, Mohd Adib Badri Shah Al, 20, dari Klang bersyukur kerana berjaya dalam percubaan pertama kategori 10 juzuk dengan membawa pulang wang tunai RM1,200.
Adib baharu sahaja tamat 30 juzuk pada temuduga itu November lalu dari Institut Tahfiz Al-Quran Gemencheh, Negeri Sembilan.
Anak kelima ini berazam untuk menyertai lagi temuduga ini di masa akan datang untuk menguji kemahiran.
Mengikut buku dasar ini, aktiviti menghafaz atau ishbat ini melibatkan program untuk peserta 18 tahun ke atas bertujuan menjadikan program pemberian elaun sebagai aktiviti ko-kurikulum huffaz.
Program ini juga untuk meningkatkan istiqamah huffaz dalam usaha memelihara hafazan Al-Quran, menjadikan golongan huffaz sebagai penggerak yang terancang dalam membudayakan Al-Quran melalui masjid dan surau serta memartabatkan generasi pembawa Al-Quran.
Aktiviti ujian ini dilaksanakan sebanyak dua kali setahun; Mei dan November di mana bayaran dibuat dua bulan kemudian melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama pertubuhan yang berkaitan.
 

Monday, March 7, 2011

Keputusan Pilihanraya Kecil Merlimau Dan Kerdau

Alhamdulillah Pas kalah.Mungkin itulah yang sesuai diucapkan apabila menadapat tahu keputusan pilihanraya kecil malam tadi.Kalah atau menang bukan persoalan utama untuk kita bincangkan,yang paling penting usaha ,perjungan,keikhlasan dan pengharapan kepada Allah SWT .Kalah atau menang, perjuangan demi memastikan Islam dijulang tinggi harus diteruskan.Yang pastinya kita tetap menang kerana berjuang dalam Islam tidak ada istilah kalah.yang ada cuma belum menang.

Kepada pejuang-pejuang Islam yang telah bertungkus-lumus demi memastikan kemenangan Islam di Merlimau dan Kerdau.Berkorban harta dan tenaga,Barakallahufikum."Wahai orang-orang yang beriman! sekiranya kamu menbantu Agama Allah , nescaya Allah akan membantumu dan menetapkan pendirianmu" 47:7 .

Tahniah kepada wakil rakyat yang telah menang di Kerdau dan Merlimau.Sesungguhnya kami rakyat, sangat-sangat menantikan janji-janji anda yang telah ditaburkan sebelum ini.Banyak janji-janji kerajaan telah ditaburkan kepada rakyat khususnya ditempat-tempat yang telah dimenanginya seperti Permatang Pasir ,Hulu Selangor,Galas,Tenang dan lain-lain.Rakyat tetap menantikan janji-janji anda.

Hassanuddin Salim memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90.
Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi.