SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Friday, August 20, 2010

ORGNISASI PMRAM TANTA 2010 / 2011

PENGERUSI 
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL
014-5955287 / 010-0952787

TIMBALAN PENGERUSI
MD AMIN BIN ZAINAL ABIDIN
014-2252484

SETIAUSAHA 
SYED NASIRUDDIN BIN SYED UTHMAN
011-6722432

TIMBALAN SETIAUSAHA
MOHD KHIRUM BIN ZAKARIA
014-3349959

BENDAHARI
NOR HILMI SALIMI BIN KHOIREN
014-8699839

UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
MOHD ILYAS BIN YUSOP
011-3236013

UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN
MOHD SYAFIQ BIN SAHIMI
011-3236078

UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN
MUHAMMAD RIDHA BIN ABDULLAH
011-6041218
UNIT PERUMAHAN
ABDUL HAFIZ BIN MAT NAWI
011-9259620

UNIT SAMBUTAN DAN REHLAH
MUHAMMAD FITRI BIN ABDULLAH
014-6807253

UNIT KEBUDAYAAN KESENIAN DAN SUKAN
MUHAMMAD BIN ABDULLAH TAHMIN
011-6981930

34 PEMAIN BOLA SEPAK KELANTAN TUNAI UMRAH



KOTA BHARU, 11 Ogos: Hasrat Menteri Besar membawa pemain pasukan bola sepak Kelantan menunaikan umrah selepas layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lepas menjadi kenyataan  apabila mereka berlepas ke Makkah Sabtu lalu.

Rombongan tersebut diketuai anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

“Ini inisiatif yang pertama dan terulung yang diberikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kejayaan pasukan Kelantan muncul naib juara Piala Malaysia.

“Sokongan kerajaan negeri kepada pasukan Red Warriors terbukti meski pun selama ini ada pihak cuba hendak memisahkan hubungan baik di antara kedua pihak.

“Kita sentiasa bersama Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa) dan pemain, bahkan mendoakan kejayaan buat pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rombongan Kafa disertai seramai 34 pemain dan pegawai. Turut sama ahli Majlis Kafa.

Mereka dijadual bermalam di Kaherah selama tiga hari sebelum menyambut Ramadan di Madinah dan Makkah.

Selain mengerjakan umrah pemain Kafa dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab bola sepak di sana.

Abdul Fattah berkata, usaha pihak tertentu memisahkan hubungan baik kerajaan negeri dengan Kafa tidak menjadi kenyataan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri memberitahu Menteri Besar sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Kelantan.

“Insentif ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan kerajaan negeri dan pemain-pemain. Pakej umrah ini diharap memberi suntikan semangat baru kepada pemain Kelantan.

“Ibadat umrah dapat meningkat jati diri pemain. Ketika mengerjakan umrah pemain diharap memperbanyakkan tadarus al-Quran,” katanya.

Rombongan terbabit dijangka pulang ke tanah air pada 18 Ogos ini.


SUMBER : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28089:34-pemain-bola-sepak-kelantan-tunai-umrah-&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah kerajaan Kelantan diatas kejayaan menggabungkan antara sukan dan ibadah . Biasa kita dengar laporan dari media cetak dan penyiaran sering memburuk-burukkan negeri yang dipimpin oleh kepimpinan ulama ini , namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya . kelantan jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang lain dari sudut sosial , ekonomi dan lain-lain.

Sejak pertukaran daripada BN kepada PAS pada zaman 1990 ,  banyak perubahan yang berlaku di Kelantan . Antara perubahan awal yang dilakukan oleh tok guru ialah menghapuskan Riba di bank-bank . Kalau dulu terdapat permis-permis pelacuran di Kelantan , namun semuanya telah lenyap sekarang . Kita lihat Kelantan bertemakan ' Membangun Bersama Islam ' semakain menuju ke arah apa yang di sebut didalam Al-Quran baldatun toyyibah wa rabun ghafur  ( negeri yang baik , dan tuhanmu sentiasa mengampuni rakyat negeri tersebut ) .

Semoga negeri-negeri yang lain dapat mengambil contoh daripada negeri kelantan ini Insyallah.

Thursday, August 19, 2010

PENGACAU CERAMAH WUJUD SEJAK ZAMAN NABI

Saya menghadiri kuliah seorang Ustaz baru-baru ini. Antara perkara menarik yang diceritakan oleh Ustaz tersebut ialah ujudnya pengacau yang diupah oleh Penguasa Kafir Quraisy untuk menganggu ceramah Nabi Mohammad S.A.W.

Pengacau ini akan mengacau ceramah Nabi walau di mana Nabi berceramah. Pengacau ini akan mengadakan ceramah atau persembahannya di sebelah ceramah Nabi. (Saya terlupa pulak nama pengacau/penyair ini - kepada sesiapa yang tahu sila tuliskan dalam ruangan komen).

Pengacau ini adalah seorang Penyair yang hebat yang mampu mereka cerita-cerita dongeng bagi menarik orang-orang Quraisy supaya tidak hadir pada ceramah-ceramah Nabi.

Pada peringkat awalnya memang ramai yang hadir mendengar cerita-cerita dongeng penyair/pengacau ini. Sehingga orang datang mendengar ceramah Nabi agak kurang.

Namun lama kelamaan orang-orang Quraisy mula sedar bahawa cerita-cerita penyair/pengacau adalah bohong dan dongeng semata-mata. Akhirnya mereka tidak lagi mahu mendengar cerita-cerita dongeng tersebut dan kembali menyertai ceramah-ceramah Nabi.

Saya teringat kisah mutakhir ini di mana ada pihak-pihak yang menganggu ceramah-ceramah PAS. Di mana ada ceramah PAS di situ mereka mengadakan program mereka bagi menganggu ceramah PAS. Macam-macam program mereka aturkan antaranya menonton Piala Dunia, Makan Durian, Program bersama rakyat, program penyerahan bendera dan sebagainya.

Saya mendoakan supaya mereka ini diberikan petunjuk oleh Allah supaya tidak busuk hati dan bersikap professional. Jangan kita mewarisi perangai orang-orang yang pernah memusuhi Nabi.

Semoga Ramadhan ini menginsafkan kita semua dan mendapat petunjuk dari Allah. Seperti kata seorang Ustaz semasa saya menghadiri tazkirah tarawikh malam tadi, Celakalah seseorang Islam itu jika ia tidak menjadikan Ramadhan sebagai madrasah untuk mendidik jiwa masing-masing. Celakalah seseorang itu jika selepas Ramadhan ini tiada perubahan dalam diri kita.

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28222:pengacau-ceramah-wujud-sejak-zaman-nabi&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
 

SATU KELUARGA SEORANG HAFIZ

 KOTA BHARU, 19 Ogos: Kerajaan Kelantan berharap semoga dalam satu keluarga akan lahir seorang hafiz al-Quran dan dalam masa yang sama tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran juga dapat dilahirkan dalam masyarakat negeri ini.


   Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, sehubungan itu kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM70 juta setahun bagi membiayai pengurusan pendidikan dan pembelajaran sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).


   Beliau mengharapkan generasi kini yang masih berada di sekolah Yik termasuk di Maahad Tahfiz Sains akan lahir sebagai golongan generasi yang hafiz Al-Quran. Katanya, dengan anak-anak yang kini sedang belajar di sekolah YIK diharap akan mampu lahir sebagai generasi berilmu terutama dalam bidang hafazan al-Quran dan pentafsirannya .“Sekurang-kurangnya seorang hafiz al-Quran bagi satu keluarga akan dapat dilahirkan di samping melahirkan tokoh dalam bidang pentafsiran Al-Quran termasuk mengenai keilmuan berkaitan ‘mineral’ yang digali dari Al-Quran. “Apatah lagi pengalaman dan keilmuan yang ada pada anak-anak kita yang menduduki Maahad Tahfiz Sains,” katanya pada Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, kelmarin.

   Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bermula 14 hingga 17 Ogos itu sempena Ihya’ Ramadhan Di Serambi Mekah 1431 Hijriah. Menurutnya, adalah menjadi cita-cita kerajaan negeri agar rakyat di negeri ini dapat merasai kehidupan bukan seperti rakyat di negeri lain.

 “Sebahagian masyarakat di negara ini tidak memahami ajaran al-Quran serta tidak mengamalkannya.  Ini menyebabkan mereka berani melakukan perbuatan maksiat, bahkan sewenang-wenangnya melanggar perintah Allah SWT tanpa merasakan apa-apa kesalahan .“Kita merasa sangat bertuah apabila memerintah Kelantan dengan menggubal dasar termasuk mengenai pendidikan Islam bagi membolehkan generasi kini melanjutkan pelajaran menerusi sekolah di bawah Yik terutama apabila wajudnya Maahad Tahfiz Sains, justeru lebih banyak lagi ‘khazanah Allah’ dalam al-Quran dapat dikuasai para pelajar,” katanya.

   Mengulas Tilawah Al-Quran Peringkat PBT Negeri Kelantan, beliau mengharapkan akan datang program itu diperluaskan penyertaannya bagi membolehkan penyertaan kalangan kakitangan jabatan negeri dan persekutuan, agensi negeri dan badan berkanun di samping kakitangan bank dan swasta.

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28219:satu-keluarga-seorang-hafiz-pentafsir-al-quran&catid=1:utama&Itemid=50

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam melahirkan masyarakat yang bertaqwa kepada Allah SWT ,  pelbagai altenatif yang perlu difikirkan oleh kita semua lebih-lebih lagi mereka yang yang diamanahkan selaku pimpinan . Apa yang menariknya di negeri yang diperintah oleh PAS yang sudah menjangkau 20 tahun , idea yang sebeginilah yang sepatutnya keluar dari minda pemimpin yang benar-benar mahukan masyarakatnya yang  mengikut landasan yang tulen Al-quran dan As-sunnah .Semoga contoh yang baik ini dapat diteladani oleh semua pimpinan dari negeri yang lain dalam kita merealisasikan islam sebagai panduan  hidup.

Tuesday, August 17, 2010

MAT TANTA MELABUHKAN TIRAINYA

Alhamduliilah selesai sudah mesyuarat agung tahunan PMRAM Tanta kali yang ke 18 kelmarin sebelum maghrib 15 ogos 2010. Bagi saya ini adalah mesyuarat agung yang agak meriah. dari segi persiapan dewan yang dihiasi dengan seni  khat, seluruh jentera penggerak Mat 18 melakukan kerja dengan sebaiknya. Ketika di perlancaran pula , kita dikejutkan dengan hasil karikatun Exco PMRAM Tanta pada sesi ini. Karikatur ini dilukis sendiri oleh exco baru kita iaitu Ust Muhammad Abdullah Fahmi ,

 Perjalanan di sesi siang tidak lah begitu "panas" dengan soalan dari ahli, cuma apa yang agak lama ialah soal jawab bendahari bersama ahli dalam membetulkan penyata kewangan  yang dibentang oleh ust Azizil Ahamid Ali . Disebelah petangnya pula perbahasan usul sama-sama dibahas dan diputuskan oleh ahli. MAT diakhiri dengan pembubaran oleh pengerusi PMRAM Tanta Pada malamnya pula selepas berbeku dan solat Maghrib
Ajk perlaksana program menghidangkan tayangan slide program-program sepanjang sesi 2009/2010 dan makan malam mee rojak beserta puding.

Tahniah buat Exco yang kekal :
1) Ust sulaiman bin Ismail
2) Ust Md Amin Zainal Abidin
3) ust Syed Nasiruddin Syed Othman
4)Ust Mohd Ilyas Yusop

TAHNIAH SAHABAT KULIAH AL-QURAN




Tahun Satu :

1) Asyraf Sanawi
2) Badrul Hisyam
3) Nik Nabil Nik Hanafi
4) Toriq As-siddiq
5) M.Zahid Adanan
6) Radin NurAmri Radin Abdul Khalim
7) Abdullah Mukhlis
8) Abdullah Hafizan

Tahun Dua :

1) Mujahid Lutfi
2) Syaukani
3) Hakim Mahadhir
4) Labib Anuar


Tahun Tiga :

1) wan Al-Hafiz Wan Mustafa
2) Faiz Mokhtar
3) Jismani
4) Umar Abd Aziz
5) Wak Nazir
6) Abd Qadir

Tahun Empat :

1) Azwad
2) Taufiq Abu Hasan
3) Hafiz Samuri
4) Redha
5) Nahi Hasbullah
6) Nurul Hisyam
7) Izuli
8) Nabil Ahmad

Friday, August 13, 2010

SETUJU HUKUMAN BERAT BUANG BAYI -TOK GURU NIK AZIZ



Rintitan pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia akibat tidak melaksanakan hukum Allah SWT , Tok guru Nik Abdul Aziz menyokong tindakan yang berat dikenakan terhadap ibu bapa bayi . Pembuangan bayi ini tidak berlaku sekiranya  perbuatan zina dapat dibendung . Perbuatan zina tidak akan terjadi sekiranya kemasukan filem-filem , rancangan hiburan yang keterlaluan menjadi hidangan seharian masyarakat malaysia pada hari ini .




KOTA BAHARU, 13 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong
cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa
 di negara ini.


Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan
itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati.


Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat
keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat 
kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung 
bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.


Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai
mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun.


Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh
dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan.


Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat undang-undang sekarang lebih 
"bersimpati" kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Allah yang jadikan manusia , Allah jualah yang menetetapkan undang-undang Al-Quran dan Hadist
sebagai panduan manusia , kenapa kita tak nak ikut ?



SENARAI RASMI AJKT PMRAM TANTA 2010 / 2011

MAT 18

15 HARI BULAN OGOS INI GENAPLAH SETAHUN DIRI INI DIAMANAHKAN SELAKU PIMPINAN BUAT RAKAN-RAKAN DI TANTA . BERTERASKAN KEBAJIKAN DAN KESATUAN YANG MENJADI PERJUANGAN UTAMA PMRAM  , SAYA MENERIMA KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN OLEH RAKAN-RAKAN UNTUK MENGGALAS TANGGUNGJAWAB YANG BERAT INI DI AWAL SESI DAHULU.



KINI  BERBAKI HANYA BEBERAPA DETIK UNTUK AMANAH INI DIWARISKAN KEPADA ADIK-ADIK BARU YANG BAKAL BERGELAR PIMPINAN.SEMOGA PENERAJU UNIT DAKWAH DAN UNIT-UINIT LAIN YANG AKAN DATANG DAPAT MEMACU PERSATUAN INI DENGAN PANTAS DAN LEBIH TERSUSUN.


SAYA DENGAN INI MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN DIATAS SEGALA KEKURANGAN DAN CACAT CELA YANG BERLAKU SELAMA SAYA MENJADI PIMPINAN KALIAN . DARI KATA-KATA YANG MENYAKITKAN HATI , PERBUATAN YANG TIDAK DISENANGI DAN LAIN-LAIN.


MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN LAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 18 PADA KALI INI . SURVIVAL PMRAM TANTA HANYA TERLETAK PADA KITA . RASAI KENIKMATAN ISLAM YANG SEBENAR.

Sunday, August 8, 2010

PROGRAM SEBELUM RAMADHAN


Forum Ihya' Ramadhan bertajuk " Madrasah Ramadhan mebentuk jatidiri Rabbani "

Hari       : Isnin
Tarikh     : 28 sya'ban 1431 H - 9/ 10/ 2010
Masa       : 7.00 petang
Tempat     : Bait Izzah

Pengerusi Forum : Nik Faisal Bin Nik Ismail

     Ahli panel : 1) Ust Mohd Ilyas Bin Yusop
                  2) Ust Mohd Nazirul Bin Mohd sabri
                  3) Dr. Mohd Naufal Mohd Nasir

7.00 Malam : Tadadus Al-Quran
8.00 Malam : Soalat Maghrib & Forum

:-) Jamuan disediakan
:-) Seluruh mahasiswa Tanta dijemput hadir...sebarkan

" Kemantapan Fikrah , Membina Syakhsiah "


Ajuran : Unit Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM Cawangan Tanta 2009 / 2010

Thursday, August 5, 2010

Bicara Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari

Bicara kita
Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Naib Mudir Madrasah al-Junaid (Singapura).
Bekas Aktivis PPMM


Ustaz Mohsin bin Bukhari merupakan Naib Mudir Madrasah al-Junaid,Singapura.Merupakan bekas mahasiswa mesir dan pernah terlibat dalam persatuan Persekutuan Pelajar Melayu Mesir (PPMM) atau sekarang dikenali sebagai Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Keterlibatan dalam PPMM.

Ditanya bagaimanakah keterlibatan dalam persatuan dalam masa yang sama mempunyai peranan sebagai mahasiswa,ustaz Mohsin menyatakan bahawa beliau pada mulanya tidak mempunyai gambaran tentang PPMM.

Setelah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir pada tahun 1976,dari situlah permulaan keterlibatan beliau dengan PPMM.Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sebelum dan selepas mengenali PPMM atau PMRAM ,ustaz Mohsin yang merupakan rakyat Singapura menceritakan bagaimana beliau terpaksa meminta bantuan pihak tertentu mengeluarkan surat minta keizinan untuk menyambung pelajaran ke Mesir, pada ketika itu rakyat singapura yang berumur 19 hingga 21 tahun terpaksa berbuat demikian untuk ke luar negara kerana mereka perlu melalui kursus dan latihan ketenteraan .Dengan bantuan seorang teman yang menuntut di Mesir maka urusan mengeluarkan surat minta keizinan dikeluarkan oleh PPMM.Apabila pihak Pertahanan Singapura mendapat surat tersebut,ia diakui dan disahkan.

Ustaz Mohsin mula mengenali PPMM. PPMM ketika itu dipimpin oleh Ustaz Raof dan sebelum itu di bawah pimpinan ustaz Abu Talib sebagai Presiden, di bawah epimpinan Ustaz Abu Talib jawatan Setiausaha Agung pada waktu itu dipegang oleh Ustaz Abd Hamid bin Abd Rahman yang berasal daripada Pahang, bekas pelajar dan pernah mengajar sementara di Madrasah al-Junaid sebelum ke Mesir dan merupakan kenalan ustaz Mohsin.

Ketika proses pengalihan kuasa kepimpinan bagi menggantikan Ustaz Raof, telah berlaku konflik antara dua calon yang bertanding iaitu Ustaz Razak dan Dr Adam. Apabila undian dilakukan, kedua-dua pihak tidak dapat menerima keputusan undian sehingga tercetus perselisihan yang memakan masa yang agak lama. Perselisihan tersebut memberi kesan kepada kegiatan persatuan termasuk urusan pengkuliahan dan hal-hal lain.Walaupun ketika itu wujudnya kedutaan tetapi kedutaan ketika itu tidak menguruskan urusan berkaitan pelajar kecuali bertangguangjawab mengesahkan sijil yang dibawa oleh pelajar sama ada sijil itu sah atau tidak.urusan yang selainnya diuruskan oleh PPMM begitu juga dengan urusan yang berkait dengan pelajar baru. ketika tahun ustaz Muhsin datang ke Mesir, wakil pelajar yang menguruskan urusan yang berkaitan dengan pengkuliahan pelajar baru adalah di bawah tanggungjawab ustaz Zaki Rahman sebagai ketua.

Apabila konflik telah selesai dan ketika itu tampuk kepimpinan diambil oleh Ustaz Muhsin Bin Mat Zain.Ustaz Zaki Rahman diangkat sebagai naib yang dipertua .Ustaz Mohsin sendiri telah diberi tanggungjawab untuk membantu urusan pengkuliahan di bawah yang dipertua,beliau perlu menguruskan urusan pelajar-pelajar Malaysia,Singapura dan Brunei,beliau telah melantik beberapa pembantu daripada kalangan pelajar Singapura bagi menguruskan urusan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Tugas itu dilaksanakan oleh beliau beberapa tahun sehinggalah tahun ustaz Ilham dilantik sebagai Presiden.Pada tahun 1981 ustaz Muhsin tidak lagi memegang tanggugjawab tersebut

1978-1980 PMRAM dibatalkan dan keadaan pelajar-pelajar baru ketika itu

Menurut uataz Muhsin pada ketika itu setiap pihak mempunyai penyokong masing-masing .Telah berlaku insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan ia amat dikesali kerana PMRAM bukanlah satu pertubuhan yang baru berusia belasan tahun tetapi telah mencapai umur dewasa. pada ketika itu hanya terdapat seorang sahaja daripada badan pengurus yang sah.


ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyah)

ARMA dikhususkan untuk pelajar melayu Malaysia.pihak kedutaan hanya mentadbirkan ARMA,lain-lain pengendalian dan urusan diuruskan oleh PMRAM sendiri tanpa melibatkan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang lain



PMRAM setelah diberhentikan dan didaftarkan semula

Telah berlaku proses pemilihan pimpinan melalui proses pilihanraya dan ustaz Mohsin sendiri dilantik sebagai pengarah SPR ketika itu.Kempen telah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti sebelum itu,manakala Ahli Jawatan Kuasa SPR telah dilantik dari kalangan pelajar Singapura dan Brunei agar ia menampakkan lebih neutral. Hanya 10 calon yang bertanding untuk jawatan yang dipertua selepas krisis, secara bertahap-tahap aktiviti dilaksanakan seperti biasa,banyak perubahan yang telah dilakukan terutamanya yang berkaitan dengan acara-acara kebudayaan yang dilihat terlalu terbuka contohnya seperti tari menari dan sabagainya,acara-acara itu dikesampingkan dari terus dilaksanakan.Lebih banyak aktiviti yang berunsurkan islam dilaksanakan.Pada tahun 1980 selepas didaftarkan semula telah diubah konsep keterbukaan kepada konsep penghayatan islam

Beza konsep pentadbiran PMRAM pada zaman krisis dan selepas krisis

selepas krisis itu,aktiviti yang lebih kepada hiburan diberhentikan cuma masih terdapat bahan-bahan atau alat-alat yang digunakan untuk tujuan aktiviti itu seperti alat musik dan sebagainya telah dikeluarkan daripada pejabat pengtadbiran.

Harapan terhadap PMRAM dan hubungan PEKEMAS pada masa hadapan

Hubungan dua hala ini perlu diteruskan tanpa mengira perbezaan sempadan negara dan politik bahkan perlu berkerjasama serta mengukuhkan hubungan.

Harapan mengenai Rumah Melayu yang telah dinafikan hak milik PMRAM .

Rumah Melayu yang dulu pernah menjadi Markaz PMRAM tidak sepatutnya dipisahkan daripada PMRAM.Walaupun ia sebuah asrama tetapi bila kita menyebut Rumah Melayu ia melambangkan PPMM(dahulu) dan PMRAM sekarang. 
 
sUMBER : http://pmhkpmram.blogspot.com/2010/08/bicara-kita-bersama-ustaz-mohsin-bin.html#more

DAPATKAN WARTA PMRAM YANG TERBARU