Alhamduliilah selesai sudah mesyuarat agung tahunan PMRAM Tanta kali yang ke 18 kelmarin sebelum maghrib 15 ogos 2010. Bagi saya ini adalah mesyuarat agung yang agak meriah. dari segi persiapan dewan yang dihiasi dengan seni khat, seluruh jentera penggerak Mat 18 melakukan kerja dengan sebaiknya. Ketika di perlancaran pula , kita dikejutkan dengan hasil karikatun Exco PMRAM Tanta pada sesi ini. Karikatur ini dilukis sendiri oleh exco baru kita iaitu Ust Muhammad Abdullah Fahmi ,
Perjalanan di sesi siang tidak lah begitu "panas" dengan soalan dari ahli, cuma apa yang agak lama ialah soal jawab bendahari bersama ahli dalam membetulkan penyata kewangan yang dibentang oleh ust Azizil Ahamid Ali . Disebelah petangnya pula perbahasan usul sama-sama dibahas dan diputuskan oleh ahli. MAT diakhiri dengan pembubaran oleh pengerusi PMRAM Tanta Pada malamnya pula selepas berbeku dan solat Maghrib
Ajk perlaksana program menghidangkan tayangan slide program-program sepanjang sesi 2009/2010 dan makan malam mee rojak beserta puding.
Tahniah buat Exco yang kekal :
1) Ust sulaiman bin Ismail
2) Ust Md Amin Zainal Abidin
3) ust Syed Nasiruddin Syed Othman
4)Ust Mohd Ilyas Yusop
No comments:
Post a Comment