SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Saturday, July 31, 2010

Loporan Ringkas

Laporan Perkhemahan musim panas


Dari Tanta

Bertolak dari perkarangan pejabat PMRAM Tanta sekitar jam 8.30 pg dengan 3 biji Tramco.Tramco yang membawa barang-barang telah bertolak seawal jam 7 pg lagi.Yang berbaki hanyalah 10 orang sahaja yang tidak sempat sewa tramco dengan Ust Sulaiman .3 orang dikalangan AJK perlaksana dan 7 orang yang berbaki adalah peserta.


Perasmian pembukaan

Jam 11.30  tengah hari Alhamdulillah semua peserta selamat sampai deangan izin yang maha Pengasih. Majlis taklimat dimulakan  sebagai pembuka tirai ProGram perkhemahan kali ini . Taklimat diberikan kepada seluruh peserta sebagai gambaran perjalanan program, displin dan keselamatan para peserta. Jam 12 tengahari perkhemahan diteruskan lagi dengan perasmian pembukaan oleh yang berbahagia Tuan Presiden PERUBATAN pusat  Muhammad Husaini Saleh dengan jayanya.


Hari Pertama :
  • Survival                                                                                                                  
  • Sukan kretif                                                                                                                                         
  • ceramah “KEPIMPINAN , PILIHAN ATAU TUNTUTAN “ oleh Dr Fakhruddin dari Iskandariah


Hari kedua:
  • Ceramah ala talk show “ KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM” oleh Ust Abdul Muii’z Muhammad,penasihat PMRAM 
  • Debat ala parlimen isu kesatuan “SALAH SIAPA? “ yang dikendalikan oleh Ust Zuhaili Timb        Presiden PMRAM                                                                                               
  • Explorace                                                                                                                                                     
  • BBQ


Hari ketiga :
  • Forum bertajuk satu hati. Ahli panel terdiri daripada 2 pengajian Islam dan seorang perubatan
  • Muhasabah program

Perasmian penutup

Sekitar jam 12 tengahari majlis persmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta melabuhkan tirai perkhemahan kali ini.Perasmian penutup disempurnakan oleh Ust Syeikh Mohd Mujahid Bin Syeikh Nawawi Naib Setiausaha Agung  PMRAM.

Thursday, July 29, 2010

CERAMAH ISU SEMASA BERSAMA PEMUDA

#   KHAMIS 29 JULAI 2010

#   JAM 8 MALAM DI RUMAH ANAK-ANAK SELANGOR

#   BERMULA DARI SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT HAJAT

#   AHLI PANEL : 1 )  UST YUSNI MAT PIAH
                               2 ) UST NASARUUDDIN HASAN AT-TANTAWI

# ANJURAN : SUARA RAKYAT


SEMUA MAHASISWA MESIR DIJEMPUT MEMERIAHKANYA.........

Wednesday, July 28, 2010

LELAKI KOYAK PURDAH DIJEL





GLASGOW,SCOTLAND : Seorang lelaki yang mengoyakkan purdah pelajar wanita Arab Saudi di Stesen Sentral Glasgow pada April lalu, dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah, lapor media semalam.
William Baikie, 26, mengaku salah menyerang Anwar al-Qahtani, 26, dengan menggunakan kekerasan menarik penutup muka pelajar itu di Jalan Hope.
Stesen penyiaran BBC melaporkan, Anwar menggunakan purdah itu untuk melindungi maruahnya sebagai sebahagian ajaran Islam.Disebabkan kekasaran Baikie, mangsa terpaksa menggunakan kain lain bagi menutup mukanya.Selepas melakukan serangan itu, Baikie melarikan diri.

Bagaimanapun, Baikie ditahan polis selepas pihak berkuasa membuat pengesahan melalui rakaman televisyen litar tertutup.Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Baikie di Mahkamah Sheriff Glasgow, Sheriff Lindsay Wood, berkata apa yang dilakukan Baikie amat memalukan.
“Anda adalah lelaki yang pernah melakukan beberapa kesalahan rasis sebelum ini dan amat sedar bagaimana perbuatan itu amat memalukan wanita,” katanya.

Mahkamah turut mendengar keterangan Anwar yang datang ke Scotland dari Arab Saudi untuk mendapat ijazah sarjana.Pendakwa, Iain Bradley, berkata Anwar dan suaminya mematuhi ajaran Islam dengan taat.
“Kini Anwar kehilangan kebebasan dan menghabiskan banyak masa di rumah kerana bimbang diserang lagi,” katanya. .


SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakikoyakpurdahdijel/Article

Monday, July 26, 2010

Kerajaan Selangor Peruntuk RM15 Juta Untuk Sebar Maklumat Lebih Tepat



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM15 juta untuk menyebar maklumat dengan lebih tepat kepada rakyat mengenai pelbagai bantuan yang diberikan oleh negeri ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Isnin.
Beliau berkata langkah itu bertujuan mempertingkat pemahaman rakyat terhadap dasar-dasar dan program negeri, terutama :
  1. Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas),
  2. Bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada pengguna Selangor 
  3. 'Skim Mesra Usia Emas'.
"Pemahaman rakyat tentang bantuan yang diberikan oleh negeri masih rendah oleh kerana perkara itu tidak mendapat publisiti meluas dan liputan seimbang dalam media arus perdana.
"Sesetengah mereka menganggap air percuma 20 meter padu (sebulan) datang dari kerajaan persekutuan. Oleh itu Kerajaan negeri memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat penyampaian maklumat demi membetulkan persepsi sedemikian," katanya. Beliau berkata jumlah itu merupakan satu peratus dari jumlah hasil kerajaan negeri dianggarkan RM1.5 bilion.
"Jika kita ambil kira populasi 5.2 juta di Selangor, amaun ini (RM15 juta)bersamaan RM3 dari setiap orang," Khalid memberitahu pemberita selepas merasmikan sesi dialog Bajet Negeri 2011 selama dua hari anjuran Perbendaharaan Selangor di sini.
Khalid berkata maklumat akan disebarkan menerusi media milik negeri iaitu :
  • TV Selangor
  • Portal Selangor Kini 
  • Akhbar Selangor Kini
Sementara itu, Khalid berkata kerajaan negeri akan terus melaksanakan Belanjawan Seimbang bagi 2011 demi menentukan perbelanjaan mengurus berpadanan dengan hasil yang dijangka dikutip bagi tahun berkenaan.
"Kita tidak mempunyai bajet defisit oleh kerana kerajaan negeri tidak ada kuasa meminjam wang bagi membiayai perbelanjaan besar.
"Kami mahu setiap ringgit memberikan kita nilai terbaik dalam perbelanjaan kita," kata beliau.
Bajet 2011 Selangor akan dibentangkan oleh Khalid di sidang dewan negeri pada November.
Tahun lepas, Khalid membentangkan bajet seimbang 2010 dengan RM1.3 bilion untuk perbelanjaan dan RM1.3 bilion pendapatan.
Di bawah Bajet 2010, RM709.6 juta atau 54.58 peratus diperuntukkan bagi belanja pentadbiran dan RM590.4 juta atau 45.42 peratus untuk pembangunan.


Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/26/mstar_berita/20100726180422&sec=mstar_berita

Sunday, July 18, 2010

PERKHEMAHAN MUSIM PANAS~~~SUMMER CAMP~~~


#   Hari : Sabtu , Ahad dan Isnin
#  Tarikh : 12 , 13, dan 14 Syaaban 1431 H
#  Bersamaan : 24 , 25, dan 26 April 2010
#  Tempat : Mukhayyam Daim , hayyu Sadis , kaherah
# Yuran    : LE 20 Sahaja


                            Antara yang menarik : 1) Sukan 
                                                             2) Perbincangan dalam kumpulan 
                                                             3) Explorace 
                             4) Pembetangan Kertas kerja
                                                             5) BBQ
                                                             6) Persembahan                 
                                                                 dan banyak lagi..................

Pendaftaran boleh dilakukan kepada : ( 1 ) Ust Yunus Yasin 011-0139789
                                                          ( 2 ) Ust Syahir Sulaiman 010-6198564
                                                          ( 3 ) Dr. Omar Nazmi  011-6896375


Semua mahasiswa Tanta dijemput hadir


Saturday, July 17, 2010

Jom ke Taman Syurga !


DISKUSI KITAB HUKUM HAKAM SAUDARA BARU MEMELUK ISLAM

#  PENDIKUSI       :  UST MOHAMED FAIRUZ BIN TAMJIZ

#  HARI                  :  RABU  ( 17 JULAI 2010 ) *pembaharuan tarikh

#  TEMPAT            :  BAIT IZZAH

# MASA                 : 2.30 PETANG

#  HARGA KITAB  :  LE 25  SAHAJA
 
#  ANTARA YANG MENARIK  : TINDAKAN KITA APABILA BERHADAPAN DENGAN
                                                       ORANG YANG MAHU MEMELUK ISLAM

                                  : PANTAUAN SUSULAN TERHADAP SAUDARA BARU DLL..

                                              

Saturday, July 10, 2010

SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ


     ANTARA YANG MENARIK :

# CERAMAH ISRA' MIKRAJ

# BACAAN QASIDAH

# MAKAN MALAM


*Dijemput kepada seluruh mahasiswa Tanta untuk memeriahkannya  =>

Friday, July 9, 2010

Kelas bersama Dr. Abdullah Syazuli (setiap khamis malam jumaat )

Alhamduliilah....semalam malam tadi selesai sudah kelas bersama  Dr. Abdullah Syazuli madah tafsir.Dr Abdullah Syazuli merupakan antara Dr University Al-azhar Tanta yang pakar dalam bidang tafsir dan lebih tertumpu kepada aliran usuluddin bahagian tafsir . Beliau akan mengajar secara umum kepada semua pada setiap hari khamis malam jumaat di masjid Atiah , Medan Sa'ah , Awal bahr.Teman-teman semua dijemput hadir  =>


Pada malam tadi saya dan rakan-rakan telah dihidangkan ilmu tafsir bermula dari ayat 274 sehingga 281 surah Al-baqarah.Antara tiga petikan ayat tersebut bermaksud :


274) Orang-orang yang menafkahkan hartanya dimalam hari dan di siang hari secara sembunyi dan terang-terangan,maka mereka mendapat pahala disisi tuhannya.Tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

275) Oarng-orang y6ang makan riba'tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinyaorang yang kersukan syaitan lantaran (tekanan ) penyakit gilanya.Keadaan mereka yang demikian itu adalah kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba'.Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba'.Orang-orang yang telah sampai kepadanya pengajaran daripada tuhannya,lalu terus berhenti dariada membuatnya,maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datangnya larangan) ,dan urusanny diserahkan kepada Allah..Orang yang mengulanginya ( setelah datangnya larangan ) maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.Mereka kekal didalamnya.

276) Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah..dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran,dan selalu berbuat dosa.

Ya Allah ya tuhan kami ! tetapkan hati kami dalam Taqwa kepadamu...........Amin