SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Wednesday, September 9, 2015

Mesir bumi Anbia

 




 Hari-hari terakhir aku dibumi Anbia . Menghitung hari-hari yang pasti pergi . namun disinilah tempatku jatuh ,bangun dan terus berlari . Menyahut seruan Allah melengkapi tututan Islam , belajar . Didalam bidang yang aku sendiri tidak berapa minat pada asalnya . Tetapi apabila sesuatu ilmu ada kaitannya dengan Al- Quran maka ia menjadi mulia .

 Bumi yang riuh dengan ilmunya sesak melahirkan para cendiakawan Islam . masyarakatnya yang hebat dari sudut ingatan dan kuat tubuh badan mereka .Hebatnya Mesir bagiku kerana beberapa perkara :
1. Bumi Anbia
2.Al-Azhar
3.Para Ulama
4.Gedung bahan Ilmiah

 Al-Azharnya yang hebat dari sudut Sistem ekonomi Islam sehinggakan semua yang belajar disini adalah secara percuma . Itulah kehebatan sistem waqaf didalam Islam . Bagi saya walaupun Mesir merupakan negara yang 87 termiskin didunia ( Pautan ) tetapi dari sudut dermawan merekalah juga orangnya . kalaulah bukan kerana 4 perkara diatas aku merasakan Mesir hanya negara yang tidak punya apa-apa .

 Andai di Malaysia sahaja 28 juta orang penduduk sudah pelbagai kerenah dan ragam manusia inikan pula Mesir yang penduduknya 80juta orang . Beberapa kisah yang suka saya kongsikan bersama sepanjang hidup disini .

Sehingga Arab pun tidak faham bahsa arab  :

Saya bertemu seorang pak cik penjaga kedai runcit dan berborak-borak bersamanya . Sehinggalah sampai saya berkata kepadanya akan kedalaman bahasa Arab sehinggakan arab pun tak faham bahasa Arab lalu dia bersetuju denganku . Ini kerana kayanya bahasa arab itu sendiri .

Penjaga bangunan ( Bawwab ) :

 Bawwab kali pertama yang saya jumpa ini sangat istimewa . umurnya sekitar 70an dan berkahwin dengan gadis 30an . Anak sulong mereka baru bersekolah tadika . Sekaya- kaya arab mesir kaya sungguh . Semiskin-miskin mereka pula duduk bawah tangga dijadikan rumah tinggal sekeluarga . Mungkin itu kebahagiakan buat mereka . Pesan seorang rakan saya  "jangan ingat dia tak ada duit , duit dia banyak " . Cuma mungkin kehidupan begitu yang dia pilih .


El- Gharbiyya , Mesir



Saturday, January 3, 2015

JaDuAl ImTiHaN TaHuN 4 2015/16

FaSa 1


4 / 1 / 2015  : Taujih

6 / 1 / 2015   : Nahu

8 / 1 / 2015  : Tahrirat

11 / 1 / 2015 : Tafsir

13 / 1 / 2015 : Hadist Ahkam

15 / 1 / 2015 : Sirah

Thursday, January 1, 2015

PeNgAjArAn KiSaH NaBi NuH AS



TELAHAN HUJUNG 2014

Malam tahun baru ini, terkenang pula kisah perjuangan Nabi Nuh. Mungkin kerana hati dan minda lebih sibuk dengan fenomena banjir yang sinonim dengan kaum Nuh.

Terngiang-ngiang tika Nabi Nuh memanggil anak kesayangannya naik ke dalam bahtera, saat hujan bala sedang mencurah penuh kemurkaan. Anaknya berenang ke sana ke mari mencari tempat berlindung.

Namun anaknya yang tidak beriman itu tetap tidak mahu ikut Nabi Nuh naik ke bahtera. Beliau fikir masih boleh selamatkan diri di sebuah bukit yang masih belum tenggelam. Akhirnya anaknya mati kelemasan semua permukaan bumi lenyap dari pandangan.

Betapa sedih perasaan seorang ayah melihat anak mati ditelan banjir memang tak dapat dibayangkan. Namun Nabi Nuh tidak terjun untuk mendapatkan anaknya. Nabi Nuh tetap berpegang kepada perintah tuhan supaya berada dalam bahtera itu. Hanya bahtera itu yang dijamin selamat oleh Allah.

Sebelum itu, semua mencemuh kepelikan tindakan Nabi Nuh yang membina bahtera besar di atas daratan kering kontang. Mereka fikir Nabi Nuh dah hilang akal. Logik mereka tak mampu mencapai apa rasional lakunya Nuh dan orang beriman. Laut jauh. Hujan tidak ada. Untuk apa sebuah bahtera besar?

Tapi itu perintah Allah. Lumrahnya perjuangan Islam memang perlu menghadapi cemuh keji masyarakat. Tuhan jadikan orang benar-benar beriman itu sabar menghadapi semua karenah manusia. Nabi Nuh sendiri tidak tahu kenapa beliau perlu bina bahtera itu, dan perlu ajak pula orang menaikinya di tengah cuaca panas terik. Tapi arahan tetap arahan. Wala' pada agama mengatasi penerimaan akal yang waras. Tuhan manusia bukan akal, tapi Allah.

Sahabat,
Iman itu letaknya dihati,

Bila tuhan tunjukkan logiknya perbuatan Nuh dengan banjir dan taufan, ternyata sudah terlambat buat yang belum beriman. Hanya yang menaiki bahtera terselamat walaupun mereka sebelum itu tak tahu kenapa mereka perlu ada atas behtera itu. Itulah namanya iman. Percayakan apa yang kita tak boleh dikesan. Amalkan tanpa mengetahui hikmahnya.

Sahabat,
Perjuangan Islam itu mengatasi ikatan sebuah keluarga,

Memang Islam amat mementingkan jalinan kekeluargaan, sehingga melaknat mereka yang memutuskan silaturrahim. Namun, Islam itu lebih bernilai dari keluarga. Apabila menyayangi sebuah keluarga itu perlu dibayar dengan melanggar perintah Allah, tiada lagi nilai keluarga. Nabi Nuh membuktikan cintakan pada anak kandung tidak melebihi cintaNya pada tuhan alam.

Sahabat,
Pahit di awalnya manis di hujungnya,

Walaupun seruan Islam kadang tidak mampu dikesan dengan pancaindera, ia tetap perlu dipercayai dan dipegang kemas. Menggenggam Islam perlu dimulai dengan kepedihan dan kebencian tak terperi. Memelihara Islam perlukan kita membuktikannya dengan ketahanan diri yang tinggi. Ujian bakal membadai dari segenap segi, kadang dihempuk keras, kadang dibelai lembut. Semuanya adalah cubaan untuk mencabut Islam dari genggaman kita. Justeru peganglah ia seeratnya. Jangan leka walau sesaat.

Sahabat,

Akan tiba suatu masa, Islam yang digenggam itu bakal menggenggam kita pula, untuk menyelamatkan kita dari bencana dunia. Pada hari Allah buktikan logiknya syurga, benarnya neraka dan wujudnya dosa pahala, saat itu baru akal dan sains manusia menerima tepatnya Islam, namun itu sudah terlambat.

Jika dahulu kaum Nuh membutuhkan bahtera Nabinya. Hari ini bahtera Nuh telahpun tiada. Bahtera yang ada hanyalah bahtera Al-Quran. Bahtera yang diaplikasikan sebagai jemaah Islam, yang berpandukan kepada nakhoda yang memahami kandungan Al-Quran, yang mengendali bahtera dengan suluhan Al-Quran, dan menyelamatkan manusia dengan payungan Al-Quran.

Nasihat baginda SAW pada umat akhir zaman, jika mahu selamat dari seruan neraka:
تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
Sentiasalah bersama jemaah Islam dan kepimpinannya.

Kembalilah pada Al-Quran. Percayailah ia. Berpandulah padanya. Dan berjuanglah sebagaimana tuntutannya.

Salam Tahun Baru 2015.

Friday, December 12, 2014

Pantun Dan Melayu



Pantun adalah susunan bahasa yang indah berbentuk santai dan bersahaja didalam menyampaikan sesuatu mesej . Oarng melayu dan pantun tidak dapat dipisahkan pada zaman dahulu . Walaupun pantun semakin ditelan zaman , namun ianya sangat diperlukan dalam menyampaikan mesej-mesej berbentuk nasihat terutama kepada orang-orang melayu yang sangat terkenal dengan hati yang lembut .

 Jika kita perhatikan mesej -mesej yang terkandung didalam isi pantun kita akan mendapati bahawa Islam dan pantun sanagt berkait rapat . Ini kerana kandungan yang terdapat didalam pantun yang berbentuk nasiahat-nasihat agama .   

Contoh pantun- pantun melayu :

Buai laju-laju sampai pucuk atap ,
belum tumbuh gigi pandai baca kitab 

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri


Friday, October 31, 2014

Muat turun mp3 bacaan Syeikh Khalil Husoiry

Anatara bacaan yang terbaik dan menepati tajwid . Saya cadangkan kita dengar bacaan Syiekh Maqori Mesir ini http://www.mp3quran.net/eng/husr_english.html

Monday, June 23, 2014

PERGINYA SANG MURABBI


Tepat jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?". Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Alhamdulillah, beliau sempat berjumpa dengan Tuan Guru Presiden.

Jam 5 pagi tadi, setelah bangkit dari tidur saya terus buka telefon bimbit saya dan mesej pertama yang saya baca ialah "Ustaz Abu Bakar Chik telah meninggal dunia kerana kemalangan dekat LPT Bukit Besi".

Saya terkedu kerana hanya baru beberapa jam lepas bersama-sama dengannya di dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi anjuran DPPN Selangor di Shah Alam.

Rasa macam tak percaya, dalam keadaan sedih dan hiba saya menahan emosi mengenangkan saat-saat terakhir bersama-sama dengan sang murabbi ini.

"Lama ke Ustaz jumpa dengan ayah?", saya bertanya.  "Alhamdulillah, ana puas hati, banyak topik yang kami berkongsi khususnya berkait dengan perkembangan Gerakan Islam peringkat antarabangsa", jawabnya.

Saya mengenali arwah sejak kecil lagi kerana persahabatannya dengan ayah sangat akrab. Memori yang tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau menjadi tetamu di rumah kami selama sebulan ketika Operasi Lalang dilaksanakan sekitar tahun 1985.

Hubungan kami sangat rapat kerana saya sentiasa menjadi temannya mendengar radio perkembangan semasa Operasi Lalang pada ketika itu. Saya boleh bayangkan perasaannya berjauhan dengan keluarga khususnya anak-anak kerana menjadi buruan pihak berkuasa.

Bagi saya jasa almarhum sangat besar khususnya ketika memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Jika sekiranya jasa Dato' Mustafa Ali di dalam pemuda memartabatkan institusi Kepimpinan Ulama di dalam PAS, tidak keterlaluan jika disebut di sini jasa almarhum Ustaz Abu Bakar Chik pula ialah memperteguhkan institusi itu di dalam PAS.

Jasanya di dalam memartabatkan institusi pendidikan di dalam PAS sangat besar. PASTI, Institut Berakan dan Maahad Tahwiz wa Tarbiyah adalah antara institusi pendidikan yang mendapat sentuhannya yang melahirkan kader-kader yang bergerak di dalam PAS di semua peringkat di seluruh pelusuk negara.

Beliau bukan sahaja seorang yang komited di dalam memartabatkan pendidikan di dalam PAS, dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang yang tidak pernah jemu di dalam menuntut ilmu.

Saya sentiasa perhatikan jika sekiranya beliau berjumpa dengan Tuan Guru Presiden tanggannya tidak akan berhenti mencatat setiap apa yang dibincangkan. Ketika usianya yang sudah lanjut beliau masih sempat mengambil cuti dalam satu tempoh yang lama untuk mendalami Bahasa Arab di Sudan.

Jabatan Amal yang menjadi kebanggaan PAS pada hari ini ditubuhkan di zaman beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS. Satu institusi yang sangat berjasa dan memberikan kesan yang sangat besar kepada PAS khususnya di persada da'wah secara langsung  (الدعوة بالحال) di dalam negara.

Almarhum tidak pernah mengenal penat dan lelah di dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Bagi sesiapa yang rapat dengan beliau pasti akan mengakuinya. Beliau seorang yang sentiasa bersemangat jika membincangkan soal ummah.

Jika berbincang dengannya beliau tidak akan mengakhirinya melainkan dengan tindakan yang akan dilakukan. Komitmennya begitu tinggi, kalau nak ajak berbincang berkait dengan jamaah bila-bila masa beliau akan menyahutnya walaupun di larut malam.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan Dewan Pemuda PAS tetapi semangat juangnya sentiasa segar. Pantang dijemput untuk menghadiri program-program Dewan Pemuda PAS beliau tidak akan menghampakannya. Alhamdulillah, Allah mengakhirkan riwayat hidupnya selepas memberikan pengisiannya di dalam program pemuda. Hampir satu jam setengah beliau memberikan taujihaat kepada anak muda dengan penuh semangat.

Selepas program dengan arwah malam tadi saya sempat berbual dengan Ustaz Syarhan, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor dan menyarankan kepadanya supaya menjemput lagi Ustaz Abu Bakar Chik untuk program anak muda selepas ini. Namun, apakan daya ternyata Allah lebih sayang kepadanya.

Firman Allah di dalam Surah al-Fajr :

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu"


Al-Fatihah.

(25 Sya'ban1435/23Jun 2014)

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua DPPM

Kembalinya Pejuang Syaikhi wa Habibi al-Marhum Ust Dato Abu Bakar Chik



1. Al-Marhum merupakan seorang mujahid gerakan Islam, pendakwah dan pendidik yang gigih seawal usia muda. Al-Marhum terlibat sebagai pimpinan mahasiswa Islam semasa muda dan seterusnya kepimpinan gerakan Islam di peringkat Terengganu dan Nasional sehingga ke akhir usia. Al-Marhum mengepalai Dewan Pemuda PAS untuk tempoh yang panjang dan mencetak kader-kader dakwah di kalangan anak muda. Al-Marhum diuji dengan penjara sebagai tahanan ISA. Al-Marhum adalah mata rantai 5 tokoh gerakan Islam dari Terengganu yang mewarnai kepimpinan PAS di peringkat Nasional untuk tempoh yang panjang sejak muda sebaris dan sezaman dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib, Dato Mustafa Ali dan Dato Wan Mutalib Embong.

2. Antara jasa al-marhum yang sangat besar ialah mengasas dan menggerakkan Institut Berakan yang menjadi ikon pendidikan negeri Terengganu dan memberi peluang pendidikan dan tarbiyah kepada puluhan ribu remaja dan anak muda akhir 70 an sehingga pertengahan 90 an. Institut Berakan telah melahirkan kader dakwah dan petugas gerakan Islam yang sangat ramai dan menjadi pemimpin di pelbagai peringkat. Seterusnya jihad pendidikan beliau diteruskan dengan penubuhan rangkaian Sekolah Rendah Islam Pintar awal 90 an dan seterusnya Maahad Tahfiz wa Tarbiyah di Tok Jiring sejak 90 an sehingga sekarang. Terakhir beliau mengasaskan Intitut Itqanul Muluk yang mengkaji pelbagai dasar pengurusan dan pentadbiran negara.

Moga Allah merahmati Al-Marhum dan menempatkannya di kalangan para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin.

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ


YB Ust Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
8 pg 23hb Jun 2014

ALMARHUM USTAZ ABU BAKAR CHIK: DIA MURABBI, PEMIMPIN, TEMAN YANG BAIK


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Pagi yang indah ini , aku terasa longlai tak bermaya dengan berita yang menyentap tangkai hati, kepulangan ke alam abadi sosok pejuang kental dari negeri Tok Ku Paloh, almarhum Ustaz Dato Abu Bakar Chik. Terbayang lebih dua dekad menjadi anak didiknya semenjak zaman kampus , memasuki Dewan Pemuda, saya sempat dua kali menghadiri mesyuarat pemuda Pusat ketika beliau memimpin Dewan itu, seterusnya bersama almarhum dalam Pas Pusat. Berusrah bersama almarhum semenjak zaman 'anak muda kail sejengkal' saya sehingga melepaskan zaman pemuda yang serba indah. Terbayang renungan matanya yang tajam dan kesungguhan almarhum bila berbicara, dakapan tubuhnya setiap kali bersua termasuk arahan demi arahan untuk memastikan jamaah ini tidak kontang daripada amal tarbawi.

Tokoh ini bukan kepalang iltizamnya dengan perjuangan Islam semenjak zaman remaja, menjadi nukleus awal ABIM di Terengganu dalam dekad 70an bersama Dr Abu Bakar Abdullah, Hj Husien Ismail, Cikgu Sapinah Jusoh, dan lain-lain anak muda berjiwa Islam yang sedang dibius semangaat kebangkitan Islam. Beliau dan teman-temannya telah menubuhkan Institut Berakan, sebuah sekolah tajnid yang menawarkan pendidikan kepada anak-anak remaja di pinggir bandar Kuala Terengganu. Pusat kaderisasi dakwah itu akhirnya dirobohkan oleh regim BN pada tahun 1991. Beliau dan teman-temannya dengan pantas mendirikan semula wadah pendidikan ummah ini, kini kompleks MTT Tok Jiring yang bersebelahan dengan kediamannya adalah salah satu mercu tanda pendidikan Islam di Terengganu.

Almarhum menjadi pemimpin PMUKM semasa mencicip ilmu di kampus Bangi itu, bergraduat dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Islam. Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan dalam bidang Bahasa Arab (1995-1996) dan juga sebuah Universiti di Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1987 sehingga 1988kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.

Beliau menyertai PAS dalam tahun 1981, seterusnya bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda Pas Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984. Sekali lagi namanya mencuat untuk ditahan dalam operasi Lalang pada tahun 1987. Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke 13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.

Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan  Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian. Beliau tak kering idea, bak sumur jernih yang sentiasa mengalir, mendamaikan sukma. Saya teringat almarhum menemankan saya makan tengahari usai,program Seminar Gejala Sosial di MTT Tok Jiring, anjuran Itqanul Muluk, sebuah badan pemikir yang almarhum sendiri asaskan. Lontaran idea beliau untuk menjadikan parti Islam sebagai wadah intelektual ummah,membaca unjuran strategik perjuangan Islam di negara ini seolah-olah beliau masih memimpin Dewan Pemuda Pusat. Usia 64 tahun bukanlah alasan untuk bermalasan dan memberikan alasan, itulah kekanda saya, ustaz ABC. Saya tertampar malu jika berada bersamanya, dalam apa jua kondisi, tak mampu menandingi semangat juang yang tersepuh puluhan tahun.

Ustaz Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS. Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu. Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.

Almarhum begitu sinonim dengan demonstrasi kebangkitan rakyat,  bermandi tembakan air kimia FRU dan disiram gas pemedih mata, beliau tak lelah menyemangati anak -anak muda, bahkan program terakhirnya ialah bersama ARC, sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu bersama anak muda Islam di Selangor. Generasi pemuda PAS di era beliau ialah yang paling cemerlang , menjuarai isu ummah, menjadi pendesak yang berkesan, mencetak kader-kader dakwah PAS dalam dan luar negara, membina jaringan sivil sebagai jambatan PAS dengan masyarakat serta meletakkan pendidikan sebagai tunjang utama gerakan.

Terlalu banyak yang perlu saya coretkan untuk sosok pejuang yang merupakan murabbi, kekanda, teman baik saya ini, namun saya mengejar masa untuk menziarahi jenazah almarhum di Terengganu. Sejujurnya , Dato Abu Bakar adalah sumber inspirasi yang tak pernah malap, sehingga kami generasi pemuda Islam dekad 90an, menggelarkannya secara diam "alfatihah",kerana almarhum pantang berkumpul lebih tiga orang, akan terus membuka majlis dengan ummul kitab. Maknanya kami akan terus bermesyuarat untuk merancang pelbagai program jamaah Islam tercinta ini. Alfatihah buat maestro perjuangan , kami akan terus menyambung legasi perjuangan Islam ini sehingga nafas terakhir.

Thursday, May 29, 2014

Akhir Rejab dan Solat

Alhamdulillah diatas segala kurniaan yang Allah berikan kepada kita untuk beribadah mendekatkan diri kepadanya sepanjang Rejab ini . Semoga puasa , solat , bacaan Al-quran dan lain-lain diterima Allah .

Selamat datang Syaaban yang penuh kemuliaan . Semoga membawa keberkatan kepada Ummat . Saya masih belum berkesempatan untuk mencari dalil yang menceritakan berpuasa sepuluh hari di bulan Rejab akan dikabulkan hajatnya . Rujukan didalam kitab Durratus Solihin . Apapun segala yang disampaikan ulama itu adalah yang terbaik .

Israk dan Mikraj nabi membawa pengajaran kepada kita bahawa untuk ibadah solat bukanlah sesuatu yang berat untuk dilaksanakan oleh ummat Islam . Dilaksanakan pula bukanlah menjadi sesuatu ancaman yang besar kepada musuhmusuh Allah . Perjalanan nabi Disediakan kenderaan dan masa yang singkat untuk pula untuk menerima amanah solat .

Kita imbas pula bagaimana perjalanan Hijrah Nabi . Disitu terdapat perbezaan yang begitu ketara dari sudut halangan dan memakan masa yang lama hanya bertujuan untuk Undang-undang Islam dilaksanakan . Semoga usaha Nabi SAW yang dahulunya berjaya tercapai dapat kita sambung kembali  .

Wednesday, May 7, 2014

Quran Explorer

Link untuk copy paste Al-Quran ke blog atau laman sesawang anda
Quran Explorer

SOALAN SYAFAWI TAHUN 3 KULIAH AL-QURAN WAL-QIRAAT UNI AL-AZHAR TANTA


Soalan 1 : Surah Yunus
قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدً۬ا‌ۗ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ‌ۖ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ‌ۖ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ إِنۡ عِندَڪُم مِّن سُلۡطَـٰنِۭ بِہَـٰذَآ‌ۚ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ 
Soalan 2 : Surah Al-Baqarah
وَقَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدً۬ا‌ۗ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ‌ۖ بَل لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ كُلٌّ۬ لَّهُ ۥ قَـٰنِتُونَ 

Soalan 3 : Surah Al-An’am
وَمَا تَأۡتِيهِم مِّنۡ ءَايَةٍ۬ مِّنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّہِمۡ إِلَّا كَانُواْ عَنۡہَا مُعۡرِضِينَ 

Soalan 4 : Surah Yaasin
وَمَا تَأۡتِيہِم مِّنۡ ءَايَةٍ۬ مِّنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّہِمۡ إِلَّا كَانُواْ عَنۡہَا مُعۡرِضِينَ 

Soalan 5 : Surah An-Nahl
وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَلَتُسۡـَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 
Soalan 6 : Surah As-Syura
وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَهُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن يُدۡخِلُ مَن يَشَآءُ فِى رَحۡمَتِهِۦ‌ۚ وَٱلظَّـٰلِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ 
Soalan 7 : Surah Al-Haj
وَٱلَّذِينَ سَعَوۡاْ فِىٓ ءَايَـٰتِنَا مُعَـٰجِزِينَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِيمِ 

Soalan 8 : Surah Al-jasiah
هَـٰذَا كِتَـٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّا كُنَّا نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 



Monday, April 28, 2014

Jihad

Imam Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi Membahagikan Jihad kepada empat bahagian :
  1. Jihad melawan hawa nafsu
  2. Jihad melawan hasutan Syaitan
  3. Jihad melawan kezaliman
  4. Jihad melawan musuh yang menceroboh negara Islam
Al-Marhum Ust Fadzil Noor 

Saturday, December 21, 2013

IlMu MaStUr DaN MaNzUr

Secebis nukilan pembakar semangat


 Kata seorang pejuang Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya: 2 ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang adalah:
 Ilmu Mastur : Ilmu yang diperolehi di kuliah,  talaaqi dan pusat2 pengajian.

 Ilmu Manzur : Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, penelitian, terlibat dengan organisasi dan bermasyrakat

✅ Apabila manusia hanya sekadar sibuk dengan ilmu mastur sahaja lantas meningglkan ilmu manzur maka akan muncul golongan BIJAK PANDAI tapi BODOH BERFIKIR.

✅ Menyoroti kejatuhan Islam di bumi Baghdad di tangan Tentera Tartar pada zaman kerajaan Abasiyah suatu yang amat yang mendukacitkan. Yang malangnya adalah, wujud ketika itu golongan ilmuwan, intelek, bijak pandai namun mereka tidak mengambil cakna perihal Islam, tiada sensitiviti terhadap cinta dan kasih sayang buat Islam, sibuk dengan kepentingan peribadi , lemah jati diri & tidak mengambil tahu keadaan Islam dan umatnya. Tidak dinafikan salah satu kejatuhan Islam di bumi mulia Baghdad adalah kerana perancangan halus musuh namun yang lebih lagi menyedihkan adalah SIKAP umat Islam.

✅ Maka, kewajipan kita hari ini bukan sekadar memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam yang mencari ilmu di kuliah dan pengajian luar namun ada lagi tanggungjawab yang lebih besar.

✅ Kewajipan kita sekarang  adalah untuk menjiwai Islam, sayang kepada Islam dan bagaimana usaha kita hari ini untuk faham Islam.

✅ Dikisahkan seorang wanita yang bernama Maryam Jameelah ( keturunan Yahudi) disapa angin hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Sejurus memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam bersungguh2 dengan membeli kitab2 Islam dan mencari seorang murabbi yang akhirnya beliau menjadi anak angkat kepada Imam Almaududi.

✅ Kita hari ini Islam kerana warisan tapi masih malas untuk mendalami Islam. Sibuk mencari  alasan untuk tidak turut serta dalam program tarbiyyah.

✅ Semoga Allah terus tetapkan diri kita dalam medan amal islami ini untuk menggerakkan bahtera Islam. Ramai orang hanya sekadar mahu menjadi penyokong tapi ramai mana mereka yang bercita-cita mahu menjadi pendokong Islam.

"Allah Ghoyatuna"

Friday, December 20, 2013

FuTuR Di MeDaN DaKWaH

Definisi Futur

Lemah himmah dan fizikal dari
melaksanakan bentuk-bentuk aktiviti dan
tanggungjawab yang berbagai-bagai
berkaitan dengan amal dakwah, amal
tarbiyah dan amal harokah [tanzim]

Fenomena Futur

1. Aspek Ibadat
• Kurang memelihara diri untuk solat
berjamaah di masjid.
• Lalai untuk selalu berqiamulalil.
• Tidak suka berpuasa sunat
•Kurang membaca al-Quran setiap hari
minima sejuzuk bahkan kadangkala tidak
membacanya langsung.

2. Aspek Harakiy
• Selalu lewat menghadiri wasilah usrah atau
tidak langsung hadir
• Tidak hadir wasilah katibah,rehlah dan
mukhayyam tanpa alasan.
• Lemah untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diminta berkaitan
aktiviti jamaah samada yang bersifat umum
atau khusus.

3. Aspek suluk
• Tidak prihatian atau lemah perhatian
terhadap temujanji. Termasuk juga segi
ketepatan masa.
• Lemah komitmen di dalam berpegang
kepada hukum syarak terhadap diri, keluarga
dan pergaulan harian.

4. Aspek ilmu
• Kurang membaca dan menngulangkaji
serta berterusan membaca.
• Kurang menulis atau menghadiri wacana
intelektual, majlis-majlis fiqh dan ceramah-
ceramah ilmiah.

5. Aspek fizikal
• Lemah dari melakukan latihan-latihan
kesukanan setiap hari atau memberi
perhatian terhadap tubuh badan.

Penyebab futur :

Pertama : Ikhwah tidak faham hakikat
marhalah yang dilalaui jamaah, mungkin ia
menyangka jamaah di marhalah tanfiz
sedangkan ia masih di marhalah takwen dan
persediaan. Maka ia tidak menuntut dari
ikhwah apa yang lebih diperlukan oleh fasa
tersebut atau tidak perlu lebih dari apa yang
ikhwah mampu lakukan.

Kedua : Ikhwah tidak tahu objektif dari setiap
aktiviti yang dijalankan samada ia bersifat
umum atau khusus seperti usrah,katibah,
mukhayyam, rehlah, demonstrasi atau
sambutan-sambutan perayaan.

Ketiga : Kemalasan naqib atau masul di
dalam sudut ibadah, harakah, perilaku ,
menuntut ilmu dan riadah yang memberi
kesan kepada anak buahnya. Juga buat para
qiyadah yang akan membina lapisan
kepimpinan selepasnya.

Keempat : Masul yang bertanggungjawab di
dalam urusan tarbiyah gagal follow up
perkara yang berkaitan dengan urusan
tarbiyah.

Kelima : Muncul pelbagai halangan yang melahirkan perasaan lemah, kecewa di dalam diri akh berbanding keaktifannya sebelum ini.

Keenam : Banyak beban dan tanggungjawab yang digalaskan kepada ikhwah sehingga menjadikannya lemah atau gagal
melaksankannya kerana ia diluar
keupayaannya.

Ketujuh : Semakin bertambah dikalangan ikhwah orang-orang yang kecewa, frust dan
putus asa.

Kelapan : Pengaruh persekitaran yang khusus terutama suasana kerja/peribadi yang mempengaruhi kehidupan ikhwah yang akhirnya membawa kepada futur.

Kesembilan : Pengaruh persekitaran yang melingkungi aktiviti ikhwah terutama pengaruh politik di dalam negara dan politik dalaman jamaah.

Kesepuluh : Ikhwah lemah aspek ruhi
sehingga membawa lemah daya tolak untuk berpuasa, bangun malam dan sebagainya.

Kesebelas : Sibuk dengan kehidupan dunia,
ikhwah menghabiskan masa di dunia
kerjaya, membaiki kedudukan ekonominya,
bekerja siang dan malam, tiada masa rehat
sehingga dia tidak berdaya untuk solat
berjamaah, bangun malam, berpuasa sunat
dan sebagainya.

Kedua belas : Sedikit yang mendokong dakwah dan perjuangan ikhwah samada masyarakat setempat, di desa atau di
Bandar. Tidak ada yang mahu membantu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan boleh jadi jiran-jiran, teman sekerja atau
saudara mara juga menjadi punca kepada futurnya ikhwah.

[Terjemahan dan olahan semula dari Buku
Musykilat Tuwajihu Amal Islami tulisan
Dr.Muhammad Abd.Qadir Abu Faris]

Saturday, October 19, 2013

PeRuTuSaN RaYa HaJi

PERUTUSAN EIDULADHA 1434 H.

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraika n dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan  Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji.

"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan"

Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri.

Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3:

"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian"

Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam.

Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita.

Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru  tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar.  Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.

TUAN GURU ABDUL HADI BIN AWANG

Thursday, October 17, 2013

ZuLhIjJaH DaN NaBi IbRaHiM AS



Zulhijjah bulan pengorbanan . Pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS sekeluarga menjadi contoh kepada kita bahawa segalanya hanya untuk Allah . Ini kerana Amanah dan arahan Allah diluar jangkaan manusia. Apabila Suruhan itu datang daripada Allah maka bersungguh-sungghlah melakukannya .


Antara kisah nabi Ibrahim didalam Al quran :
  1. Dialog bersama namrud
  2. Keinginannya melihat Allah
  3. Dialog bersama ayahnya agar kembali kepada Islam
  4. Membina Kaabah
  5. Memecahkan patung lalu dia dibakar hidup-hidup
  6. Menyembelih anaknya Ismail

Antara Kesan yang kita rasai daripada keluarga nabi Ibrahim AS :

  1. Kaabah
  2. Air zam - zam
  3. Berlari anak Safa Marwa
  4. Melontar batu di jamrah 
  5. Ibadah korban
  6. Selawat kepada nabi Ibrahim AS pada bacaan tahiyyat akhir

Nabi Ibrahim AS bapa segala anbia :

Didalam Al-Quran nabi Ibrahim AS digelar sebagai bapa sekalian nabi-nabi . Ini kerana baginda merupakan bapa kepada nabi Ismail dan nabi Ishak AS . Daripada keturunan nabi Ibrahim jugalah lahirnya ramai daripada nabi-nabi.

  1. *Nabi Ismail : Baginda merupakan nabi yang kedua terakhir dari kalangan arab dan berakhir dengan nabi Muhammad SAW setelah berlalunya jarak masa yang agak lama 
  2. *Nabi Ishak : Daripada baginda sehinggalah nabi Isa AS bermulanya bangsa israel . Nabi Ishak sendiri digelar sebagai Israel .  
* Perlu dirujuk semula


ujian nabi Ibrahim :
  1. Mengambil masa yang lama untuk dikurniakan anak
  2. Diarah oleh Allah untuk meninggalkan Hajar dan Nabi Ismail di Mekah yang tidak terdapat langsung sumber makanan dan minuman .
  3. Diarahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail AS     

Nama didalam bahasa Inggeris:

Ibrahim = Abraham
Ismail   = Ismael
Ishak    = Issac


Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga menjadi contoh dan teladan buat kita . Untuk akhirnya saya cadangkan kepada semua agar beberapa resolusi dapat kita jayakan demi membuktikan cinta dan kasih kita kepada Allah SWT .


  • Solat berjemaah 5 waktu bagi lelaki dan solat seusai azan bagi perempuan. Jika tidak mampu mulakankan dengan solat maghrib sesudah mampu beristiqamah tambahkan pula dengan solat zohor dan hingga keakhirnya .         ( KORBAN DIRI )
  • Sentiasa memastikan diri berada didalam majlis ilmu . Sekiranya tidak mampu mulakan dahulu dengan mendengar ilmu secara tidak langsung seperti di radio , hanset dan lain-lain .Ini kerana Islam agama Rahmat .Tersebarnya Islam dengan ilmu . ( KORBAN MASA )
  • Istiqamah dengan bersedekah walaupun dengan seringgit@segenih kerana dengan bersedekah dapat mengikis sifat tamak didalam diri dan memupuk rasa bersyukur kepada Allah . ( KORBAN HARTA )



Friday, October 11, 2013

SeLaMaT DaTaNg ZuLhIjJaH 1434H



Pengenalan :

Bulan Zulhijjah diantara bulan yang disebutkan didalam Al-quran sebagai bulan yang diharamkan oleh Allah . Diharamkan berburu dan berperang . 3 bulan yang lain pula adalah Zulqeadah , Muharram dan Rejab ( 9 : 36 ) . Bulan ini juga sangat berkait rapat dengan keluarga agung Nabi Ibrahim AS .

Kelebihan :


  1.  Pensyariatan Haji   
  2.  Pensyariatan ibadah korban 
  3.  Terdapat didalamnya 10 siang yang terbaik   


Amalan terbaik diwaktu siang :

  1. Berpuasa
  2. Beri'tikaf dimasjid
  3. Bersedekah
  4. Membaca Al-Quran dan berzikir

 Sama-samalah kita memanfaat masa didalam mengejar ganjaran 10 siang yang penuh keberkatan dari Allah SWT . Didalam Islam ada saat yang berkat , terdapat juga jam yang berkat , hari yang berkat , malam yang berkat , siang yang yang berkat , bulan yang berkat dan tempat-tempat yang berkat . Semuanya untuk hamba-hamba Allah yang soleh . Selamat menghidupkan masjid-masjid ditempat anda.




Tuesday, September 3, 2013

PeNgAmBiLaN PeLaJaR BaRu KuLiAh Al-QuRaN TaNtA 2013 / 2014






Pengambilan pelajar sesi baru 2013 / 2014 kini dibuka kepada mahasiswa lepasan Maahad Qiraat Al-Azhar bermula pada 1 / 9 /2013 sehingga 15 / 9 / 2014 . Bertempat di kuliah Al-quranul Karim cawangan universiti Al-Azhar Tanta (siberbay ) .



Dokumen yang dikehendaki :

1 ) Sijil asli syahadah muaaqatah

2 ) Sijil asli syahadah milad

3 ) Surat pengakuan tidak bekerja ( mungkin kepad warga Mesir sahaja )

4 ) Mohon borang ' namuzaj 6 jannad ' dan borang ' namuzaj 2 jannad ' kepada yang lahir 1994 ke atas.

5 ) Gambar salinan pasport

6 ) LE130 untuk borang permohonan


#permohonan kali ini jelas sekali berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini :http://mohdzahidadanan.blogspot.com/2012/09/pengenalan-kuliah-al-quran-tanta.html . Semoga urusan kalian dipermudahkan dalam usaha melahirkan ulama Qurra' yang berjaya  

Monday, September 2, 2013

Takwim Pengajian Universiti Al-Azhar sesi 2013/2014


Kuliah bermula : 21 September 2013
Cuti Eidul Adha : 14 Oktober 2013 - 18 Oktober 2013
Imtihan Fasa 1 : 28 Disember 2013 - 22 Januari 2014


Kuliah Fasa 2 bermula : 08 Februari 2014
Cuti Syam Nasim : 19 April 2014 - 24 April 2014
Imtihan Fasa 2 : 31 Mei 2014 - 16 Jun 2014


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"




Sunday, August 4, 2013

RAMADHAN :GaNjArAn MeMbErI MaKaN OrAnG BeRpUaSa


" Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa padanya ganjaran pahala orang yang berpuasa " 

Didalam hadist ini jelas kepada kita bahawa satu lagi tawaran yang lumayan daripada Allah kepada kita selaku hamba . Peluang ini secara langsungnya terbentang luas di bulan ramadhan yang mulia ini . Cuba kita bayangkan kalau seorang kita bagi makan kita dapat pahala dia berpuasa sepanjang hari tersebut . Cuba bayangkan kalau 10 orang , 20 orang dan seterusnya . Berganda ganjarannya.

Suasana ini agak sukar kita dapati di Malaysia , tetapi bagi kami yang berada di Mesir berbuka puasa free bukanlah suatu perkara yang asing bagi kami . Mungkin juga masyarakat di sini lebih memahami hadist diatas ataupun berkat mereka yang berada di bumi Nabi .

Apapun sama-samalah kita merebut peluang ini dan semudah-mudah cara memberi orang berbuka puasa memadai juga hanya dengan sebiji kurma .