Dokumen yang diperlukan:
-Iqamah sah sehingga 1.3.2011
-Tasdiq Kuliah
-Surat sokongan Safarah(dalam bahasa Arab)
-Ta'syir audah drp Mujamma' Tahrir
-8 keping gambar pasport(background putih)
-syahadah Tath'im(sijil kesihatan) disertakan resit
* bagi akhawat WAJIB BERSAMA MAHRAM YANG SAH.
untuk maklumat lanjut sila hubungi:
saudara Ahmad Huzaifah Fauzi
tel: +2011 631 2426
id ym/emel: ustazhuzaifah@yahoo.com
SELAMAT DATANG
Followers
Wednesday, September 29, 2010
Monday, September 20, 2010
LAPORAN RAMADAN
Alhamdulillah masa saya begitu terisi cuti pada kali ini . Saya dapat memberikan yang terbaik untuk masyrakat yang bagi saya sememangnya dahagakan sentuhan-sentuhan mahasiswa dengan penghayatan Islam . Semoga mahasiswa yang pulang ke tanah air sentiasa memimpin masyarakat.
MALAM 16 RAMADAN 25 Ogos Rabu TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 17 RAMADAN 26 Ogos Khamis IMAM ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 18 RAMADAN 27 Ogos Jumaat TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 19 RAMADAN 28 Ogos Sabtu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )
MALAM 20 RAMADAN 29 Ogos Ahad IMAM ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 21 RAMADAN 30 Ogos Isnin TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 22 RAMADAN 31 Ogos Selasa TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 23 RAMADAN 1 sept Rabu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )
MALAM 24 RAMADAN 2 sept Khamis IMAM DAN TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 25 RAMADAN 3 sept Jumaat IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )
MALAM 26 RAMADAN 4 sept Sabtu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )
MALAM 27 RAMADAN 5 sept Ahad IMAM ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 28 RAMADAN 6 sept Isnin IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG
MALAM 29 RAMADAN 7 sept Selasa IMAM ( MASJID BATANG KALI )
MALAM 30 RAMADAN 8 sept Rabu IMAM DAN TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

Saturday, September 11, 2010
PAS KUTUK TINDAKAN BAKAR AL-QURAN
KUALA LUMPUR, 11 Sept: Rancangan sebuah gereja bertapak di Florida, Amerika Syarikat (AS) untuk membakar buku al-Quran sempena ulang tahun tragedi dahsyat 11 September yang memusnahkan Twin Towers di bandar New York, bukan sahaja terus menerima kritikan daripada semua umat Islam, malah masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama para pemimpin Islam dan bukan Islam negara membantah keras cadangan paderi yang pernah dibuang oleh gereja Jerman kerana sikap Islamophobianya.
Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.
Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.
“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa," katanya.
DAP, dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengutuk sekuat-kuatnya rancangan tersebut dan berpendapat bahawa rancangan tersebut akan menyemarakan lagi kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaan agama, bukan sahaja di Amerika, malah di negara-negara lain.
“DAP menentang apa jua bentuk permusuhan, jenayah, perkauman dan tindakan melampau agama sama ada ia dilakukan di tanah air sendiri mahupun antarabangsa.
“Kami memilih untuk berdialog, rundingan dan debat daripada keganasan dan pelampau,” kata Lim dalam kenyataannya sambil menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mengutuk yang dilabelkannya sebagai ‘gila dan merbahaya’ untuk mencemarkan naskhah kitab suci al-Quran.
Cadangan membakar al-Quran ini dipercayai tercetus apabila masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu, malah cadangan mereka disokong Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sendiri.
sumber : harakahdaily.net

Sunday, September 5, 2010
RAMADHAN : TEORI LAILATUL QADR BERDASARKAN PENGALAMAN IMAM GHAZALI
Berdasarkan pengalaman Imam Ghazali sepanjang hidupnya , beliau membuat kesimpulan mengenai malam lailatul qadr mengukur bila hari jatuhnya ramadhan ....demikian adalah kaedah Al-imam :
- Mula Ramadhan pada hari ahad dan rabu Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 29 Ramadhan
- Mula Ramadhan pada hari ahad , Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 21 Ramadhan
- Mula Ramadhan pada hari selasa dan jumaat , Lailatul Qadr jatuh pada malam ke27 Ramadhan
- Mula Ramadhan pada hari khamis , Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 25 Ramadhan
- Mula Ramadhan pada hari sabtu, Qadr jatuh pada malam ke 23 Ramadhan
Sunday, August 22, 2010
Friday, August 20, 2010
ORGNISASI PMRAM TANTA 2010 / 2011
PENGERUSI
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL
014-5955287 / 010-0952787
TIMBALAN PENGERUSI
MD AMIN BIN ZAINAL ABIDIN
014-2252484
SETIAUSAHA
SYED NASIRUDDIN BIN SYED UTHMAN
011-6722432
TIMBALAN SETIAUSAHA
MOHD KHIRUM BIN ZAKARIA
014-3349959
BENDAHARI
NOR HILMI SALIMI BIN KHOIREN
014-8699839
UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
MOHD ILYAS BIN YUSOP
011-3236013
UNIT PENGETAHUAN DAN PENDIDIKAN
MOHD SYAFIQ BIN SAHIMI
011-3236078
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN
MUHAMMAD RIDHA BIN ABDULLAH
011-6041218
UNIT PERUMAHAN
ABDUL HAFIZ BIN MAT NAWI
011-9259620
UNIT SAMBUTAN DAN REHLAH
MUHAMMAD FITRI BIN ABDULLAH
014-6807253
UNIT KEBUDAYAAN KESENIAN DAN SUKAN
MUHAMMAD BIN ABDULLAH TAHMIN
011-6981930
34 PEMAIN BOLA SEPAK KELANTAN TUNAI UMRAH
KOTA BHARU, 11 Ogos: Hasrat Menteri Besar membawa pemain pasukan bola sepak Kelantan menunaikan umrah selepas layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim lepas menjadi kenyataan apabila mereka berlepas ke Makkah Sabtu lalu.
Rombongan tersebut diketuai anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
“Ini inisiatif yang pertama dan terulung yang diberikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kejayaan pasukan Kelantan muncul naib juara Piala Malaysia.
“Sokongan kerajaan negeri kepada pasukan Red Warriors terbukti meski pun selama ini ada pihak cuba hendak memisahkan hubungan baik di antara kedua pihak.
“Kita sentiasa bersama Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa) dan pemain, bahkan mendoakan kejayaan buat pasukan Kelantan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Rombongan Kafa disertai seramai 34 pemain dan pegawai. Turut sama ahli Majlis Kafa.
Mereka dijadual bermalam di Kaherah selama tiga hari sebelum menyambut Ramadan di Madinah dan Makkah.
Selain mengerjakan umrah pemain Kafa dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab bola sepak di sana.
Abdul Fattah berkata, usaha pihak tertentu memisahkan hubungan baik kerajaan negeri dengan Kafa tidak menjadi kenyataan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri memberitahu Menteri Besar sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Kelantan.
“Insentif ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan kerajaan negeri dan pemain-pemain. Pakej umrah ini diharap memberi suntikan semangat baru kepada pemain Kelantan.
“Ibadat umrah dapat meningkat jati diri pemain. Ketika mengerjakan umrah pemain diharap memperbanyakkan tadarus al-Quran,” katanya.
Rombongan terbabit dijangka pulang ke tanah air pada 18 Ogos ini.
SUMBER : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28089:34-pemain-bola-sepak-kelantan-tunai-umrah-&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah kerajaan Kelantan diatas kejayaan menggabungkan antara sukan dan ibadah . Biasa kita dengar laporan dari media cetak dan penyiaran sering memburuk-burukkan negeri yang dipimpin oleh kepimpinan ulama ini , namun realiti yang berlaku adalah sebaliknya . kelantan jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang lain dari sudut sosial , ekonomi dan lain-lain.
Sejak pertukaran daripada BN kepada PAS pada zaman 1990 , banyak perubahan yang berlaku di Kelantan . Antara perubahan awal yang dilakukan oleh tok guru ialah menghapuskan Riba di bank-bank . Kalau dulu terdapat permis-permis pelacuran di Kelantan , namun semuanya telah lenyap sekarang . Kita lihat Kelantan bertemakan ' Membangun Bersama Islam ' semakain menuju ke arah apa yang di sebut didalam Al-Quran baldatun toyyibah wa rabun ghafur ( negeri yang baik , dan tuhanmu sentiasa mengampuni rakyat negeri tersebut ) .
Semoga negeri-negeri yang lain dapat mengambil contoh daripada negeri kelantan ini Insyallah.
Thursday, August 19, 2010
PENGACAU CERAMAH WUJUD SEJAK ZAMAN NABI
Saya menghadiri kuliah seorang Ustaz baru-baru ini. Antara perkara menarik yang diceritakan oleh Ustaz tersebut ialah ujudnya pengacau yang diupah oleh Penguasa Kafir Quraisy untuk menganggu ceramah Nabi Mohammad S.A.W.
Pengacau ini akan mengacau ceramah Nabi walau di mana Nabi berceramah. Pengacau ini akan mengadakan ceramah atau persembahannya di sebelah ceramah Nabi. (Saya terlupa pulak nama pengacau/penyair ini - kepada sesiapa yang tahu sila tuliskan dalam ruangan komen).
Pengacau ini adalah seorang Penyair yang hebat yang mampu mereka cerita-cerita dongeng bagi menarik orang-orang Quraisy supaya tidak hadir pada ceramah-ceramah Nabi.
Pada peringkat awalnya memang ramai yang hadir mendengar cerita-cerita dongeng penyair/pengacau ini. Sehingga orang datang mendengar ceramah Nabi agak kurang.
Namun lama kelamaan orang-orang Quraisy mula sedar bahawa cerita-cerita penyair/pengacau adalah bohong dan dongeng semata-mata. Akhirnya mereka tidak lagi mahu mendengar cerita-cerita dongeng tersebut dan kembali menyertai ceramah-ceramah Nabi.
Saya teringat kisah mutakhir ini di mana ada pihak-pihak yang menganggu ceramah-ceramah PAS. Di mana ada ceramah PAS di situ mereka mengadakan program mereka bagi menganggu ceramah PAS. Macam-macam program mereka aturkan antaranya menonton Piala Dunia, Makan Durian, Program bersama rakyat, program penyerahan bendera dan sebagainya.
Saya mendoakan supaya mereka ini diberikan petunjuk oleh Allah supaya tidak busuk hati dan bersikap professional. Jangan kita mewarisi perangai orang-orang yang pernah memusuhi Nabi.
Semoga Ramadhan ini menginsafkan kita semua dan mendapat petunjuk dari Allah. Seperti kata seorang Ustaz semasa saya menghadiri tazkirah tarawikh malam tadi, Celakalah seseorang Islam itu jika ia tidak menjadikan Ramadhan sebagai madrasah untuk mendidik jiwa masing-masing. Celakalah seseorang itu jika selepas Ramadhan ini tiada perubahan dalam diri kita.
sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28222:pengacau-ceramah-wujud-sejak-zaman-nabi&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

SATU KELUARGA SEORANG HAFIZ
KOTA BHARU, 19 Ogos: Kerajaan Kelantan berharap semoga dalam satu keluarga akan lahir seorang hafiz al-Quran dan dalam masa yang sama tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran juga dapat dilahirkan dalam masyarakat negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, sehubungan itu kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM70 juta setahun bagi membiayai pengurusan pendidikan dan pembelajaran sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Beliau mengharapkan generasi kini yang masih berada di sekolah Yik termasuk di Maahad Tahfiz Sains akan lahir sebagai golongan generasi yang hafiz Al-Quran. Katanya, dengan anak-anak yang kini sedang belajar di sekolah YIK diharap akan mampu lahir sebagai generasi berilmu terutama dalam bidang hafazan al-Quran dan pentafsirannya .“Sekurang-kurangnya seorang hafiz al-Quran bagi satu keluarga akan dapat dilahirkan di samping melahirkan tokoh dalam bidang pentafsiran Al-Quran termasuk mengenai keilmuan berkaitan ‘mineral’ yang digali dari Al-Quran. “Apatah lagi pengalaman dan keilmuan yang ada pada anak-anak kita yang menduduki Maahad Tahfiz Sains,” katanya pada Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, kelmarin.
Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang dikendalikan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bermula 14 hingga 17 Ogos itu sempena Ihya’ Ramadhan Di Serambi Mekah 1431 Hijriah. Menurutnya, adalah menjadi cita-cita kerajaan negeri agar rakyat di negeri ini dapat merasai kehidupan bukan seperti rakyat di negeri lain.
“Sebahagian masyarakat di negara ini tidak memahami ajaran al-Quran serta tidak mengamalkannya. Ini menyebabkan mereka berani melakukan perbuatan maksiat, bahkan sewenang-wenangnya melanggar perintah Allah SWT tanpa merasakan apa-apa kesalahan .“Kita merasa sangat bertuah apabila memerintah Kelantan dengan menggubal dasar termasuk mengenai pendidikan Islam bagi membolehkan generasi kini melanjutkan pelajaran menerusi sekolah di bawah Yik terutama apabila wajudnya Maahad Tahfiz Sains, justeru lebih banyak lagi ‘khazanah Allah’ dalam al-Quran dapat dikuasai para pelajar,” katanya.
Mengulas Tilawah Al-Quran Peringkat PBT Negeri Kelantan, beliau mengharapkan akan datang program itu diperluaskan penyertaannya bagi membolehkan penyertaan kalangan kakitangan jabatan negeri dan persekutuan, agensi negeri dan badan berkanun di samping kakitangan bank dan swasta.
sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28219:satu-keluarga-seorang-hafiz-pentafsir-al-quran&catid=1:utama&Itemid=50
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam melahirkan masyarakat yang bertaqwa kepada Allah SWT , pelbagai altenatif yang perlu difikirkan oleh kita semua lebih-lebih lagi mereka yang yang diamanahkan selaku pimpinan . Apa yang menariknya di negeri yang diperintah oleh PAS yang sudah menjangkau 20 tahun , idea yang sebeginilah yang sepatutnya keluar dari minda pemimpin yang benar-benar mahukan masyarakatnya yang mengikut landasan yang tulen Al-quran dan As-sunnah .Semoga contoh yang baik ini dapat diteladani oleh semua pimpinan dari negeri yang lain dalam kita merealisasikan islam sebagai panduan hidup.

Tuesday, August 17, 2010
MAT TANTA MELABUHKAN TIRAINYA
Alhamduliilah selesai sudah mesyuarat agung tahunan PMRAM Tanta kali yang ke 18 kelmarin sebelum maghrib 15 ogos 2010. Bagi saya ini adalah mesyuarat agung yang agak meriah. dari segi persiapan dewan yang dihiasi dengan seni khat, seluruh jentera penggerak Mat 18 melakukan kerja dengan sebaiknya. Ketika di perlancaran pula , kita dikejutkan dengan hasil karikatun Exco PMRAM Tanta pada sesi ini. Karikatur ini dilukis sendiri oleh exco baru kita iaitu Ust Muhammad Abdullah Fahmi ,
Perjalanan di sesi siang tidak lah begitu "panas" dengan soalan dari ahli, cuma apa yang agak lama ialah soal jawab bendahari bersama ahli dalam membetulkan penyata kewangan yang dibentang oleh ust Azizil Ahamid Ali . Disebelah petangnya pula perbahasan usul sama-sama dibahas dan diputuskan oleh ahli. MAT diakhiri dengan pembubaran oleh pengerusi PMRAM Tanta Pada malamnya pula selepas berbeku dan solat Maghrib
Ajk perlaksana program menghidangkan tayangan slide program-program sepanjang sesi 2009/2010 dan makan malam mee rojak beserta puding.
Tahniah buat Exco yang kekal :
1) Ust sulaiman bin Ismail
2) Ust Md Amin Zainal Abidin
3) ust Syed Nasiruddin Syed Othman
4)Ust Mohd Ilyas Yusop

TAHNIAH SAHABAT KULIAH AL-QURAN
Tahun Satu :
1) Asyraf Sanawi
2) Badrul Hisyam
3) Nik Nabil Nik Hanafi
4) Toriq As-siddiq
5) M.Zahid Adanan
6) Radin NurAmri Radin Abdul Khalim
7) Abdullah Mukhlis
8) Abdullah Hafizan
Tahun Dua :
1) Mujahid Lutfi
2) Syaukani
3) Hakim Mahadhir
4) Labib Anuar
Tahun Tiga :
1) wan Al-Hafiz Wan Mustafa
2) Faiz Mokhtar
3) Jismani
4) Umar Abd Aziz
5) Wak Nazir
6) Abd Qadir
Tahun Empat :
1) Azwad
2) Taufiq Abu Hasan
3) Hafiz Samuri
4) Redha
5) Nahi Hasbullah
6) Nurul Hisyam
7) Izuli
8) Nabil Ahmad
Friday, August 13, 2010
SETUJU HUKUMAN BERAT BUANG BAYI -TOK GURU NIK AZIZ
Rintitan pembuangan bayi yang berleluasa di Malaysia akibat tidak melaksanakan hukum Allah SWT , Tok guru Nik Abdul Aziz menyokong tindakan yang berat dikenakan terhadap ibu bapa bayi . Pembuangan bayi ini tidak berlaku sekiranya perbuatan zina dapat dibendung . Perbuatan zina tidak akan terjadi sekiranya kemasukan filem-filem , rancangan hiburan yang keterlaluan menjadi hidangan seharian masyarakat malaysia pada hari ini .
| KOTA BAHARU, 13 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa di negara ini. Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati. Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat undang-undang sekarang lebih "bersimpati" kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Allah yang jadikan manusia , Allah jualah yang menetetapkan undang-undang Al-Quran dan Hadist sebagai panduan manusia , kenapa kita tak nak ikut ? |
MAT 18
15 HARI BULAN OGOS INI GENAPLAH SETAHUN DIRI INI DIAMANAHKAN SELAKU PIMPINAN BUAT RAKAN-RAKAN DI TANTA . BERTERASKAN KEBAJIKAN DAN KESATUAN YANG MENJADI PERJUANGAN UTAMA PMRAM , SAYA MENERIMA KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN OLEH RAKAN-RAKAN UNTUK MENGGALAS TANGGUNGJAWAB YANG BERAT INI DI AWAL SESI DAHULU.
KINI BERBAKI HANYA BEBERAPA DETIK UNTUK AMANAH INI DIWARISKAN KEPADA ADIK-ADIK BARU YANG BAKAL BERGELAR PIMPINAN.SEMOGA PENERAJU UNIT DAKWAH DAN UNIT-UINIT LAIN YANG AKAN DATANG DAPAT MEMACU PERSATUAN INI DENGAN PANTAS DAN LEBIH TERSUSUN.
SAYA DENGAN INI MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN DIATAS SEGALA KEKURANGAN DAN CACAT CELA YANG BERLAKU SELAMA SAYA MENJADI PIMPINAN KALIAN . DARI KATA-KATA YANG MENYAKITKAN HATI , PERBUATAN YANG TIDAK DISENANGI DAN LAIN-LAIN.
MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN LAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 18 PADA KALI INI . SURVIVAL PMRAM TANTA HANYA TERLETAK PADA KITA . RASAI KENIKMATAN ISLAM YANG SEBENAR.

Sunday, August 8, 2010
PROGRAM SEBELUM RAMADHAN
Forum Ihya' Ramadhan bertajuk " Madrasah Ramadhan mebentuk jatidiri Rabbani "
Hari : Isnin
Tarikh : 28 sya'ban 1431 H - 9/ 10/ 2010
Masa : 7.00 petang
Tempat : Bait Izzah
Pengerusi Forum : Nik Faisal Bin Nik Ismail
Ahli panel : 1) Ust Mohd Ilyas Bin Yusop
2) Ust Mohd Nazirul Bin Mohd sabri
3) Dr. Mohd Naufal Mohd Nasir
7.00 Malam : Tadadus Al-Quran
8.00 Malam : Soalat Maghrib & Forum
:-) Jamuan disediakan
:-) Seluruh mahasiswa Tanta dijemput hadir...sebarkan
" Kemantapan Fikrah , Membina Syakhsiah "
Ajuran : Unit Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM Cawangan Tanta 2009 / 2010
Thursday, August 5, 2010
Bicara Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Bicara kita
Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Naib Mudir Madrasah al-Junaid (Singapura).
Bekas Aktivis PPMM
Ustaz Mohsin bin Bukhari merupakan Naib Mudir Madrasah al-Junaid,Singapura.Merupakan bekas mahasiswa mesir dan pernah terlibat dalam persatuan Persekutuan Pelajar Melayu Mesir (PPMM) atau sekarang dikenali sebagai Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Ditanya bagaimanakah keterlibatan dalam persatuan dalam masa yang sama mempunyai peranan sebagai mahasiswa,ustaz Mohsin menyatakan bahawa beliau pada mulanya tidak mempunyai gambaran tentang PPMM.
Setelah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir pada tahun 1976,dari situlah permulaan keterlibatan beliau dengan PPMM.Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sebelum dan selepas mengenali PPMM atau PMRAM ,ustaz Mohsin yang merupakan rakyat Singapura menceritakan bagaimana beliau terpaksa meminta bantuan pihak tertentu mengeluarkan surat minta keizinan untuk menyambung pelajaran ke Mesir, pada ketika itu rakyat singapura yang berumur 19 hingga 21 tahun terpaksa berbuat demikian untuk ke luar negara kerana mereka perlu melalui kursus dan latihan ketenteraan .Dengan bantuan seorang teman yang menuntut di Mesir maka urusan mengeluarkan surat minta keizinan dikeluarkan oleh PPMM.Apabila pihak Pertahanan Singapura mendapat surat tersebut,ia diakui dan disahkan.
Ustaz Mohsin mula mengenali PPMM. PPMM ketika itu dipimpin oleh Ustaz Raof dan sebelum itu di bawah pimpinan ustaz Abu Talib sebagai Presiden, di bawah epimpinan Ustaz Abu Talib jawatan Setiausaha Agung pada waktu itu dipegang oleh Ustaz Abd Hamid bin Abd Rahman yang berasal daripada Pahang, bekas pelajar dan pernah mengajar sementara di Madrasah al-Junaid sebelum ke Mesir dan merupakan kenalan ustaz Mohsin.
Ketika proses pengalihan kuasa kepimpinan bagi menggantikan Ustaz Raof, telah berlaku konflik antara dua calon yang bertanding iaitu Ustaz Razak dan Dr Adam. Apabila undian dilakukan, kedua-dua pihak tidak dapat menerima keputusan undian sehingga tercetus perselisihan yang memakan masa yang agak lama. Perselisihan tersebut memberi kesan kepada kegiatan persatuan termasuk urusan pengkuliahan dan hal-hal lain.Walaupun ketika itu wujudnya kedutaan tetapi kedutaan ketika itu tidak menguruskan urusan berkaitan pelajar kecuali bertangguangjawab mengesahkan sijil yang dibawa oleh pelajar sama ada sijil itu sah atau tidak.urusan yang selainnya diuruskan oleh PPMM begitu juga dengan urusan yang berkait dengan pelajar baru. ketika tahun ustaz Muhsin datang ke Mesir, wakil pelajar yang menguruskan urusan yang berkaitan dengan pengkuliahan pelajar baru adalah di bawah tanggungjawab ustaz Zaki Rahman sebagai ketua.
Apabila konflik telah selesai dan ketika itu tampuk kepimpinan diambil oleh Ustaz Muhsin Bin Mat Zain.Ustaz Zaki Rahman diangkat sebagai naib yang dipertua .Ustaz Mohsin sendiri telah diberi tanggungjawab untuk membantu urusan pengkuliahan di bawah yang dipertua,beliau perlu menguruskan urusan pelajar-pelajar Malaysia,Singapura dan Brunei,beliau telah melantik beberapa pembantu daripada kalangan pelajar Singapura bagi menguruskan urusan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Tugas itu dilaksanakan oleh beliau beberapa tahun sehinggalah tahun ustaz Ilham dilantik sebagai Presiden.Pada tahun 1981 ustaz Muhsin tidak lagi memegang tanggugjawab tersebut
1978-1980 PMRAM dibatalkan dan keadaan pelajar-pelajar baru ketika itu
Menurut uataz Muhsin pada ketika itu setiap pihak mempunyai penyokong masing-masing .Telah berlaku insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan ia amat dikesali kerana PMRAM bukanlah satu pertubuhan yang baru berusia belasan tahun tetapi telah mencapai umur dewasa. pada ketika itu hanya terdapat seorang sahaja daripada badan pengurus yang sah.
ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyah)
ARMA dikhususkan untuk pelajar melayu Malaysia.pihak kedutaan hanya mentadbirkan ARMA,lain-lain pengendalian dan urusan diuruskan oleh PMRAM sendiri tanpa melibatkan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang lain
PMRAM setelah diberhentikan dan didaftarkan semula
Telah berlaku proses pemilihan pimpinan melalui proses pilihanraya dan ustaz Mohsin sendiri dilantik sebagai pengarah SPR ketika itu.Kempen telah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti sebelum itu,manakala Ahli Jawatan Kuasa SPR telah dilantik dari kalangan pelajar Singapura dan Brunei agar ia menampakkan lebih neutral. Hanya 10 calon yang bertanding untuk jawatan yang dipertua selepas krisis, secara bertahap-tahap aktiviti dilaksanakan seperti biasa,banyak perubahan yang telah dilakukan terutamanya yang berkaitan dengan acara-acara kebudayaan yang dilihat terlalu terbuka contohnya seperti tari menari dan sabagainya,acara-acara itu dikesampingkan dari terus dilaksanakan.Lebih banyak aktiviti yang berunsurkan islam dilaksanakan.Pada tahun 1980 selepas didaftarkan semula telah diubah konsep keterbukaan kepada konsep penghayatan islam
Beza konsep pentadbiran PMRAM pada zaman krisis dan selepas krisis
selepas krisis itu,aktiviti yang lebih kepada hiburan diberhentikan cuma masih terdapat bahan-bahan atau alat-alat yang digunakan untuk tujuan aktiviti itu seperti alat musik dan sebagainya telah dikeluarkan daripada pejabat pengtadbiran.
Harapan terhadap PMRAM dan hubungan PEKEMAS pada masa hadapan
Hubungan dua hala ini perlu diteruskan tanpa mengira perbezaan sempadan negara dan politik bahkan perlu berkerjasama serta mengukuhkan hubungan.
Harapan mengenai Rumah Melayu yang telah dinafikan hak milik PMRAM .
Rumah Melayu yang dulu pernah menjadi Markaz PMRAM tidak sepatutnya dipisahkan daripada PMRAM.Walaupun ia sebuah asrama tetapi bila kita menyebut Rumah Melayu ia melambangkan PPMM(dahulu) dan PMRAM sekarang.

Keterlibatan dalam PPMM.

sUMBER : http://pmhkpmram.blogspot.com/2010/08/bicara-kita-bersama-ustaz-mohsin-bin.html#more
Saturday, July 31, 2010
Loporan Ringkas
Laporan Perkhemahan musim panas
Dari Tanta
Bertolak dari perkarangan pejabat PMRAM Tanta sekitar jam 8.30 pg dengan 3 biji Tramco.Tramco yang membawa barang-barang telah bertolak seawal jam 7 pg lagi.Yang berbaki hanyalah 10 orang sahaja yang tidak sempat sewa tramco dengan Ust Sulaiman .3 orang dikalangan AJK perlaksana dan 7 orang yang berbaki adalah peserta.
Perasmian pembukaan
Jam 11.30 tengah hari Alhamdulillah semua peserta selamat sampai deangan izin yang maha Pengasih. Majlis taklimat dimulakan sebagai pembuka tirai ProGram perkhemahan kali ini . Taklimat diberikan kepada seluruh peserta sebagai gambaran perjalanan program, displin dan keselamatan para peserta. Jam 12 tengahari perkhemahan diteruskan lagi dengan perasmian pembukaan oleh yang berbahagia Tuan Presiden PERUBATAN pusat Muhammad Husaini Saleh dengan jayanya.
Hari Pertama :
- Survival
- Sukan kretif
- ceramah “KEPIMPINAN , PILIHAN ATAU TUNTUTAN “ oleh Dr Fakhruddin dari Iskandariah
Hari kedua:
- Ceramah ala talk show “ KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM” oleh Ust Abdul Muii’z Muhammad,penasihat PMRAM
- Debat ala parlimen isu kesatuan “SALAH SIAPA? “ yang dikendalikan oleh Ust Zuhaili Timb Presiden PMRAM
- Explorace
- BBQ
Hari ketiga :
- Forum bertajuk satu hati. Ahli panel terdiri daripada 2 pengajian Islam dan seorang perubatan
- Muhasabah program
Perasmian penutup
Sekitar jam 12 tengahari majlis persmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta melabuhkan tirai perkhemahan kali ini.Perasmian penutup disempurnakan oleh Ust Syeikh Mohd Mujahid Bin Syeikh Nawawi Naib Setiausaha Agung PMRAM.
Thursday, July 29, 2010
CERAMAH ISU SEMASA BERSAMA PEMUDA
# KHAMIS 29 JULAI 2010
# JAM 8 MALAM DI RUMAH ANAK-ANAK SELANGOR
# BERMULA DARI SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT HAJAT
# AHLI PANEL : 1 ) UST YUSNI MAT PIAH
2 ) UST NASARUUDDIN HASAN AT-TANTAWI
# ANJURAN : SUARA RAKYAT
SEMUA MAHASISWA MESIR DIJEMPUT MEMERIAHKANYA.........

Wednesday, July 28, 2010
LELAKI KOYAK PURDAH DIJEL
GLASGOW,SCOTLAND : Seorang lelaki yang mengoyakkan purdah pelajar wanita Arab Saudi di Stesen Sentral Glasgow pada April lalu, dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah, lapor media semalam.
William Baikie, 26, mengaku salah menyerang Anwar al-Qahtani, 26, dengan menggunakan kekerasan menarik penutup muka pelajar itu di Jalan Hope.
Stesen penyiaran BBC melaporkan, Anwar menggunakan purdah itu untuk melindungi maruahnya sebagai sebahagian ajaran Islam.Disebabkan kekasaran Baikie, mangsa terpaksa menggunakan kain lain bagi menutup mukanya.Selepas melakukan serangan itu, Baikie melarikan diri.
Bagaimanapun, Baikie ditahan polis selepas pihak berkuasa membuat pengesahan melalui rakaman televisyen litar tertutup.Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Baikie di Mahkamah Sheriff Glasgow, Sheriff Lindsay Wood, berkata apa yang dilakukan Baikie amat memalukan.
“Anda adalah lelaki yang pernah melakukan beberapa kesalahan rasis sebelum ini dan amat sedar bagaimana perbuatan itu amat memalukan wanita,” katanya.
Mahkamah turut mendengar keterangan Anwar yang datang ke Scotland dari Arab Saudi untuk mendapat ijazah sarjana.Pendakwa, Iain Bradley, berkata Anwar dan suaminya mematuhi ajaran Islam dengan taat.
“Kini Anwar kehilangan kebebasan dan menghabiskan banyak masa di rumah kerana bimbang diserang lagi,” katanya. .
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakikoyakpurdahdijel/Article
Subscribe to:
Posts (Atom)