SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Wednesday, May 7, 2014

SOALAN SYAFAWI TAHUN 3 KULIAH AL-QURAN WAL-QIRAAT UNI AL-AZHAR TANTA


Soalan 1 : Surah Yunus
قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدً۬ا‌ۗ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ‌ۖ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ‌ۖ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ إِنۡ عِندَڪُم مِّن سُلۡطَـٰنِۭ بِہَـٰذَآ‌ۚ أَتَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ 
Soalan 2 : Surah Al-Baqarah
وَقَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدً۬ا‌ۗ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ‌ۖ بَل لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ كُلٌّ۬ لَّهُ ۥ قَـٰنِتُونَ 

Soalan 3 : Surah Al-An’am
وَمَا تَأۡتِيهِم مِّنۡ ءَايَةٍ۬ مِّنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّہِمۡ إِلَّا كَانُواْ عَنۡہَا مُعۡرِضِينَ 

Soalan 4 : Surah Yaasin
وَمَا تَأۡتِيہِم مِّنۡ ءَايَةٍ۬ مِّنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّہِمۡ إِلَّا كَانُواْ عَنۡہَا مُعۡرِضِينَ 

Soalan 5 : Surah An-Nahl
وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۚ وَلَتُسۡـَٔلُنَّ عَمَّا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 
Soalan 6 : Surah As-Syura
وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَهُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن يُدۡخِلُ مَن يَشَآءُ فِى رَحۡمَتِهِۦ‌ۚ وَٱلظَّـٰلِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ 
Soalan 7 : Surah Al-Haj
وَٱلَّذِينَ سَعَوۡاْ فِىٓ ءَايَـٰتِنَا مُعَـٰجِزِينَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِيمِ 

Soalan 8 : Surah Al-jasiah
هَـٰذَا كِتَـٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيۡكُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّا كُنَّا نَسۡتَنسِخُ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 



Monday, April 28, 2014

Jihad

Imam Ibnu Al-Qayyim Al-Jauzi Membahagikan Jihad kepada empat bahagian :
  1. Jihad melawan hawa nafsu
  2. Jihad melawan hasutan Syaitan
  3. Jihad melawan kezaliman
  4. Jihad melawan musuh yang menceroboh negara Islam
Al-Marhum Ust Fadzil Noor 

Saturday, December 21, 2013

IlMu MaStUr DaN MaNzUr

Secebis nukilan pembakar semangat


 Kata seorang pejuang Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya: 2 ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang adalah:
 Ilmu Mastur : Ilmu yang diperolehi di kuliah,  talaaqi dan pusat2 pengajian.

 Ilmu Manzur : Ilmu yang diperolehi melalui pengalaman, pengamatan, penelitian, terlibat dengan organisasi dan bermasyrakat

✅ Apabila manusia hanya sekadar sibuk dengan ilmu mastur sahaja lantas meningglkan ilmu manzur maka akan muncul golongan BIJAK PANDAI tapi BODOH BERFIKIR.

✅ Menyoroti kejatuhan Islam di bumi Baghdad di tangan Tentera Tartar pada zaman kerajaan Abasiyah suatu yang amat yang mendukacitkan. Yang malangnya adalah, wujud ketika itu golongan ilmuwan, intelek, bijak pandai namun mereka tidak mengambil cakna perihal Islam, tiada sensitiviti terhadap cinta dan kasih sayang buat Islam, sibuk dengan kepentingan peribadi , lemah jati diri & tidak mengambil tahu keadaan Islam dan umatnya. Tidak dinafikan salah satu kejatuhan Islam di bumi mulia Baghdad adalah kerana perancangan halus musuh namun yang lebih lagi menyedihkan adalah SIKAP umat Islam.

✅ Maka, kewajipan kita hari ini bukan sekadar memikul tanggungjawab sebagai mahasiswa Islam yang mencari ilmu di kuliah dan pengajian luar namun ada lagi tanggungjawab yang lebih besar.

✅ Kewajipan kita sekarang  adalah untuk menjiwai Islam, sayang kepada Islam dan bagaimana usaha kita hari ini untuk faham Islam.

✅ Dikisahkan seorang wanita yang bernama Maryam Jameelah ( keturunan Yahudi) disapa angin hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Sejurus memeluk Islam, beliau terus mendalami Islam bersungguh2 dengan membeli kitab2 Islam dan mencari seorang murabbi yang akhirnya beliau menjadi anak angkat kepada Imam Almaududi.

✅ Kita hari ini Islam kerana warisan tapi masih malas untuk mendalami Islam. Sibuk mencari  alasan untuk tidak turut serta dalam program tarbiyyah.

✅ Semoga Allah terus tetapkan diri kita dalam medan amal islami ini untuk menggerakkan bahtera Islam. Ramai orang hanya sekadar mahu menjadi penyokong tapi ramai mana mereka yang bercita-cita mahu menjadi pendokong Islam.

"Allah Ghoyatuna"

Friday, December 20, 2013

FuTuR Di MeDaN DaKWaH

Definisi Futur

Lemah himmah dan fizikal dari
melaksanakan bentuk-bentuk aktiviti dan
tanggungjawab yang berbagai-bagai
berkaitan dengan amal dakwah, amal
tarbiyah dan amal harokah [tanzim]

Fenomena Futur

1. Aspek Ibadat
• Kurang memelihara diri untuk solat
berjamaah di masjid.
• Lalai untuk selalu berqiamulalil.
• Tidak suka berpuasa sunat
•Kurang membaca al-Quran setiap hari
minima sejuzuk bahkan kadangkala tidak
membacanya langsung.

2. Aspek Harakiy
• Selalu lewat menghadiri wasilah usrah atau
tidak langsung hadir
• Tidak hadir wasilah katibah,rehlah dan
mukhayyam tanpa alasan.
• Lemah untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diminta berkaitan
aktiviti jamaah samada yang bersifat umum
atau khusus.

3. Aspek suluk
• Tidak prihatian atau lemah perhatian
terhadap temujanji. Termasuk juga segi
ketepatan masa.
• Lemah komitmen di dalam berpegang
kepada hukum syarak terhadap diri, keluarga
dan pergaulan harian.

4. Aspek ilmu
• Kurang membaca dan menngulangkaji
serta berterusan membaca.
• Kurang menulis atau menghadiri wacana
intelektual, majlis-majlis fiqh dan ceramah-
ceramah ilmiah.

5. Aspek fizikal
• Lemah dari melakukan latihan-latihan
kesukanan setiap hari atau memberi
perhatian terhadap tubuh badan.

Penyebab futur :

Pertama : Ikhwah tidak faham hakikat
marhalah yang dilalaui jamaah, mungkin ia
menyangka jamaah di marhalah tanfiz
sedangkan ia masih di marhalah takwen dan
persediaan. Maka ia tidak menuntut dari
ikhwah apa yang lebih diperlukan oleh fasa
tersebut atau tidak perlu lebih dari apa yang
ikhwah mampu lakukan.

Kedua : Ikhwah tidak tahu objektif dari setiap
aktiviti yang dijalankan samada ia bersifat
umum atau khusus seperti usrah,katibah,
mukhayyam, rehlah, demonstrasi atau
sambutan-sambutan perayaan.

Ketiga : Kemalasan naqib atau masul di
dalam sudut ibadah, harakah, perilaku ,
menuntut ilmu dan riadah yang memberi
kesan kepada anak buahnya. Juga buat para
qiyadah yang akan membina lapisan
kepimpinan selepasnya.

Keempat : Masul yang bertanggungjawab di
dalam urusan tarbiyah gagal follow up
perkara yang berkaitan dengan urusan
tarbiyah.

Kelima : Muncul pelbagai halangan yang melahirkan perasaan lemah, kecewa di dalam diri akh berbanding keaktifannya sebelum ini.

Keenam : Banyak beban dan tanggungjawab yang digalaskan kepada ikhwah sehingga menjadikannya lemah atau gagal
melaksankannya kerana ia diluar
keupayaannya.

Ketujuh : Semakin bertambah dikalangan ikhwah orang-orang yang kecewa, frust dan
putus asa.

Kelapan : Pengaruh persekitaran yang khusus terutama suasana kerja/peribadi yang mempengaruhi kehidupan ikhwah yang akhirnya membawa kepada futur.

Kesembilan : Pengaruh persekitaran yang melingkungi aktiviti ikhwah terutama pengaruh politik di dalam negara dan politik dalaman jamaah.

Kesepuluh : Ikhwah lemah aspek ruhi
sehingga membawa lemah daya tolak untuk berpuasa, bangun malam dan sebagainya.

Kesebelas : Sibuk dengan kehidupan dunia,
ikhwah menghabiskan masa di dunia
kerjaya, membaiki kedudukan ekonominya,
bekerja siang dan malam, tiada masa rehat
sehingga dia tidak berdaya untuk solat
berjamaah, bangun malam, berpuasa sunat
dan sebagainya.

Kedua belas : Sedikit yang mendokong dakwah dan perjuangan ikhwah samada masyarakat setempat, di desa atau di
Bandar. Tidak ada yang mahu membantu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan dan boleh jadi jiran-jiran, teman sekerja atau
saudara mara juga menjadi punca kepada futurnya ikhwah.

[Terjemahan dan olahan semula dari Buku
Musykilat Tuwajihu Amal Islami tulisan
Dr.Muhammad Abd.Qadir Abu Faris]

Saturday, October 19, 2013

PeRuTuSaN RaYa HaJi

PERUTUSAN EIDULADHA 1434 H.

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraika n dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan  Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji.

"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan"

Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri.

Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3:

"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian"

Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam.

Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita.

Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru  tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar.  Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.

TUAN GURU ABDUL HADI BIN AWANG

Thursday, October 17, 2013

ZuLhIjJaH DaN NaBi IbRaHiM AS



Zulhijjah bulan pengorbanan . Pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS sekeluarga menjadi contoh kepada kita bahawa segalanya hanya untuk Allah . Ini kerana Amanah dan arahan Allah diluar jangkaan manusia. Apabila Suruhan itu datang daripada Allah maka bersungguh-sungghlah melakukannya .


Antara kisah nabi Ibrahim didalam Al quran :
  1. Dialog bersama namrud
  2. Keinginannya melihat Allah
  3. Dialog bersama ayahnya agar kembali kepada Islam
  4. Membina Kaabah
  5. Memecahkan patung lalu dia dibakar hidup-hidup
  6. Menyembelih anaknya Ismail

Antara Kesan yang kita rasai daripada keluarga nabi Ibrahim AS :

  1. Kaabah
  2. Air zam - zam
  3. Berlari anak Safa Marwa
  4. Melontar batu di jamrah 
  5. Ibadah korban
  6. Selawat kepada nabi Ibrahim AS pada bacaan tahiyyat akhir

Nabi Ibrahim AS bapa segala anbia :

Didalam Al-Quran nabi Ibrahim AS digelar sebagai bapa sekalian nabi-nabi . Ini kerana baginda merupakan bapa kepada nabi Ismail dan nabi Ishak AS . Daripada keturunan nabi Ibrahim jugalah lahirnya ramai daripada nabi-nabi.

  1. *Nabi Ismail : Baginda merupakan nabi yang kedua terakhir dari kalangan arab dan berakhir dengan nabi Muhammad SAW setelah berlalunya jarak masa yang agak lama 
  2. *Nabi Ishak : Daripada baginda sehinggalah nabi Isa AS bermulanya bangsa israel . Nabi Ishak sendiri digelar sebagai Israel .  
* Perlu dirujuk semula


ujian nabi Ibrahim :
  1. Mengambil masa yang lama untuk dikurniakan anak
  2. Diarah oleh Allah untuk meninggalkan Hajar dan Nabi Ismail di Mekah yang tidak terdapat langsung sumber makanan dan minuman .
  3. Diarahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail AS     

Nama didalam bahasa Inggeris:

Ibrahim = Abraham
Ismail   = Ismael
Ishak    = Issac


Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga menjadi contoh dan teladan buat kita . Untuk akhirnya saya cadangkan kepada semua agar beberapa resolusi dapat kita jayakan demi membuktikan cinta dan kasih kita kepada Allah SWT .


  • Solat berjemaah 5 waktu bagi lelaki dan solat seusai azan bagi perempuan. Jika tidak mampu mulakankan dengan solat maghrib sesudah mampu beristiqamah tambahkan pula dengan solat zohor dan hingga keakhirnya .         ( KORBAN DIRI )
  • Sentiasa memastikan diri berada didalam majlis ilmu . Sekiranya tidak mampu mulakan dahulu dengan mendengar ilmu secara tidak langsung seperti di radio , hanset dan lain-lain .Ini kerana Islam agama Rahmat .Tersebarnya Islam dengan ilmu . ( KORBAN MASA )
  • Istiqamah dengan bersedekah walaupun dengan seringgit@segenih kerana dengan bersedekah dapat mengikis sifat tamak didalam diri dan memupuk rasa bersyukur kepada Allah . ( KORBAN HARTA )



Friday, October 11, 2013

SeLaMaT DaTaNg ZuLhIjJaH 1434H



Pengenalan :

Bulan Zulhijjah diantara bulan yang disebutkan didalam Al-quran sebagai bulan yang diharamkan oleh Allah . Diharamkan berburu dan berperang . 3 bulan yang lain pula adalah Zulqeadah , Muharram dan Rejab ( 9 : 36 ) . Bulan ini juga sangat berkait rapat dengan keluarga agung Nabi Ibrahim AS .

Kelebihan :


  1.  Pensyariatan Haji   
  2.  Pensyariatan ibadah korban 
  3.  Terdapat didalamnya 10 siang yang terbaik   


Amalan terbaik diwaktu siang :

  1. Berpuasa
  2. Beri'tikaf dimasjid
  3. Bersedekah
  4. Membaca Al-Quran dan berzikir

 Sama-samalah kita memanfaat masa didalam mengejar ganjaran 10 siang yang penuh keberkatan dari Allah SWT . Didalam Islam ada saat yang berkat , terdapat juga jam yang berkat , hari yang berkat , malam yang berkat , siang yang yang berkat , bulan yang berkat dan tempat-tempat yang berkat . Semuanya untuk hamba-hamba Allah yang soleh . Selamat menghidupkan masjid-masjid ditempat anda.




Tuesday, September 3, 2013

PeNgAmBiLaN PeLaJaR BaRu KuLiAh Al-QuRaN TaNtA 2013 / 2014






Pengambilan pelajar sesi baru 2013 / 2014 kini dibuka kepada mahasiswa lepasan Maahad Qiraat Al-Azhar bermula pada 1 / 9 /2013 sehingga 15 / 9 / 2014 . Bertempat di kuliah Al-quranul Karim cawangan universiti Al-Azhar Tanta (siberbay ) .



Dokumen yang dikehendaki :

1 ) Sijil asli syahadah muaaqatah

2 ) Sijil asli syahadah milad

3 ) Surat pengakuan tidak bekerja ( mungkin kepad warga Mesir sahaja )

4 ) Mohon borang ' namuzaj 6 jannad ' dan borang ' namuzaj 2 jannad ' kepada yang lahir 1994 ke atas.

5 ) Gambar salinan pasport

6 ) LE130 untuk borang permohonan


#permohonan kali ini jelas sekali berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini :http://mohdzahidadanan.blogspot.com/2012/09/pengenalan-kuliah-al-quran-tanta.html . Semoga urusan kalian dipermudahkan dalam usaha melahirkan ulama Qurra' yang berjaya  

Monday, September 2, 2013

Takwim Pengajian Universiti Al-Azhar sesi 2013/2014


Kuliah bermula : 21 September 2013
Cuti Eidul Adha : 14 Oktober 2013 - 18 Oktober 2013
Imtihan Fasa 1 : 28 Disember 2013 - 22 Januari 2014


Kuliah Fasa 2 bermula : 08 Februari 2014
Cuti Syam Nasim : 19 April 2014 - 24 April 2014
Imtihan Fasa 2 : 31 Mei 2014 - 16 Jun 2014


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"




Sunday, August 4, 2013

RAMADHAN :GaNjArAn MeMbErI MaKaN OrAnG BeRpUaSa


" Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa padanya ganjaran pahala orang yang berpuasa " 

Didalam hadist ini jelas kepada kita bahawa satu lagi tawaran yang lumayan daripada Allah kepada kita selaku hamba . Peluang ini secara langsungnya terbentang luas di bulan ramadhan yang mulia ini . Cuba kita bayangkan kalau seorang kita bagi makan kita dapat pahala dia berpuasa sepanjang hari tersebut . Cuba bayangkan kalau 10 orang , 20 orang dan seterusnya . Berganda ganjarannya.

Suasana ini agak sukar kita dapati di Malaysia , tetapi bagi kami yang berada di Mesir berbuka puasa free bukanlah suatu perkara yang asing bagi kami . Mungkin juga masyarakat di sini lebih memahami hadist diatas ataupun berkat mereka yang berada di bumi Nabi .

Apapun sama-samalah kita merebut peluang ini dan semudah-mudah cara memberi orang berbuka puasa memadai juga hanya dengan sebiji kurma .   

Saturday, May 25, 2013

Antara fakta menarik Qiraat Syazah

1 ) Mula terkumpul sejak penurunan  wahyu

2 ) Antara sahabat nabi yang memengang Al-quran mereka sendiri seperti Saidatina 'Aisyah , Ibnu Abbas , Ibn masud dan lain-lain lagi . Al-quran ditangan mereka di'iktibarkan sebagai Al-quran peribadi dan dikategorikan juga sebagai Qiraat Syazah .

3 ) Antara sebab-sebab terhapusnya Qiraat Syazah adalah kerana tersebarluasnya Resam Uthmani

4 ) Sah solat seseorang dengan membaca Qiraat Syazah walaupun mengubah makna ( Qiraat Mutawatirah ) sekiranya dia terlupa atapun jahil .

5 ) Tidak boleh mengiktibarkan Qiraat Syazah sebagai Al-quran dan batal solat sekira membawa ke dalam solat . 
 

Wednesday, January 2, 2013

JADUAL IMTIHAN TAHUN 3 FASA 1 : 

30 DIS    AHAD         TAFSIR AYAT AHKAM

3 JAN     KHAMIS    DILALAT & ASALIB

6 JAN     AHAD         TAUJIH

8 JAN     SELASA      SIRAH

10 JAN   KHAMIS     HADIST

Saturday, October 6, 2012

JADUAL KULIAH AL-QURAN 2012/2013 ( FASA 1 )

TAHUN SATU

AHAD

QIRAAT AMALI                   : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
QIRAAT NAZORI                : DR.BASYIR
TARIKH ILMU AL-QIRAAT : DR.JAMAL
ENGLISH                           : UST HAMZAH

ISNIN
ASWAT              : DR.JABAL
HADIST              :
QIRAAT AMALI   : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
QURAN               :

SELASA
QIRAAT AMALI               : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
MANAHIJ MUFASSIRIN : DR.ARAFAT
TAFSIR                          : DR. SAMI 

RABU
I’JAZ                                 : DR. ABD LATIF
QIRAAT AMALI                : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
ENGLISH                         : UST HAMZAH
MANAHIJ MUFASSIRIN   : DR.ARAFAT

KHAMIS
LAHJAT                    : DR. ABD KARIM
TARIKH MUSHAF    : DR. HADI
I’JAZ                         : DR. ABD LATIF


TAHUN 2


AHAD

TAUJIH                          : DR. HADI
QIRAAT AMALI              : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
MANAHIJ MUFASSIRIN : DR. ABD KARIM
ENGLISH                       : UST MUHAMMAD ‘ABID

ISNIN
HADIST             : DR. MAHMUD
QIRAAT AMALI  : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
ENGLISH           : UST MUHAMMAD ‘ABID QURAN

SELASA
QIRAAT NAZORI        : DR.SOFI
QIRAAT AMALI           : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
DILALAT WA ASALIB : DR.ARAFAT

RABU
QIRAAT AMALI           : SYEIKH SAYYID & SYEIKH HAMID
DILALAT WA ASALIB : DR.ARAFAT
TAFSIR                       : DR. SAMI

KHAMIS
TAUJIH                           : DR. HADI
WAQAF IBTIDA’             :
MANAHIJ MUFASSIRIN : DR. ABD KARIM


TAHUN 3


AHAD

QIRAAT AMALI            : Dr. Riyadh
DILALAT WA ASALIB  : DR ABD KARIM
HADIST                       : DR.MUNJI

ISNIN
HADIST            : DR.MUNJI
TAUJIH             : DR.SOFI
QIRAAT AMALI :

SELASA

DILALAT WA ASALIB  : DR ABD KARIM
QIRAAT NAZORI          : DR.HADI
SIRAH                           : DR.BASYIR

RABU
TAFSIR AYAT AHKAM  : Dr. Mubarak
QIRAAT AMALI             : Dr. Riyadh
TAUHID                        : DR.MAHAMMAD UMAR

KHAMIS
TAUJIH             : Dr. Sofi
QIRAAT AMALI : Dr.Riyadh
AL-QURAN       :


TAHUN 4


AHAD

TAFSIR               : DR. ABD KARIM
QIRAAT AMALI   :
TAUJIH               : DR. BASYIR

ISNIN
QIRAAT AMALI    :
HADIST AHKAM  : DR. AHMAD ‘ADWI
QURAN                :

SELASA
TAUJIH     : DR. BASYIR
SIRAH       : DR.JAMAL
TAUHID    : DR. AMIN

RABU
NAHU                          : DR. ABD LATIF
TAHRIR WA AL’ZWU : DR.BASYIR
QIRAAT AMALI            :
TAFSIR                       : DR. ABD KARIM

KHAMIS
QIRAAT AMALI           :
QIRAAT NAZORI        : DR JAMAL
NAHU                         : DR. ABD LATIF


 *Masa pertama pada 9 pagi hingga 11 pagi,
masa kedua pada 11 pagi hingga 1 tengahari,
masa ketiga bermula1 tengahari singga 3 petang

Friday, September 21, 2012

PeNgHiNaAn TeRhAdAp NaBi MUHAMMAD DaN IsLaM





HARI INI

Genap sepuluh hari penghinaan terhadapa nabi Muhammad SAW dan agama Islam pada hari ini dan hari ini juga merupakan jumaat yang kedua Umat Islam seluruh dunia berkumpul dan berdemo . Umat Islam seluruh dunia disarankan untuk berkumpul dan berdemo bagi memberi amaran kepada pihak yang terlibat dan mempertahankan nabi dan kesucian agama Islam .

PENGENALAN

Pada 11sept 2012 sebahagian paderi Amerika meledakkan satu filem yang menghina batang tubuh yang mulia nabi Muhammad SAW sekali gus menghina dan menfitnah agama Islam yang suci . Filem yang dimuatkan didalam youtube ini bukan sahaja menelan belanja USD5 juta malah turut dibiayai oleh hampir 100 orang paderi bagi menjayakannya.

Filem ini diledakkan sempena sambutan ulangtahun memperingati 11 tahun keruntuhan menara Word trade centra (WTC) Amerika .Perkara ini bukanlah baru kepada umat islam kerana pada tahun 2005 pun Denmark telah bersikap biadap melukis karikatur junjungan besar nabi Muhammad SAW. Bertepatanlah pada apa yang telah disebut oleh Allah SWT didalam Al-Quran :  
                               “ Tidak sesekali yahudi dan nasrani akan senang kepada kamu wahai Muhammad sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka “  . 2/120

Terbaru darida pihak google mengeluarkan kenyataan tidak akan membuang filem tersebut walaupun telah diminta oleh presiden Amerika sendiri Barrack Obama .Yakin dan percayalah penghinaan ini tidak akan terhenti disini sahaja malah akan berterusan sehinggalah pada hari kiamat .

 
PANDANGAN SAYA

Pada pandangan saya dari sudut positifnya apabila Islam semakin ditekan nabi Muhammad terus dihina orang awam akan semakin mencari-cari dan tertanya-tanya apakah benar islam  dan nabi Muhammad seperti yang diceritakan ? .

Kebenaran ibarat air yang mengalir walaupun dihalang dan disekat . Tiba masanya air tersebut akan semakin banyak lalu memecahkan halangan dan tembok yang menghalangnya . kebenaran juga ibarat spring , walaupun ditekan dan terus ditekan apabila sampai masanya ia akan menghasilkan lantulan  yang tinggi dan kuat .

Apa yang malang lagi menedihkan kita selaku umat Islam pada hari ini apalabila bercakap isu nabi dihina Islam dicerca masih terdapat sebilangan besar umat Islam memandang isu ini sebagai  biasa dan enteng . Jelaslah kepada kita bahawa apabila Islam  tidak diamalkan sebagai cara hidup , menjadikan nabi sebagai contoh dan ikutan menjadikan hati kita tawar untuk mempertahankannya . 

 
TINDAKAN KITA 

1.  Menyebarkan maklumat dan penerangan tentang kemuliaan Islam dan nabi Muhammad SAW.
2.  Memboikot barangan Yahudi Amerika dan barat ( Coca cola , KFC dll )
3.  Memperbanyakkan selawat ke atas nabi SAW
4. Tidak menonton filem ini kerana akan menambahkan saham kepada mereka.Memadailah kita mengetahui filem tersebut mengutuk dan menfitnah Islam dan nabi Mauhammad SAW 

Tuesday, September 18, 2012

PeNgEnAlAn KuLiAh Al-QuRaN TaNtA




Kuliah Al-quran Tanta suatu pengenalan

Rentetan daripada saya membentangkan pengenalan kuliah Al-quran Tanta pada program Himpunan pelajar tahun akhir ( HEMAT '12 ) , terdetik dihati ini untuk meneruskan perkongsian mengenai kuliah saya ini agar dapat menerangkan  dan menyebarluaskan maklumat mengenai kuliah yang ini .

Pada saya walaupun sasaran yang tepat ditujukan hanyalah tertumpu kepada graduan daripada Maahad Qiraat Shuobra namun ianya juga boleh dikongsikan kepada semua . Mungkin kepada sudara mara,orang kampung dan tidak dinafikan juga mungkin ada keluarga yang merancang akan menghantar anak mereka  belajar ke sini pada suatu masa nanti.

Pengenalan

  Ø  Kuliah Al-Quran  ini ditubuhkan pada 1992
  Ø  Satu-satunya kuliah Al-Quran dibawah Al-azhar yang terletak di Tanta
  Ø  Satu-satunya kuliah Al-Quran di Mesir
  Ø  Satu-satunya kuliah yang mendalami ilmu Qiraat hingga ke Toriq Al-Jazari
  Ø  Merupakan kuliah Al-Quran kedua bertahap antarabangsa selepas Kuliah Al-Quran Madinah .
  Ø  Terletak ditengah-tengah Negara Mesir kerana bagi meraikan seluruh pelajar maahad qiraat yang ingin     menyambungkan pengajianya disini yang berada daripada seluruh pelusuk Mesir
  Ø  Secara rasmi telah mempunyai bangunan sendiri pada tahun 2010
  Ø  Mempunyai tenaga pengajar yang mahir dalam bidang Al-quran , qiraat dan Lughoh
  Ø  Merupakan pembekal tenaga pengajar ke kuliah Al-quran Universiti Madinah .  
     
      Tahap pengajian :
  
  Ø  Ijazah A’liah = empat tahun
  Ø  Dirasat ‘ulya ( MA ) = empat tahun ( dua tahun diploma , dua tahun menulis )
  Ø  PHD = Mengikut kemampuan menulis

Ijazah A’liah

Pengiktirafan : Diiktiraf oleh jabatan pengkhidmatan awam (JPA ) sebaga ijazah sarjana muda


Pengajian tertumpu kepada :

1) Hafazan Al-Quran
2) Ilmu-ilmu Al-quran ( Ulum Al-Quran , I'jaz Al-Quran , Dobt , Rasm , fawasil , waqaf ibtida' asalib , Dilalat) 
3) Tafsir ( Manahij Al-Mufassirin , Tafsir maudu'ie )
4) Doktrin ( Syubhat – Tarikh Mashaf )
5) Bacaaan Qiraat sepuluh
6) Ilmu Qiraat ( Tarikh ilmu qiraat , Taujih , Daf'u Al-mato'in , Tahrirat )
7) Perundangan ( Feqh AL- Hadist , Tafsir Ayat Ahkam )
8) Lughoh ( Taujih Al-Qiraat , Al-Aswat , Al-Lahjat , Dilalat)
9) Sirah
10) Tauhid
11) BI
12) Hadist & ulum hadist

Tempoh pengajian :   4 tahun

Kelayakan :  Mempunyai sijil takhassus qiraat daripada maahad qiraat di seleruh Mesir tanpa mengikut peringkat umur .

Yuran tahunan :

       -          Yuran  = 130LE
       -          Kitab   = 250LE (dua semester)

Madah-madah yang dipelajari :

      1)      Al-Quran
      2)      Qiraat
      3)      Qiraat Syazah
      4)      Taujih Qiraat
      5)      Tahrirat Qiraat
      6)      Tarikh Ilmu Al-Qiraat
      7)      Tarikh Mashaf
      8)      Rasm
      9)      Dobt
     10)   Fawasil
     11)   Wakaf Ibtida’
     12)   Ulum Al – Quran 
     13)   I’jaz Al-Quran
     14)   Nahu Wa I’rab Al –Quran
     15)   Ad- dilalat Lughawiah Fil Quran
     16)   Asalib Quraniah
     17)   Lahjat ‘Arabiah
     18)   Aswat Hurufiah
     19)   Daf’u Al- Mato’in
     20)   Tafsir Maudu’i      
     21)   Manahij Al - Mufassirin
     22)   Tafsir Ayat Ahkam
     23)   Hadist & ulum Hadist
     24)   Hadist Ahkam
     25)   Sirah
     26)   Tauhid
     27)   Bahasa Inggeris

Cara untuk mendaftarkan diri ke kuliah Al-quran:

1 - Pendaftaran dibuka pada awal sept
2 - Membeli borang bernilai 270LE di maktab tansiq Al-Azhar hayyu sadis
3 - Menyerahkan borang yang lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke tempat yang diambil
4 - Nama  akan muqayyad pada bulan November

Dokumen yang diperlukan :

1 ) 7 keping gambar berukuran pasport
2 ) Syahadah muaqatah beserta 3 salinan
3 ) Syahadah milad beserta 3 salinan
4)  kasyfun natijah  beserta 3 salinan
5 ) 3 salinan muka depan passport
6 ) 3 salinan Tarikh wusul
7 ) Damroh 2LE

 Kelebihan menyambung pelajaran ke kuliah Al-Quran Tanta :

      1)      Menjaga hafazan Al-Quran dengan lebih matang
      2)      Berpeluang mendalami bidang qiraat dengan lebih mendalam ( tarikh ilmu qiraat , taujih , qiraat syazah , daf’ul matain )
      3)      Berpeluang mendalami ilmu-ilmu Al-quran dan sains ( tarikh mashaf , ulum Al-Quran , I’jaz , asalib quraniah )
      4)      Berpeluang mendalami bidang lughoh (nahu , sorof , taujih , aswat , lahjat , dilalat )
      5)      Berpeluang mendalami bidang Tafsir
      6)      Dapat mendalami Qiraat sughra ( As-Syatibiah ) dan Qiraat kubra ( Al-Jazariah )


Friday, August 31, 2012

WaSiAt Dr. NaSr SeBeLuM BeRaNgKaT Ke MaDiNaH



Ø  Belajarlah ilmu kerana Allah : wa man yuhajir fi sabilillah ….
Ø  Sebelum buka buku bukalah hatimu terlebih dahulu dengan Al-Quran
Ø  Bila kita belajar kena Tanya apa yang Allah nak? bukan apa yang kita nak ?
Ø  Jaga hubungan dengan emak abah : wa Qur rab bir ham kuma kama rabbayni soghira
Ø  Jaga hubungan dengan Rasulullah SAW : - imam malik tak keluar madinah kerana nabi ada di Madinah imam Malik tak sebut kerana maqam nabi berada di Madinah .

       #  Nabi pernah tegur 2 orang yang berhenti naik tunggangan lalu memberi dua cadangan kepada    mereka sama ada terus menunggangnya atau turun dari tunggangan kerana binatang adalah makhluk yang tidak henti berzikir.
   # Nabi tidak ada bayang2 kerana nabi sendiri bercahaya    
                                                                                                       
Ø  Kisah neneknya yang mendoakannya dan doa tersebut memang ada  kaitan dengan Al-Quran dan Hadist
Ø  Jaga adab dengan ulama
Ø  Akhir surah Maryam : “ sesungguhnya orang 2 yang beriman dan beramal soleh akan diberikan oleh Allah rasa kasih dan sayang .

Masjid Al-Mulk Maarad Tanta
Ahad 12 ogos 2012 / 24 Ramadhan 1433



Tuesday, August 28, 2012

BKPJM DiUjI DeNgAn KeReNaH PeGaWaI DaN PeNaFiAn HaK MeReKa




Munajat yang dibuat baru-baru ini adalah merupakan antara langkah terakhir setelah pelbagai tekanan dan penafian hak anak Johor mesir . Antaranya adalah :

·         Menghalang persatuan pelajar daripada menggunakan pejabat mereka sendiri
·         Menghalang anak Johor daripada menggunakan dewan Rumah Johor sedangkan mahasiswa daripada Indonesia dan Patani pula yang dibenarkan
·         Melarang untuk azan di asrama
·         Melarang mahasiswa untuk mengadakan pengajian tafaqquh
·         Kehilangan carta organisasi persatuan yang beharga 250LE sebanyak 2 kali
·         Temuduga permohonan zakat menanyakan soalan yang tidak sepatutnya ditanyakan
·         Melarang mahasiswa untuk mengadakan gotong-royong membersihkan asrama
·         Mahasiswa dan mahasiswi yang ditimpa kemalangan dibiarkan tanpa sebarang tidakan
·         Mencampak borang pelajar dihadapan pelajar
·         Mengadakan rehlah ke Sinai dengan memilih ahli secara  tidak adil
·          Membiarkan ahli merokok malah turut merokok bersama palajar
·         Peruntukan yang diluluskan pada sesi 2011/2012 kepada pihak persatuan hanyalah LE4k ( RM2500)




Saturday, August 25, 2012

PeRkOnGsIaN MuHaDhArAh SyEiKh Dr AbDuLlAh As-syAzUli




                                               Pengajian Tafsir Surah An-nisa'



[44Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.

[45Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).


[46Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raa'ina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).


* Raa'ina : " Sudilah kiranya kamu memerhatikan kami " . Ungkapan para sahabat kepada nabi SAW dan digunakan oleh yahudi seakan-akan menyebut Raa'ina pahal mereka menyebut Ru'uunah yang bererti kebodohan yang melampau sebagai ejekkan kepada Rasullah SAW . Di atas sebab itulah Allah memerintah kalimah Raa'ina ditukarkan kepada Unzurna . 


  • Kaitan ayat 44 dengan ayat sebelumnya ayat 42 adalah apabila diceritakan perihal orang-orang kafir Allah sertakan juga perihal ahli kitab yahudi 
  • Tidakkah kamu memerhatikan membawa maksud tidakkah kamu mengetahui dengan hati dan pandangan hati itu adalah dengan ilmu .
  • Golongan Yahudi adalah golongan yang sesat dan mereka juga mahu umat nabi Muhammad SAW juga turut sesat seperti mereka .
  • Memadailah Allah sebagai tempat kita meminta pertolongan kerana jika mentaati orang kafir dan yahudi mereka akan membawa kita kepada kekufuran : 3/100 & 3/149
  • yang dimaksudkan dengan sedikit dikalangan ahli kitab yang beriman adalah mereka beriman kepada Allah tetapi kufur dengan nabi Muhammad SAW dan juga bilangan mereka yang beriman dengan sebenar-benarnya hanyalah sedikit .
  • Iman akan terbatal sekiranya kufur atau ingkar dengan salah satu daripada rukunnya .
  • Golongan Nasrani ( kristian ) beriman kepada Allah , para nabi dan lain-lain akan tetapi kufur kepada nabi Muhammad SAW
Tempat : Masjid Qutaifah Medan Sa'ah Tanta
Tarikh : 24 ogos 2012
Waktu : Selepas solat maghrib

* Penceramah adalah mantan dekan kuliah usuluddin Al-Azhar Tanta dan juga ahli tarikat sufi
* Pengajian diadakan pada setiap hari jumaat

Thursday, August 23, 2012

SYAWAL : JaNgAn LePaSkAn PeLuAnG BeRpUaSa EnAm



Nabi sebut : " sesiapa yang berpuasa Ramadahan kemudian meneruskannya dengan berpuasa enam ibarat dia berpuasa selama setahun " .


Alhamdulillah hari ini masuk hari ke3 kami sekeluarga diberi peluang oleh Allah untuk melaksanakan ibadah sunat berpauasa enam.Peluang yang sangat besar ini jangan sesekali kita lepaskan kerana tak pasti hidup sampai bila lagi.Tambahan pula momentem Ramdahan yang baru beberapa hari meninggalkan kita masih terasa bahangnya .


Saya latih diri ini mula berpuasa hari yang ke 2 syawal sejak tahun lalu lagi sewaktu pulang bercuti di Malaysia . Alhamdulillah mudah-mudahan dapat dikekalkan untuk seterusnya . Ini kerana menggelakkan sifat bertangguh didalam diri sehingga mampu membawa kepada terlajak hari atau tidak berpuasa langsung disepanjang syawal . Ditambahkan pula rumah terbuka yang tak henti-henti di sepanjang syawal ini . Antara kebaikan lainnya juga adalah dapat menggelakkan perut daripada terkejut dengan lambakkan makanan yang masuk setelah 30 hari berpuasa .


Saya terpikat mendengar cerita daripada teman-teman yang berasal daripada Kelantan dan Terengganu . Kebanyakkan di tempat mereka menyambut 1 syawal dan keesokkannya terus berpuasa enam . Apabila masuk raya yang ke lapan mereka menyambutnya kembali denagan berpakain raya dan rumah terbuka . contoh-contoh semacam inilah yang sewajarnya diikuti oleh kita semua didalam merebut dan berlmba-lumba mencari keampunan daripada Allah SWT. 

"  Berlumba-lumbalah kamu kepada perkara kabaikan " - 2/148 & 5/48


Tuesday, August 21, 2012

KeBuNtUaN UnTuk TeRus MeNuLiS




Lama sungguh saya tiggalkan blog ini , saya tinggalkan pena dakwah , saya tinggalkan medan berkongsi dan bertukar pendapat. Buntu yang selalu menerjah apabila saya buka blog ini. cita-citaku tinggi namun tak tergapai dek diri ini . Benarlah pepatah arab menyebut " kalau tak mampu nak buat semua jangan tinggalkan semua.


Saya  selalu membaca blog-blog dan web individu yang hebat sehingga sya terus memangsang niat ntuk mengikut jejak langkah mereka seperti Ust Nasaruddin Tantawi, Dr Asri zainal Abidin, Ust Hasrizal dan lain-lain namun saya lupa untuk jadi seperti mereka memerlukan ilmu yang meluas dan istiqamah yang tinggi berdasarkan tahap kesedaran yang mendalam .


Pada permulaan saya menulis memang tiada rintangan tapi bila lama kelamaan rasa jemu mulai dirasa disamping ilmu yang cetek.Bila saya tanya pada diri apakah yang menyebabkan engkau mencebur bidang penulisan ini . Jelas disana tiada sebab-sebab yang kuat sehinggakan saya rebah dipertengahan jalan . Cemburu dan rasa tercabar bila lihat teman-teman yang lain mampu terus menulis sedangkan blog saya terbiar tidak terurus . Isteri saya ada menyebut '" blogger ini kena peruntukkan sejam sekurang-kurangnya sehari bagi memastikan blognya menarik dan dakwahnya berkesan " . Mungkin itulah salah satu pendorong dan suntikan rangsangan untuk saya terus berjuang di medan penulisan ini .




kebelakangan ini dunia Facebook telah mengambil alih pandangan masyarakat sebagai lapangan sosial yang berkesan dan menarik . Namun begitu saya tetap berkeyakianan bahawa blog juga masih mempunyai pengaruh yang tersendiri sebagai medium penyampaian dan perkongsian dimata masyarakat . 


Kesimpulan saya adalah mesti menjadi diri sendiri didalam menulis ' ukur baju badan sendiri ' dan menyampaikan Islam dengan olahan dan cara yang lebih meluas . Jangan takut untuk menulis kerana menulis juga medan dakwahmu . Semoga diriku terus beristiqamah .

                         " Demi Pena dan apa yang mereka tulis " - Al-Qalam ayat 1