SELAMAT DATANG
Followers
Sunday, August 8, 2010
PROGRAM SEBELUM RAMADHAN
Forum Ihya' Ramadhan bertajuk " Madrasah Ramadhan mebentuk jatidiri Rabbani "
Hari : Isnin
Tarikh : 28 sya'ban 1431 H - 9/ 10/ 2010
Masa : 7.00 petang
Tempat : Bait Izzah
Pengerusi Forum : Nik Faisal Bin Nik Ismail
Ahli panel : 1) Ust Mohd Ilyas Bin Yusop
2) Ust Mohd Nazirul Bin Mohd sabri
3) Dr. Mohd Naufal Mohd Nasir
7.00 Malam : Tadadus Al-Quran
8.00 Malam : Soalat Maghrib & Forum
:-) Jamuan disediakan
:-) Seluruh mahasiswa Tanta dijemput hadir...sebarkan
" Kemantapan Fikrah , Membina Syakhsiah "
Ajuran : Unit Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM Cawangan Tanta 2009 / 2010
Thursday, August 5, 2010
Bicara Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Bersama Ustaz Mohsin bin Bukhari
Naib Mudir Madrasah al-Junaid (Singapura).
Bekas Aktivis PPMM
Ustaz Mohsin bin Bukhari merupakan Naib Mudir Madrasah al-Junaid,Singapura.Merupakan bekas mahasiswa mesir dan pernah terlibat dalam persatuan Persekutuan Pelajar Melayu Mesir (PPMM) atau sekarang dikenali sebagai Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Ditanya bagaimanakah keterlibatan dalam persatuan dalam masa yang sama mempunyai peranan sebagai mahasiswa,ustaz Mohsin menyatakan bahawa beliau pada mulanya tidak mempunyai gambaran tentang PPMM.
Setelah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir pada tahun 1976,dari situlah permulaan keterlibatan beliau dengan PPMM.Berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sebelum dan selepas mengenali PPMM atau PMRAM ,ustaz Mohsin yang merupakan rakyat Singapura menceritakan bagaimana beliau terpaksa meminta bantuan pihak tertentu mengeluarkan surat minta keizinan untuk menyambung pelajaran ke Mesir, pada ketika itu rakyat singapura yang berumur 19 hingga 21 tahun terpaksa berbuat demikian untuk ke luar negara kerana mereka perlu melalui kursus dan latihan ketenteraan .Dengan bantuan seorang teman yang menuntut di Mesir maka urusan mengeluarkan surat minta keizinan dikeluarkan oleh PPMM.Apabila pihak Pertahanan Singapura mendapat surat tersebut,ia diakui dan disahkan.
Ustaz Mohsin mula mengenali PPMM. PPMM ketika itu dipimpin oleh Ustaz Raof dan sebelum itu di bawah pimpinan ustaz Abu Talib sebagai Presiden, di bawah epimpinan Ustaz Abu Talib jawatan Setiausaha Agung pada waktu itu dipegang oleh Ustaz Abd Hamid bin Abd Rahman yang berasal daripada Pahang, bekas pelajar dan pernah mengajar sementara di Madrasah al-Junaid sebelum ke Mesir dan merupakan kenalan ustaz Mohsin.
Ketika proses pengalihan kuasa kepimpinan bagi menggantikan Ustaz Raof, telah berlaku konflik antara dua calon yang bertanding iaitu Ustaz Razak dan Dr Adam. Apabila undian dilakukan, kedua-dua pihak tidak dapat menerima keputusan undian sehingga tercetus perselisihan yang memakan masa yang agak lama. Perselisihan tersebut memberi kesan kepada kegiatan persatuan termasuk urusan pengkuliahan dan hal-hal lain.Walaupun ketika itu wujudnya kedutaan tetapi kedutaan ketika itu tidak menguruskan urusan berkaitan pelajar kecuali bertangguangjawab mengesahkan sijil yang dibawa oleh pelajar sama ada sijil itu sah atau tidak.urusan yang selainnya diuruskan oleh PPMM begitu juga dengan urusan yang berkait dengan pelajar baru. ketika tahun ustaz Muhsin datang ke Mesir, wakil pelajar yang menguruskan urusan yang berkaitan dengan pengkuliahan pelajar baru adalah di bawah tanggungjawab ustaz Zaki Rahman sebagai ketua.
Apabila konflik telah selesai dan ketika itu tampuk kepimpinan diambil oleh Ustaz Muhsin Bin Mat Zain.Ustaz Zaki Rahman diangkat sebagai naib yang dipertua .Ustaz Mohsin sendiri telah diberi tanggungjawab untuk membantu urusan pengkuliahan di bawah yang dipertua,beliau perlu menguruskan urusan pelajar-pelajar Malaysia,Singapura dan Brunei,beliau telah melantik beberapa pembantu daripada kalangan pelajar Singapura bagi menguruskan urusan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar.Tugas itu dilaksanakan oleh beliau beberapa tahun sehinggalah tahun ustaz Ilham dilantik sebagai Presiden.Pada tahun 1981 ustaz Muhsin tidak lagi memegang tanggugjawab tersebut
1978-1980 PMRAM dibatalkan dan keadaan pelajar-pelajar baru ketika itu
Menurut uataz Muhsin pada ketika itu setiap pihak mempunyai penyokong masing-masing .Telah berlaku insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan ia amat dikesali kerana PMRAM bukanlah satu pertubuhan yang baru berusia belasan tahun tetapi telah mencapai umur dewasa. pada ketika itu hanya terdapat seorang sahaja daripada badan pengurus yang sah.
ARMA (Asrama Rumah Melayu Abbasiyah)
ARMA dikhususkan untuk pelajar melayu Malaysia.pihak kedutaan hanya mentadbirkan ARMA,lain-lain pengendalian dan urusan diuruskan oleh PMRAM sendiri tanpa melibatkan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang lain
PMRAM setelah diberhentikan dan didaftarkan semula
Telah berlaku proses pemilihan pimpinan melalui proses pilihanraya dan ustaz Mohsin sendiri dilantik sebagai pengarah SPR ketika itu.Kempen telah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti sebelum itu,manakala Ahli Jawatan Kuasa SPR telah dilantik dari kalangan pelajar Singapura dan Brunei agar ia menampakkan lebih neutral. Hanya 10 calon yang bertanding untuk jawatan yang dipertua selepas krisis, secara bertahap-tahap aktiviti dilaksanakan seperti biasa,banyak perubahan yang telah dilakukan terutamanya yang berkaitan dengan acara-acara kebudayaan yang dilihat terlalu terbuka contohnya seperti tari menari dan sabagainya,acara-acara itu dikesampingkan dari terus dilaksanakan.Lebih banyak aktiviti yang berunsurkan islam dilaksanakan.Pada tahun 1980 selepas didaftarkan semula telah diubah konsep keterbukaan kepada konsep penghayatan islam
Beza konsep pentadbiran PMRAM pada zaman krisis dan selepas krisis
selepas krisis itu,aktiviti yang lebih kepada hiburan diberhentikan cuma masih terdapat bahan-bahan atau alat-alat yang digunakan untuk tujuan aktiviti itu seperti alat musik dan sebagainya telah dikeluarkan daripada pejabat pengtadbiran.
Harapan terhadap PMRAM dan hubungan PEKEMAS pada masa hadapan
Hubungan dua hala ini perlu diteruskan tanpa mengira perbezaan sempadan negara dan politik bahkan perlu berkerjasama serta mengukuhkan hubungan.
Harapan mengenai Rumah Melayu yang telah dinafikan hak milik PMRAM .
Rumah Melayu yang dulu pernah menjadi Markaz PMRAM tidak sepatutnya dipisahkan daripada PMRAM.Walaupun ia sebuah asrama tetapi bila kita menyebut Rumah Melayu ia melambangkan PPMM(dahulu) dan PMRAM sekarang.
Saturday, July 31, 2010
Loporan Ringkas
Dari Tanta
Perasmian pembukaan
Hari Pertama :
- Survival
- Sukan kretif
- ceramah “KEPIMPINAN , PILIHAN ATAU TUNTUTAN “ oleh Dr Fakhruddin dari Iskandariah
Hari kedua:
- Ceramah ala talk show “ KEBANGKITAN GERAKAN ISLAM” oleh Ust Abdul Muii’z Muhammad,penasihat PMRAM
- Debat ala parlimen isu kesatuan “SALAH SIAPA? “ yang dikendalikan oleh Ust Zuhaili Timb Presiden PMRAM
- Explorace
- BBQ
Hari ketiga :
- Forum bertajuk satu hati. Ahli panel terdiri daripada 2 pengajian Islam dan seorang perubatan
- Muhasabah program
Perasmian penutup
Thursday, July 29, 2010
CERAMAH ISU SEMASA BERSAMA PEMUDA
# JAM 8 MALAM DI RUMAH ANAK-ANAK SELANGOR
# BERMULA DARI SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT HAJAT
# AHLI PANEL : 1 ) UST YUSNI MAT PIAH
2 ) UST NASARUUDDIN HASAN AT-TANTAWI
# ANJURAN : SUARA RAKYAT
SEMUA MAHASISWA MESIR DIJEMPUT MEMERIAHKANYA.........
Wednesday, July 28, 2010
LELAKI KOYAK PURDAH DIJEL
GLASGOW,SCOTLAND : Seorang lelaki yang mengoyakkan purdah pelajar wanita Arab Saudi di Stesen Sentral Glasgow pada April lalu, dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah, lapor media semalam.
William Baikie, 26, mengaku salah menyerang Anwar al-Qahtani, 26, dengan menggunakan kekerasan menarik penutup muka pelajar itu di Jalan Hope.
Stesen penyiaran BBC melaporkan, Anwar menggunakan purdah itu untuk melindungi maruahnya sebagai sebahagian ajaran Islam.Disebabkan kekasaran Baikie, mangsa terpaksa menggunakan kain lain bagi menutup mukanya.Selepas melakukan serangan itu, Baikie melarikan diri.
Bagaimanapun, Baikie ditahan polis selepas pihak berkuasa membuat pengesahan melalui rakaman televisyen litar tertutup.Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Baikie di Mahkamah Sheriff Glasgow, Sheriff Lindsay Wood, berkata apa yang dilakukan Baikie amat memalukan.
“Anda adalah lelaki yang pernah melakukan beberapa kesalahan rasis sebelum ini dan amat sedar bagaimana perbuatan itu amat memalukan wanita,” katanya.
Mahkamah turut mendengar keterangan Anwar yang datang ke Scotland dari Arab Saudi untuk mendapat ijazah sarjana.Pendakwa, Iain Bradley, berkata Anwar dan suaminya mematuhi ajaran Islam dengan taat.
“Kini Anwar kehilangan kebebasan dan menghabiskan banyak masa di rumah kerana bimbang diserang lagi,” katanya. .
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakikoyakpurdahdijel/Article
Monday, July 26, 2010
Kerajaan Selangor Peruntuk RM15 Juta Untuk Sebar Maklumat Lebih Tepat
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM15 juta untuk menyebar maklumat dengan lebih tepat kepada rakyat mengenai pelbagai bantuan yang diberikan oleh negeri ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Isnin.
Beliau berkata langkah itu bertujuan mempertingkat pemahaman rakyat terhadap dasar-dasar dan program negeri, terutama :
- Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas),
- Bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada pengguna Selangor
- 'Skim Mesra Usia Emas'.
"Sesetengah mereka menganggap air percuma 20 meter padu (sebulan) datang dari kerajaan persekutuan. Oleh itu Kerajaan negeri memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat penyampaian maklumat demi membetulkan persepsi sedemikian," katanya. Beliau berkata jumlah itu merupakan satu peratus dari jumlah hasil kerajaan negeri dianggarkan RM1.5 bilion.
"Jika kita ambil kira populasi 5.2 juta di Selangor, amaun ini (RM15 juta)bersamaan RM3 dari setiap orang," Khalid memberitahu pemberita selepas merasmikan sesi dialog Bajet Negeri 2011 selama dua hari anjuran Perbendaharaan Selangor di sini.
Khalid berkata maklumat akan disebarkan menerusi media milik negeri iaitu :
- TV Selangor,
- Portal Selangor Kini
- Akhbar Selangor Kini
"Kita tidak mempunyai bajet defisit oleh kerana kerajaan negeri tidak ada kuasa meminjam wang bagi membiayai perbelanjaan besar.
"Kami mahu setiap ringgit memberikan kita nilai terbaik dalam perbelanjaan kita," kata beliau.
Bajet 2011 Selangor akan dibentangkan oleh Khalid di sidang dewan negeri pada November.
Tahun lepas, Khalid membentangkan bajet seimbang 2010 dengan RM1.3 bilion untuk perbelanjaan dan RM1.3 bilion pendapatan.
Di bawah Bajet 2010, RM709.6 juta atau 54.58 peratus diperuntukkan bagi belanja pentadbiran dan RM590.4 juta atau 45.42 peratus untuk pembangunan.
Sumber : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/26/mstar_berita/20100726180422&sec=mstar_berita
Sunday, July 18, 2010
PERKHEMAHAN MUSIM PANAS~~~SUMMER CAMP~~~
Saturday, July 17, 2010
Jom ke Taman Syurga !
DISKUSI KITAB HUKUM HAKAM SAUDARA BARU MEMELUK ISLAM
# PENDIKUSI : UST MOHAMED FAIRUZ BIN TAMJIZ
# HARI : RABU ( 17 JULAI 2010 ) *pembaharuan tarikh
# TEMPAT : BAIT IZZAH
# MASA : 2.30 PETANG
# HARGA KITAB : LE 25 SAHAJA
# ANTARA YANG MENARIK : TINDAKAN KITA APABILA BERHADAPAN DENGAN
ORANG YANG MAHU MEMELUK ISLAM
: PANTAUAN SUSULAN TERHADAP SAUDARA BARU DLL..
Saturday, July 10, 2010
SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ
ANTARA YANG MENARIK :
# CERAMAH ISRA' MIKRAJ
# BACAAN QASIDAH
# MAKAN MALAM
*Dijemput kepada seluruh mahasiswa Tanta untuk memeriahkannya =>
Friday, July 9, 2010
Kelas bersama Dr. Abdullah Syazuli (setiap khamis malam jumaat )
Pada malam tadi saya dan rakan-rakan telah dihidangkan ilmu tafsir bermula dari ayat 274 sehingga 281 surah Al-baqarah.Antara tiga petikan ayat tersebut bermaksud :
274) Orang-orang yang menafkahkan hartanya dimalam hari dan di siang hari secara sembunyi dan terang-terangan,maka mereka mendapat pahala disisi tuhannya.Tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
275) Oarng-orang y6ang makan riba'tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinyaorang yang kersukan syaitan lantaran (tekanan ) penyakit gilanya.Keadaan mereka yang demikian itu adalah kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba'.Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba'.Orang-orang yang telah sampai kepadanya pengajaran daripada tuhannya,lalu terus berhenti dariada membuatnya,maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datangnya larangan) ,dan urusanny diserahkan kepada Allah..Orang yang mengulanginya ( setelah datangnya larangan ) maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.Mereka kekal didalamnya.
276) Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah..dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran,dan selalu berbuat dosa.
Ya Allah ya tuhan kami ! tetapkan hati kami dalam Taqwa kepadamu...........Amin
Wednesday, June 30, 2010
Penubuhan Orphancare gambarkan keadaan Malaysia semakin menakutkan
Isu anak-anak terbuang yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini menggambarkan bahawa negara Malaysia yang kita cintai ini semakin hari semakin merudum nilai moralnya sekaligus menggambarkan akhlak Muslim yang tidak baik kepada masyarakat luar.
sejak 1957 negara kita bebas daripada taklukan penjajah British sehingga kini menjejah 53 tahun apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang beragama Islam maju dari segi moralnya . Kita sering digambarkan bahawa kemajuan hanyalah pada zahirnya dengan pembangunan yang mewah ,kecangggihan teknologi terkini , dunia tanpa batasan dan lain-lain.Namun sering kita lupa bahawa tunjang pada segala kemajuan ialah keTaqwaan kita kepada Allah SWT.
Didalam Surah Al A’raf, ayat 96 AllahSWT Menyebut yang bermaksud:
“...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...”
Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukanlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya.
Saya beranggapan bahawa selagi perjuangan kerajaan berdasarkan sekular ( mengetepikan Islam didalam urusan negara ) selagi itulah negara kita tidak akan aman daripada keruntuhan moral yang sebegini rupa.Isu pembuangan bayi ini boleh diselesaikan sekiranya kita mengambil berat akan firman Allah SWT yang bermaksud :
" Janganlah kamu mendekati zina...Al-Isra' ayat 32 "
Bermula daripada sistem persekolahan . Sekolah lelaki dan perempuan wajar diasingkan , remaja yang bercouple kita cegah,sambutan Valintine day kita halang , filem-filem dan drama-drama melayu diperketatkan undang-undangnya dan kemasukan filem-filem ataupun drama daripada negara luar ditapis dengan ketat.
Saya yakin dan percaya jlka langkah-langkah ini dapat kita ambil dengan baik , isu pembuangan bayi semakin berkurang di Malaysia kelak Insyallah . Kermbalilah kita semua kepada agama Allah yang maha sempurna ini. Sesungguhnya seorang Engineering tahu apa kelemahan dan kekuatan bahan ciptaanya.Begitulah Allah tahu manusia mahkluk ciptaannya . Hanya manusia yang hidup berlandaskan Syariat itulah manusia yang paling berjaya didalam hidupnya.
Islam untuk dilaksanakan
4.05 pagi
Mohd Zahid Adanan
kuliah Al-Quran Al-karim
Awal Nuhas, Tanta , Mesir
Sunday, June 27, 2010
Saturday, June 26, 2010
Friday, June 18, 2010
Sistem cakerawala ( Al-Quran Dan sains )
"
Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)
Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur’an ini telah ditemui melalui kajian astronomis di zaman ini. Menurut perkiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam.
Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang tersusun.
Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur’an sebagai berikut:
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Al Qur’an, 51:7)
Terdapat sekitar 200 juta galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebahagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang diperhitungkan dengan sangat teliti.
Selama jutaan tahun, masing-masing seolah “berenang” sepanjang orbitnya dalam keserasian dan teratur yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, sejumlah komet juga bergerak bersama sepanjang orbit yang ditetapkan baginya.
Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda sejumlah galaksi berpasangan satu sama lain tanpa satu pun dari bahagian-bahagiannya saling bersentuhan.
Pada saat Al Qur’an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula berpengetahuan fizik ataupun astronomi moden.
Oleh itu, saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahwa ruang angkasa “dipenuhi lintasan dan garis edar” sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al Qur’an yang diturunkan pada saat itu: karena Al Qur’an adalah firman Allah.
Allahuakbar!
sumber : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5818
Tuesday, June 15, 2010
Monday, June 14, 2010
IDOLAKU DALAM KENANGAN
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.
# kebelakangan ini terdetik dihati saya pulang ke malaysia kali ini mahu bertemu dengan ust Hasan. Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Mungkin ada hikmah yang dicatur oleh Allah untuk saya.Semoga Allah merahmati Ulama Malaysia ini.
Sunday, June 13, 2010
HATI KERIANGAN MENYAMBUT BULAN REJAB 1431 HIJRAH
- Study Awal
- Habiskan membaca kitab
- Ulang bacaan kitab sekurang-kurangnya 2 kali
- Buat nota seusai membacanya
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
" APAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR "
Jom ! orang-orang arab kita pergi tolong kawan-kawan di palestin sana
Wednesday, June 2, 2010
Ustaz Fadhil Noor, Mantan Timbalan Presiden PMRAM 1967
Ringkasan :
Latar belakang keluarga
Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi.
Pendidikan
# pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star
# peringkat menengah di sekolah Maktab Mahmud sehingga tahun 1958
# Pada tahun1963 beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir
Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Perjalanan akhir yang memilukan
Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT.
sumber : ibnuirfadzil.blogspot.com


















