SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Saturday, January 3, 2015

JaDuAl ImTiHaN TaHuN 4 2015/16

FaSa 1


4 / 1 / 2015  : Taujih

6 / 1 / 2015   : Nahu

8 / 1 / 2015  : Tahrirat

11 / 1 / 2015 : Tafsir

13 / 1 / 2015 : Hadist Ahkam

15 / 1 / 2015 : Sirah

Thursday, January 1, 2015

PeNgAjArAn KiSaH NaBi NuH AS



TELAHAN HUJUNG 2014

Malam tahun baru ini, terkenang pula kisah perjuangan Nabi Nuh. Mungkin kerana hati dan minda lebih sibuk dengan fenomena banjir yang sinonim dengan kaum Nuh.

Terngiang-ngiang tika Nabi Nuh memanggil anak kesayangannya naik ke dalam bahtera, saat hujan bala sedang mencurah penuh kemurkaan. Anaknya berenang ke sana ke mari mencari tempat berlindung.

Namun anaknya yang tidak beriman itu tetap tidak mahu ikut Nabi Nuh naik ke bahtera. Beliau fikir masih boleh selamatkan diri di sebuah bukit yang masih belum tenggelam. Akhirnya anaknya mati kelemasan semua permukaan bumi lenyap dari pandangan.

Betapa sedih perasaan seorang ayah melihat anak mati ditelan banjir memang tak dapat dibayangkan. Namun Nabi Nuh tidak terjun untuk mendapatkan anaknya. Nabi Nuh tetap berpegang kepada perintah tuhan supaya berada dalam bahtera itu. Hanya bahtera itu yang dijamin selamat oleh Allah.

Sebelum itu, semua mencemuh kepelikan tindakan Nabi Nuh yang membina bahtera besar di atas daratan kering kontang. Mereka fikir Nabi Nuh dah hilang akal. Logik mereka tak mampu mencapai apa rasional lakunya Nuh dan orang beriman. Laut jauh. Hujan tidak ada. Untuk apa sebuah bahtera besar?

Tapi itu perintah Allah. Lumrahnya perjuangan Islam memang perlu menghadapi cemuh keji masyarakat. Tuhan jadikan orang benar-benar beriman itu sabar menghadapi semua karenah manusia. Nabi Nuh sendiri tidak tahu kenapa beliau perlu bina bahtera itu, dan perlu ajak pula orang menaikinya di tengah cuaca panas terik. Tapi arahan tetap arahan. Wala' pada agama mengatasi penerimaan akal yang waras. Tuhan manusia bukan akal, tapi Allah.

Sahabat,
Iman itu letaknya dihati,

Bila tuhan tunjukkan logiknya perbuatan Nuh dengan banjir dan taufan, ternyata sudah terlambat buat yang belum beriman. Hanya yang menaiki bahtera terselamat walaupun mereka sebelum itu tak tahu kenapa mereka perlu ada atas behtera itu. Itulah namanya iman. Percayakan apa yang kita tak boleh dikesan. Amalkan tanpa mengetahui hikmahnya.

Sahabat,
Perjuangan Islam itu mengatasi ikatan sebuah keluarga,

Memang Islam amat mementingkan jalinan kekeluargaan, sehingga melaknat mereka yang memutuskan silaturrahim. Namun, Islam itu lebih bernilai dari keluarga. Apabila menyayangi sebuah keluarga itu perlu dibayar dengan melanggar perintah Allah, tiada lagi nilai keluarga. Nabi Nuh membuktikan cintakan pada anak kandung tidak melebihi cintaNya pada tuhan alam.

Sahabat,
Pahit di awalnya manis di hujungnya,

Walaupun seruan Islam kadang tidak mampu dikesan dengan pancaindera, ia tetap perlu dipercayai dan dipegang kemas. Menggenggam Islam perlu dimulai dengan kepedihan dan kebencian tak terperi. Memelihara Islam perlukan kita membuktikannya dengan ketahanan diri yang tinggi. Ujian bakal membadai dari segenap segi, kadang dihempuk keras, kadang dibelai lembut. Semuanya adalah cubaan untuk mencabut Islam dari genggaman kita. Justeru peganglah ia seeratnya. Jangan leka walau sesaat.

Sahabat,

Akan tiba suatu masa, Islam yang digenggam itu bakal menggenggam kita pula, untuk menyelamatkan kita dari bencana dunia. Pada hari Allah buktikan logiknya syurga, benarnya neraka dan wujudnya dosa pahala, saat itu baru akal dan sains manusia menerima tepatnya Islam, namun itu sudah terlambat.

Jika dahulu kaum Nuh membutuhkan bahtera Nabinya. Hari ini bahtera Nuh telahpun tiada. Bahtera yang ada hanyalah bahtera Al-Quran. Bahtera yang diaplikasikan sebagai jemaah Islam, yang berpandukan kepada nakhoda yang memahami kandungan Al-Quran, yang mengendali bahtera dengan suluhan Al-Quran, dan menyelamatkan manusia dengan payungan Al-Quran.

Nasihat baginda SAW pada umat akhir zaman, jika mahu selamat dari seruan neraka:
تلزم جماعة المسلمين وإمامهم
Sentiasalah bersama jemaah Islam dan kepimpinannya.

Kembalilah pada Al-Quran. Percayailah ia. Berpandulah padanya. Dan berjuanglah sebagaimana tuntutannya.

Salam Tahun Baru 2015.