SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Saturday, October 19, 2013

PeRuTuSaN RaYa HaJi

PERUTUSAN EIDULADHA 1434 H.

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam perayaan ‘Idul Adha untuk diraika n dengan meriah. Disyariatkan agar kita mengorbankan binatang ternakan sebagai mengimbas kisah lagenda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah SWT telah mengkhabarkan konsep pengorbanan di dalam Islam dalam Surah al-Taubah ayat 24. Makna pengorbanan yang sebenar adalah dengan mendahulukan kepentingan  Allah, Rasulullah dan jihad. Inilah yang difahami oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mendahulukan arahan wahyu lebih utama dari segalanya.

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 189 hingga ayat 202, Allah SWT telah membahaskan berkenaan topik haji. Pada ayat 195, Allah SWT telah menyelitkan satu ayat yang seolah-olah tiada kaitan secara jelas dengan haji.

"Infaqlah ke jalan Allah, jangan (disebabkan sifat kedekut) kamu campakkan diri ke lembah kebinasaan"

Melalui susunan ayat ini, kita dapat memahami kempen yang dijalankan oleh Allah SWT bersempena ‘Idul Adha adalah seruan agar umat Islam membudayakan amalan infaq dengan segala apa yang mereka miliki ke jalan Allah SWT. Seterusnya Allah SWT memberi peringatan bahawa sifat kedekut itu kesannya membinasakan. Dari sifat kedekut manusia akan tamak. Dari tamak manusia akan mementingkan diri. Dari pentingkan diri manusia sanggup merampas hak orang lain. Akhirnya berlakunya kezaliman dan penindasan. Oleh kerana itu Islam mensyariatkan zakat, korban serta sedekah sebagai solusi holistik ke arah pembangunan masyarakat bertamadun untuk mengikis perangai manusia yang mementingkan diri sendiri.

Ketika Baginda Nabi SAW wuquf di Arafah dalam rangka melaksanakan Haji Selamat Tinggal, Allah SWT telah menurunkan ayat yang tidak pernah diturunkan kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya. Ayat yang terakam di dalam Surah al-Maidah ayat 3:

"Hari ini Aku telah sempurna cara hidup kalian, dan Aku telah cukupkan segala nikmatKu kepada kalian, dan Aku redha dengan Islam sebagai cara hidup anutan kalian"

Melalui ayat yang turun bersempena hari ‘Arafah, Allah SWT menjalankan kempen agar mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Cabaran bagi umat Islam zaman ini, hidup dalam arus jahiliah sekular. Ramai yang sudah terhakis keimanan dengan seruan ayat ini. Sedangkan Allah SWT telah mengiktiraf apa yang diamanatkan oleh Rasulullah SAW telah lengkap sempurna. Idea memisahkan Islam dari praktik kehidupan seharian jelas mengingkari kesyumulan Islam.

Tidak cukup setiap kali menyambut ‘Idul Adha kita hanya bercerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tanpa disusuli dengan perlaksanaan sebagai bukti iman kita.

Justeru sempena ‘Idul Adha yang bakal kita raikan, saya menyeru  tiga seruan Islam yang amat penting untuk kita laksanakan. Pertama dahulukan Allah, Rasulullah dan Jihad lebih dari segalanya. Itulah makna pengorbanan sebenar.  Kedua, budayakan amalan infaq yang akan mengikis sifat pentingkan diri. Hasil dari pembudayaan tersebut bakal melahirkan masyarakat yang luhur. Ketiga, giatkan kempen kembali kepada kesyumulan Islam sebagai solusi kepada segala kemelut manusia. Kita tiada pilihan lain melainkan Islam.

TUAN GURU ABDUL HADI BIN AWANG

Thursday, October 17, 2013

ZuLhIjJaH DaN NaBi IbRaHiM AS



Zulhijjah bulan pengorbanan . Pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim AS sekeluarga menjadi contoh kepada kita bahawa segalanya hanya untuk Allah . Ini kerana Amanah dan arahan Allah diluar jangkaan manusia. Apabila Suruhan itu datang daripada Allah maka bersungguh-sungghlah melakukannya .


Antara kisah nabi Ibrahim didalam Al quran :
  1. Dialog bersama namrud
  2. Keinginannya melihat Allah
  3. Dialog bersama ayahnya agar kembali kepada Islam
  4. Membina Kaabah
  5. Memecahkan patung lalu dia dibakar hidup-hidup
  6. Menyembelih anaknya Ismail

Antara Kesan yang kita rasai daripada keluarga nabi Ibrahim AS :

  1. Kaabah
  2. Air zam - zam
  3. Berlari anak Safa Marwa
  4. Melontar batu di jamrah 
  5. Ibadah korban
  6. Selawat kepada nabi Ibrahim AS pada bacaan tahiyyat akhir

Nabi Ibrahim AS bapa segala anbia :

Didalam Al-Quran nabi Ibrahim AS digelar sebagai bapa sekalian nabi-nabi . Ini kerana baginda merupakan bapa kepada nabi Ismail dan nabi Ishak AS . Daripada keturunan nabi Ibrahim jugalah lahirnya ramai daripada nabi-nabi.

  1. *Nabi Ismail : Baginda merupakan nabi yang kedua terakhir dari kalangan arab dan berakhir dengan nabi Muhammad SAW setelah berlalunya jarak masa yang agak lama 
  2. *Nabi Ishak : Daripada baginda sehinggalah nabi Isa AS bermulanya bangsa israel . Nabi Ishak sendiri digelar sebagai Israel .  
* Perlu dirujuk semula


ujian nabi Ibrahim :
  1. Mengambil masa yang lama untuk dikurniakan anak
  2. Diarah oleh Allah untuk meninggalkan Hajar dan Nabi Ismail di Mekah yang tidak terdapat langsung sumber makanan dan minuman .
  3. Diarahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail AS     

Nama didalam bahasa Inggeris:

Ibrahim = Abraham
Ismail   = Ismael
Ishak    = Issac


Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim sekeluarga menjadi contoh dan teladan buat kita . Untuk akhirnya saya cadangkan kepada semua agar beberapa resolusi dapat kita jayakan demi membuktikan cinta dan kasih kita kepada Allah SWT .


  • Solat berjemaah 5 waktu bagi lelaki dan solat seusai azan bagi perempuan. Jika tidak mampu mulakankan dengan solat maghrib sesudah mampu beristiqamah tambahkan pula dengan solat zohor dan hingga keakhirnya .         ( KORBAN DIRI )
  • Sentiasa memastikan diri berada didalam majlis ilmu . Sekiranya tidak mampu mulakan dahulu dengan mendengar ilmu secara tidak langsung seperti di radio , hanset dan lain-lain .Ini kerana Islam agama Rahmat .Tersebarnya Islam dengan ilmu . ( KORBAN MASA )
  • Istiqamah dengan bersedekah walaupun dengan seringgit@segenih kerana dengan bersedekah dapat mengikis sifat tamak didalam diri dan memupuk rasa bersyukur kepada Allah . ( KORBAN HARTA )



Friday, October 11, 2013

SeLaMaT DaTaNg ZuLhIjJaH 1434H



Pengenalan :

Bulan Zulhijjah diantara bulan yang disebutkan didalam Al-quran sebagai bulan yang diharamkan oleh Allah . Diharamkan berburu dan berperang . 3 bulan yang lain pula adalah Zulqeadah , Muharram dan Rejab ( 9 : 36 ) . Bulan ini juga sangat berkait rapat dengan keluarga agung Nabi Ibrahim AS .

Kelebihan :


  1.  Pensyariatan Haji   
  2.  Pensyariatan ibadah korban 
  3.  Terdapat didalamnya 10 siang yang terbaik   


Amalan terbaik diwaktu siang :

  1. Berpuasa
  2. Beri'tikaf dimasjid
  3. Bersedekah
  4. Membaca Al-Quran dan berzikir

 Sama-samalah kita memanfaat masa didalam mengejar ganjaran 10 siang yang penuh keberkatan dari Allah SWT . Didalam Islam ada saat yang berkat , terdapat juga jam yang berkat , hari yang berkat , malam yang berkat , siang yang yang berkat , bulan yang berkat dan tempat-tempat yang berkat . Semuanya untuk hamba-hamba Allah yang soleh . Selamat menghidupkan masjid-masjid ditempat anda.