SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERIBADI MOHD ZAHID ADANAN

Followers

Wednesday, September 29, 2010

Pendaftaran Haji PMRAM 1431 h kini dibuka..

Dokumen yang diperlukan:

-Iqamah sah sehingga 1.3.2011
-Tasdiq Kuliah
-Surat sokongan Safarah(dalam bahasa Arab)
-Ta'syir audah drp Mujamma' Tahrir
-8 keping gambar pasport(background putih)
-syahadah Tath'im(sijil kesihatan) disertakan resit

* bagi akhawat WAJIB BERSAMA MAHRAM YANG SAH.




untuk maklumat lanjut sila hubungi:
saudara Ahmad Huzaifah Fauzi
tel: +2011 631 2426
id ym/emel: ustazhuzaifah@yahoo.com

Monday, September 20, 2010

LAPORAN RAMADAN

Alhamdulillah masa saya begitu terisi cuti pada kali ini . Saya dapat memberikan yang terbaik untuk masyrakat yang bagi saya sememangnya dahagakan sentuhan-sentuhan mahasiswa dengan penghayatan Islam . Semoga mahasiswa yang pulang ke tanah air sentiasa memimpin masyarakat.

 

MALAM 16 RAMADAN 25 Ogos Rabu TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 17 RAMADAN 26 Ogos Khamis IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 18 RAMADAN 27 Ogos Jumaat TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 19 RAMADAN 28 Ogos Sabtu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 20 RAMADAN 29 Ogos Ahad IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 21 RAMADAN 30 Ogos Isnin TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 22 RAMADAN 31 Ogos Selasa TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 23 RAMADAN 1 sept Rabu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 24 RAMADAN 2 sept Khamis IMAM DAN TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 25 RAMADAN 3 sept Jumaat IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 26 RAMADAN 4 sept Sabtu IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG )

MALAM 27 RAMADAN 5 sept Ahad IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 28 RAMADAN 6 sept Isnin IMAM ( SURAU BUKIT BERUNTUNG

MALAM 29 RAMADAN 7 sept Selasa IMAM ( MASJID BATANG KALI )

MALAM 30 RAMADAN 8 sept Rabu IMAM DAN TAZKIRAH ( MASJID BATANG KALI )



Saturday, September 11, 2010

PAS KUTUK TINDAKAN BAKAR AL-QURAN

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Rancangan sebuah gereja bertapak di Florida, Amerika Syarikat (AS) untuk membakar buku al-Quran sempena ulang tahun tragedi dahsyat 11 September yang memusnahkan Twin Towers di bandar New York, bukan sahaja terus menerima kritikan daripada semua umat Islam, malah masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dauk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama para pemimpin Islam dan bukan Islam negara membantah keras cadangan paderi yang pernah dibuang oleh gereja Jerman kerana sikap Islamophobianya.

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.

Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

“Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa," katanya.

DAP, dalam satu kenyataan akhbar Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengutuk sekuat-kuatnya rancangan tersebut dan berpendapat bahawa rancangan tersebut akan menyemarakan lagi kebencian dan keganasan di kalangan orang yang berbeza kepercayaan agama, bukan sahaja di Amerika, malah di negara-negara lain.

“DAP menentang apa jua bentuk permusuhan, jenayah, perkauman dan tindakan melampau agama sama ada ia dilakukan di tanah air sendiri mahupun antarabangsa.

“Kami memilih untuk berdialog, rundingan dan debat daripada keganasan dan pelampau,” kata Lim dalam kenyataannya sambil menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk mengutuk yang dilabelkannya sebagai ‘gila dan merbahaya’ untuk mencemarkan naskhah kitab suci al-Quran.

Cadangan membakar al-Quran ini dipercayai tercetus apabila masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu, malah cadangan mereka disokong Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sendiri.

sumber : harakahdaily.net

Sunday, September 5, 2010

RAMADHAN : TEORI LAILATUL QADR BERDASARKAN PENGALAMAN IMAM GHAZALI

Berdasarkan pengalaman Imam Ghazali sepanjang hidupnya , beliau membuat kesimpulan mengenai malam lailatul qadr mengukur bila hari jatuhnya ramadhan ....demikian adalah kaedah Al-imam :

  • Mula Ramadhan pada hari ahad dan rabu Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 29 Ramadhan 
  • Mula Ramadhan pada hari ahad , Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 21 Ramadhan
  • Mula Ramadhan pada hari selasa dan jumaat , Lailatul Qadr jatuh pada malam ke27 Ramadhan
  • Mula Ramadhan pada hari khamis , Lailatul Qadr jatuh pada malam ke 25 Ramadhan
  • Mula Ramadhan pada hari sabtu, Qadr jatuh pada malam ke 23 Ramadhan